Ahad, 23 Oktober 2016

Kencing Manis Kronik Boleh Mohon Pencen Ilat Perkeso@tertakluk pada syarat Kelayakan

1.Salam geng, salam hari minggu hehehe..hari ahad hari kerja beb..hari ni aku melawat seorang bekas pencarum perkeso,beliau sudah tak bekerja last beliau membuat caruman adalah pada tahun 2004..hari ni beliau telah membuat tuntutan pencen ilat dengan pihak perkeso..beliau sebenarnya kena penyakit kencing manis boleh kata teruk juga..namun sayangnya masa beliau mengidap penyakit kencing manis ini umurnya telah 68 tahun,sepertimana kita maklum permohonan pencen ilat perkeso antara syarat utamanya adalah dari segi kelayakan caruman dengan perkeso dan juga kelayakan umur tidak mencapai umur 60 tahun,malangnya umur beliau 68 tahun dan telah melepasi had umur kelayakan pencen Ilat yang sepertimana yang termaktub dalam Akta Keselamatan sosial Pekerja 1969.
2.Namun begitu tuntutan pencen Ilat beliau seperti biasa akan di proses mengikut prosedur yang di tetapkan..bagi yang lebih had umur perkeso akan buat siasatan untuk kenal pasti BILA mulanya penyakit dihidapi pencarum dan bila kali terakhir beliau bekerja maknanya bila last berhenti kerja dan tak kerja kerja lagi lah senang cakap gak..selebihnya pihak Jemaah Doktor (JD) lah yang akan buat keputusan..sebab bab2 lebih had umur ni pihak perkeso tiada kuasa..yang ada kuasa hanya pihak Jemaah Doktor sahaja..apa2 terpulang pada depa la..tapi lebih had umur sampai 68 tahun agak susah sikit beb..hm payah nak komen tu, Namun itu lah peraturannya..tapi boleh aje nak rujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)..dah boleh buat kad OKU dan InshaAllah pihak JKM akan turut membantu..yang bergelar YB, wakil2 rakyat hangpa jenguk2 la insan begini..jangan time nak mengundi 5 tahun sekali baru nak muncul adowww..baru nak tolong tolak kerusi roda kerana 1 undi..lemah lemah kalau politik macam ni 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan