Selasa, 26 Oktober 2021

AYUHH BEKERJA JANGAN TUNGGU LAGI!PROGRAM MALAYSIANIZATION PERKESO AKAN TAMAT 31 DISEMBER 2021!!!

 

1.Program Maysianization anjuran Pertubuhan Keselamatan sosial (PERKESO)dijangka tamat mengikut jadual asalnya pada 31 Disember 2021 ini,masih berbaki 2 bulan lebih sahaja lagi bakal melabuh tirainya..pelbagai program temuduga terbuka dianjurkan khas untuk mencari pekerja untuk menjayakan Program Malaysianization ini dengan pelbagai insentif untuk Majikan dan juga pekerja tempatan yang menyertai program Malaysianization ini.

2.Saban minggu ada sahaja temuduga khas untuk program Malaysianization ini, yang sudah pastinya dianjurkan oleh pejabat PERKESO seluruh negara melalui cawangan sistem Inusrans Pekerja (SIP), program yang dirangka dengan matlamat cukup murni untuk membantu pekerja tempatan memperoleh kerja di musim pandemik Covid 19 ini dengan cara menganti pekerja tempatan untuk ditempatkan/mengisi kekosongan yang lazimnya diisi pekerja warga asing!

3.Ramai antara kita mengeluh hilang pekerjaan tahkala pandemik..kerajaan merangka program cukup mantap melalui Malaysianization bukan sahaja memberi peluang kerja bahkan pelbagai insentif turut diberi untuk pekerja dan majikan yang menyertai program ini..begitu juga kelonggoran diberi..cukup memberi manfaat dan membantu mengurangkan penganguran jika pekerja tempatan tidak terlalu berkira untuk memilih pekerjaan.

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=205347

4.Namun walaupun program temuduga Khas Malaysianization dianjur  pelbagai promosi dibuat dan pelbagai libat urus dibuat pelbagai insentif diberi namun masih ada sektor tertentu seperti sektor 3D (kotor,bahaya dan sukar)seperti sektor perladangan umpamanya kurang diminati pekerja tempatan kita dan ini memaksa pihak Kementerian Sumber Manusia  akan membawa masuk secara berperingkat mulai awal bulan depan seramai 32 000 pekerja asing khas untuk sektor perladangan!Sukar hendak dipercayai namun itulah hakikatnya..

5.Masih berbaki dua bulan lebih untuk Program Malaysianization ini ke penghujung garis penamatnya pada 31 Disember 2021..masih ada waktu wahai rakan2 sekelian..jenguk-jenguk lah facebook rasmi PERKESO atau PERKESO Negeri mereka sentiasa update program temuguda khas untuk Malaysianization ini..rebutlah peluang kerja ini buktikan rakyat tempatan juga mampu menganti kerja yang dilakukan pekerja asing lain..bukan sahaja dapat gaji bahkan dapat insentif dari PERKESO!Cepat bertindak gaiss!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan