Isnin, 19 Disember 2016

boleh ke sakit hernia claim dengan perkeso?


1.Salam geng..sejak akhir2 ni banyak kes2 sakit Hernia di rujuk kepada pihak perkeso khususnya untuk buat tuntutan dibawah tuntutan penyakit khidmat,namun harus diketahui bukan semua kes2 tuntutan penyakit khidmat untuk penyakit Hernia berkaitan dengan kerja yang dilakukan setiap hari..pendek kata banyak kes tuntutan hernia ni berpunca dari sebab lain dan bukan sebab kerja..antara sebab biasa adalah faktor merokok yang kronik hehehe 1 kotak untuk 1 hari boleh dikira teruk tuu dan sebab semulajadi...hehehe faktor perubatan tak pandai aku nak jelaskan hangpa tanya doktor lah kakaka..sebab semulajadi kadang2 bayi umur 7 bulan pun kena hernia ni...depa mana kerja berat lagi bayi katakan hehehe..
2.Masalah Hernia yang boleh dibuat tuntutan di bawah tuntutan penyakit khidmat adalah Hernia yang disebabkan seseorang yang sentiasa terdedah kepada kerja2 yg memerlukan setiap hari angkat barang2/benda berat hari hari dok angkat bebanan berat contohnya hari2 dok angkat tong gas sebab ia kerjahantar gas ke rumah pelanggan kikiki,hari2 dok pikul kayu yang berat2 sebab dia kerja tukang kayu bla bla bla lama2 kena Hernia...yang aku sebut tadi sebahagian contoh sahaja banyak lagi kerja2 berat@maksud aku kerjanya perlu angkat benda berat angkat dan diangkat secara manual ingat tu angkat guna tulang 4 kerat barulah kalau kena hernia boleh buat tuntutan dibawah tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso...kalau kerja berat tapi hangpa dok angkat guna forklif itu kalau kena hernia jangan dok gatal2 nak claim dengan perkeso la hahahaha..macam aku cakap tadi kerja angkat benda/barang berat angkat guna tulang 4 kerat...kerja ni dilakukan setiap hari geng bukan sesekali angkat aje hehehe sesekali angkat tak jadi apa sebab Hernia tak terus jadi mengejut :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan