Jumaat, 13 Oktober 2017

Keputusan Tuntutan Penyakit Khidmat Perkeso ditentukan JDK

1.Minggu ni banyak betul kes2 yang melibatkan tuntutan penyakit khidmat Perkeso..takpa itu menunjukkan kesedaran para pencarum Perkeso telah meningkat!!tahniah geng!!!Walau bagaimanapun harus diingat bahawa tuntutan penyakit khidmat ini bukannya di tentukan oleh pihak Perkeso sepenuhnya..sama ada dapat atau tidak yakni sama ada disahkan mengidap penyakit khidmat atau tidak!! Dengan kata lain memang nya hangpa ada mengalami sakit namun sakit itu belum tentu ia berpunca dari kerja!!!kerana banyak sebab penyakit ini bukan 100% kerana kerja..
2.Apabila pihak Perkeso menerima tuntutan penyakit khidmat mereka akan buat siasatan di tempat kerja dan sudah pasti ketika membuat tuntutan penyakit khidmat hangpa juga mengemukakan Laporan Perubatan dan Laporan Perubatan itulah yang akan disemak oleh pihak Jemaah Doktor Khas(JDK) dan pihak Jemaah Doktor Khas inilah yang akan memanggil hangpa untuk diperiksa dan mereka jugalah yang meneliti Laporan Perubatan dan mereka jugalah yang memutuskan hangpa mengalami penyakit khidmat BERPUNCA dari kerja atau TIDAK,kalau TIDAK berpunca dari KERJA maknanya penyakit itu datangnya dari sebab lain contohnya sakit belakang slip disc ada banyak berpunya dari kegiatan sukan lasak,seperti bola sepak,sepak takraw badminton dan akala jatuh pokok atau kemalangan dan ia tiada kaitan dengan kerja..itu lah sebagai contohnya hehehe..namun kalau tiap2 hari angkat bebanan berat 30 kilogram atau 50 kilogram hari2 dan tiada aktiviti lain itu memang penyakit khidmat disebabkan KERJA.
3.Selalunya kita sendiri akan ketahui dan menyedari apa sebab penyakit khidmat itu kan kan kan kan...contohnya dulu pernah terlibat dalam kemalangan dan la ni baru terasa sakit belakang sebab kemalangan lalu..maka kerja2 sakit jadi claim dibawah penyakit khidmat namun pihak Jemaah Doktor Khas (JDK) dia ada maklumat semua tu maka memangla tidak disahkan hangpa mengalami penyakit khidmat sebab PUNCA SAKIT ITU BUKAN DISEBABKAN KERJA tapi disebabkan kemalangan...senang aje nak faham bab penyakit khidmat ni hehehe..banyak lah lagi contoh2 lain yang telah aku dok post kat blog ni hangpa cari la ye hahaha..
 
4.Minggu ni aku dapat kes penyakit khidmat disebabkan asma kerana kerja terdedah pada habuk2 benang/kain dan seangkatan dengannya hehe ya kalau macam tu asma bukannya semulajadi kan kan kalau asma disebabkan kerja berpunca dari kerja bukannya asma semulajadi/warisan maka sudah pasti kes ini bila dirujuk ke Jemaah Doktor mereka akan mengkaji dan aku yakin keputusannya positif hehehe..dulu tak dak asma turun temurun tak dak asma tapi berbelas tahun kerja terdedah pada habuk kapas dan benang pakaian lama2 kena asma INI BARU BERPUNCA DARI KERJA hehehe contoh saje geng :)
 
5.Cara nak claim tuntutan penyakit khidmat ni macam biasala pi opis Perkeso minta boring 34 hehehe isi dan beli laporan perubatan GUNA FORMAT yang PERKESO dah sediakan dan bila dapat laporan perubatan tu maka hantarlah ke Perkeso :)

14 ulasan:

  1. Sudah berhenti kerja selama 3 tahun masih layak untuk menunutut penyakit khidmat kah?

    BalasPadam
  2. Hai...mcm saya...pernh de pengakit saraf 2013 tapi skrg di kilang saya x boleh tgk komputer nak angkat brg berat pun kekdg susah bg saya kerap masok hosss....layak ka saya dpt sosko khdmt nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. haiiii:
      1.Seperti saya sering katakana hehehe Penyakit Khidmat adalah penyakit yang BERPUNCA dari kerja yang kita lakukan sehari hari..kalau penyakit Puan itu BERPUNCA dari kerja sehari hari yang puan lakukan maka sudah pasti puan boleh buat tuntutan penyakit khidmat!!!sebagai contoh jika puan bekerja sebagai penabur Baja di lading kelapa sawit lama kelamaan tangan puan berkudis teruk rosak tangannya ia berpunca dari pekerja seharian itu maka sudah pasti puan boleh claim penyakit khidmat,namun jika penyakit yang puan hidapi itu adalah PENYAKIT SEMULA JADI maka x boleh la nak claim bawah penyakit khidmat.

      thanks puan :)

      Padam
  3. Assallammualaikum,

    Sekiranya masih bekerja, layak ta untuk memohon tuntutan peyakit khidmat? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan Ayu,
      Boleh sangat2 puan se elok eloknya tuntutan Penyakit Khidmat ini di pohon ketika kita MASIH BEKERJA puan.

      2.Ayuhhhhh puan buatlah tuntutan tersebut jika sekiranya kerja yang puan lakukan seharian tiap2 hari menyebabkan puan mengalami penyakit khidmat.

      3.Berkunjungla ke pejabat perkeso terdekat tunggu apa lagi hehehe..ambil borang 34 isi bahagian penyakit khidmat!!!!

      wasalam

      Padam
    2. Terima kasih Encik.

      Saya disahkan ada Carpal Tunnel & Computer Working Syndrome last week. Insya Allah lepas buat operation tangan, saya buat claimnya.

      Terima kasih sebab buat blog ni, banyak informasi, semoga mendapat pahala berterusan.

      Cumanya, maaf saya komen sikit, bunga2 berguguran ni buat mata saya sakit haha. kalau dapat tempalate yang clean & smart, lebih bagus lagi, ini komen membina ye!

      Terima kasih sekali lagi!

      Padam
    3. Hahahahaha terima kasih puan ayu atas teguran membina tu..saya cukup cukup hargai puan hehe

      Padam
    4. Sama2, jangan marah ye, sebab saya suka membaca. Dah ada masalah Computer Working Syndrome ni, kena kecik2 kan mata nak fokus baca blog hahaha.

      Orang2 yang datang blog ni mesti nak cari infor atau sakit macam saya haha. So kalau guna template yang clean, senang cari info.

      terima kasih.

      Padam
    5. bahahahaha x marah puan hahahaha,betul cakap puan tu,nak kena belajar guna template lain ni hahaha saya tak berapa arif sangat reka bentuk blog puan main bantai aje ni

      Padam
  4. Kalau saya claim penyakit khidmat,adakah company saya disoal siasat atau diambil tindakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan linaaaaaa hahaha sorry lambat reply puan yaaa ampun maafkan saya:

      1.Boleh tahu puan sakit apa dan kenapa?

      2.PUan jika sekiranya sakit yang puan alami adalah DISEBABKAN KERJA seharian puan maka MOHONlah tuntutan pENYAKIT KHIDMAT..usahlah risau usahlah dibimbangkan nasih kompeni tempat puan bekerja tu hah hahaha..Perkeso bukan jenis Kejam puan depa baik2 semuanya..kita siasat punya penyakit tu BUKAN SIASAT SYARIKAT!

      wasalam

      Padam
  5. Sedihnya....company tak nak bagi resit cuti sakit yang asal.saya ada copy saja.ada cara lain tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan pihak majikan wajib beri MC asal untuk tuntutan HUS/MC dengan pihak Perkeso..alangkah bangangnya majikan jika simpan MC asal iyu yang menyebabkan menjadi kesukaran untuk pekerja memohon tuntutan kemalangan dnegan pihak Perkeso.

      2.Saya nasihatkan salinan MC puan itu DISAHKAN di klnik atau hospital yang keluarkan MC kepada puan itu..bila MC telah DISAHKAN maka ia boleh digunakan dalam tuntutan dnegan pihak Perkeso.

      wasalam
      DISAHKAN tu maksudnya salinan disahkan hehehe..

      Padam