Ahad, 12 Jun 2016

Jatuh semasa dalam perjalanan balik kerja di luar rumah dan claim perkeso@socso boleh je :)

1.Salam geng..semalam aku sempat melawat tempat kejadian jatuh seorang pekerja...katanya semasa balik kerja terpaksa panjat pagar rumah untuk masuk kerana kunci rumah tertinggal...kunci yang satu lagi anak tak balik dari kerja lagi hehehe nak tunggu anak ballik lambat lagi..mau tak mau dia pi panjat pagar dengan harapan dapat masuk dalam rumah...
2.Time nak panjat tu tergelincir jatuh plak ke dalam longkang tepi pagar rumahnya...malang sungguh...akibat dari tu tumit kakinya telah retak...aku rasa patah sebab kena simen..lawatan ke tempat kejadian adalah perkeara biasa dalam sesuatu siasatan kes tuntutan perkeso...tambah2 lagi ianya berlaku di perkarangan rumah...maklumla kat halaman rumah...
3.Jatuh semasa ketika belum masuk lagi  ke rumah yakni bila turun motorsikal...kasi tongkat dulu..sebab pagar berkunci lalu panjat dan jatuh...kalau tunggu tak kan nak berjam tunggu kat luar kan???jadi perkara sebegini boleh buat tuntutan dengan perkeso kerana pekerja belum lagi masuk ke dalam rumah...jatuh pula di luar/halaman rumah semasa balik kerja belum lagi masuk ke dalam rumah :) ayat aku ni berbelit dah ni wakakakakakaka...senang cakap jatuh ke tika balik kerja tapi bukan jatuh di "dalam " rumah...tak faham lagi aku tak tahu la wakakakakakaka..dalam rumah maksudnya dalam rumah lahhhh bukan halaman rumah hahahaha...ok la geng tak sempat tulis panjang2 hehehe..
4.Jika berlaku perkara sebegini habaq kat majikan boleh claim perkeso sebab jatuh tak masuk rumah lagi kikiki...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan