Isnin, 27 Mac 2017

Cetusan Idea Penubuhan Pusat Rehabilitasi Perkeso cukup mengkagumkan ini buktinya...

1.Salam geng..hari ni aku ke Pusat Rehabilitasi Perkeso yang terletak di Hang Tuah Jaya Bandar Hijau Melaka, haha seingat aku ini kali ketiga aku ke sana hehe kali pertama ketika majlis pecah tanah Pusat Rehabilitasi ini yang diadakan pada 23 Mac 2012 kira-kira 4 tahun yang lalu lama dahh, kikiki masa tu kawasan ini macam hutan tak dak apa-apa geng..sunyi plak tuu,yang ada masa tu hanya khemah-khemah untuk program perasmian majlis pecah tanah sahaja..masa tu dengan pelaburan berjumlah RM230 juta maka didirikan pusat rehabilitasi yang serba canggih ini dan yang pertama seumpamanya di asia Tenggara hehehe masa tu bangga dan cukup teruja hehe teruja sebab kos boleh tahan juga..kikiki apatah lagi ianya 100 peratus hak milik Perkeso!duit Perkeso tu duit kita semua para Pencarum!!!hah duit aku pun ada kat sini hahaha..ya la melalui caruman kita kan :) kalau tak de kita maka tak de la Perkeso :)
 
                                        Ini gambar masa aku pi majlis pecah tanah
2.Pusat Rehabilitasi yang menyediakan latihan Pemulihan fizikal dan vokasional kepada Orang Berinsurans (OB) pada awalnya seolah olah satu projek yang umpama mimpi dalam mimpi yang tidak pernah terfikir ianya bakal menjadi reality..namun dengan kepimpinan yang bervisi tinggi yang berpandangan jauh melangkaui masa nunnnn jauh kedepan 1000 langkah tahap pemikirannya maka hari ini Perkeso khususnya boleh berbangga projek Pusat Rehabilitasi Perkeso ini menjadi nyata dan proses pembinaan yang bermula September 2011 akhirnya selesai dan ianya mula beroperasi dengan jayanya bermula Oktober 2014..dan hari ini bila diberi peluang untuk melawat Pusat rehabilatasi ini ianya sukar digambarkan dengan kata-kata...pehhh Alhamdulilah dengan bangunan yang tersergam indah lengkap segalanya Allahuakbar ia benar2 satu projek yang menjadi kebanggaan bukan sahaja pada Perkeso dan warga kerjanya bahkan dalam konteks yang lebih luas ia mengharumkan nama negara di pentas dunia :)

 
3.Jika dulunya aku hadir untuk majlis pecah Tanah pembinaan pusat rehabilatasi ini nahhh pada hari ini didepan mata sendiri dapat aku saksikan betapa ianya berjalan dan berfungsi dengan begitu jaya..buktinya Pusat Rehabilitasi Perkeso yang serba lengkap ini telah berjaya memulihan ribuan Orang Berinsuran (OB) yang mengalami kecacatan fizikal ekoran bencana kerja yang menimpa mereka, bahkan apa yang lebih membanggakan telah ramai yang mampu kembali bekerja dengan jayanya..ini adalah bukti sangat jelas betapa kewujudan pusat Rehabilitasi ini memberi impak yang begitu besarr dalam landskap jaringan keselamatan sosial negara nahhhh ia betul2 menerajui jaringan keselamatan social yang unggul :)

 
4.Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan hari ini sempat jugaklah melawat ke bahagian-bahagian tersebut seperti di bahagian pemulihan fisoterapi yang mana kat sini depa memberi khidmat terbaik untuk memulihkan anggota badan yang mengalami kecderaan..tiap2 hari dok fisioterapi lama2 pulih geng hahaha ini berbeza dengan mana2 hospital di Malaysia yang program fisioterapinya diadakan berkala bukan tiap2 hari hehehe hebat kan pusat ni kikiki..ada juga kemudahan pusat akuatik juga bertujuan memulihkan Orang Berinsurans..ahhh banyaklah ada peluang kalian boleh pergi melawatnya sendiri tak rugi hehehe..kat sini juga ada dilengkapkan dengan kemudahan wad hehe lebih canggih dan lebih selesa hehehe..jangan risau kat sini para doktornya baik2 dan muda2 belaka kikiki.

 
5.Thanks geng2 Pusat Rehabilitasi Perkeso yang sudi melayan kami tadi kikiki..ada masa Inshallah akan ke sana lagi lahhh hahaha..banyak orang bertanya dan bertanya kena ianya tidak dibuka kepada umum sepenuhnya???hahahaha tunggu geng belum tiba masanya dibuka pada umum hahahaha ia hak milik Perkeso 100 peratus dan sudah tentu yang diberi keutamaan adalah para Pencarum Perkeso..merekalah pemegang saham perkeso merekalah yang diberi keutamaan...bagaimana nak masuk dan menerima rawatan di pust rehabilitasi ini???hahaha sudah pasti ia nya melibatkan kes2 Perkeso seperti kes bencana kerja dan kes2 mengidap keilatan dan biasanya disyorkan oleh pihak Jemaah doctor serta Pengurus2 kes yang ditempatkan di cawangan perkeso di seluruh pejabat2 perkeso di Malaysia :) ahhhh senang cakap hangpa jumpa Pengurus Kes lahhhh pi Perkeso habaq nak jumpa Pengurus Kes dan hangpa Tanya mereka lahhh hahahaha mereka lebih layak untuk bercerita bab2 sebegini!!!jangan takut jangan risau anda ditempatkan ke Pusat Rehabilitasi Perkeso untuk dipulihkan dan anda akan berjaya inshallah..percayalah kepakaran Pusat Rehabilitasi ini amat mengkagumkan!!!!

 
Hahaha cukup setakat tu aje lahhh geng nak tengok lebih-lebih sila berkunjung ke Pusat Rehabilitasi Perkeso..banyak ilmu yang hangpa boleh timba dan temui di sana tak rugi buat lawatan kat sini hehehe..


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan