Rabu, 3 Julai 2019

Mini Karnival Pekerjaan PERKESO Kelantan@Julai 2019

Allahu sejak berpindah lokasi kerja ni tak sempat geng nak update blog hahaha ada la busy sikit2 geng.. doakan wa beb supaya mampu bertahan hahaha..kat kampung pun akses Internet kurang sikit beb..apa nak buat hehe tapi selagi mampu  Inshallah wa akan di update catatanya dari masa ke masa ikut ada masa terluang lah hahaha..la ni wa balik opis sampai rumah pun ala2 hayal nak tidoq dah hahahaha..penat siot!
Hari ni kat Opis wa ada buat Mini Karnival Pekerjaan kali ke berapa dok ingat dah wa beb kalau tak salah lebih 7 kali dah kot..tapi untuk hari ni dua syarikat jah yang mai ambik bahagian..mini karnival pekerjaan ni dianjur oleh  bahagian Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO Negeri Kelantan..tak berapa ramai yang hadir ada la dalam 108 orang yang hadir untuk cuba nasib kot2 dapat kerja..harap2 mereka yang hadir temuduga tu berjayala..sian jugak ada yang dah 2-3 kali mai temuduga masih lagi tak berjaya dapat kerjanya..jangan putus asa beb mai la temuduga selagi boleh Inshallah lama2 sangkut haha..
Untuk rekod..bahagian Sistem Insurans Pekerjaan ini dari semasa ke semasa akan menganjurkan karnival Pekerjaan sebegini semata mata untuk membantu orang ramai mendapat kerja..hehe sekarang temuduga kerja banyak yang dah di buat oleh PERKESO melalui bahagian Sistem Insurans Pekerjaan ini dulunya banyak dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja la ni dah lain hahaha..PERKESO plak turut sama bantu beb!!!

Tahniah geng Sistem Insurans Pekerjaan Pejabat PERKESO Negeri Kelantan hangpa banyak membantu anak2 kelantan dapat kerja!!!

Isnin, 1 Julai 2019

TINDAKAN SEGERA SKUAD PERKESO PRIHATIN KOTA BHARU MENGUNDANG SEBAK WARIS PENIAGA AYAM MAUT KEMALANGAN

                                                                         
KOTA BHARU,20 Jun 2019 – Isteri kepada mangsa kemalangan maut di Kampung Pasir Hor pada pagi semalam melahirkan perasaan terharu dan terkejut serta berterima kasih kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan atas keperihatinan Pegawai Skuad PERKESO Prihatin Negeri ini kerana bertindak segera menghubungi beliau pada hari kejadian kemalangan maut yang melibatkan suaminya lantas menyelesaikan segera tuntutan Pencen Penakat Allahyarham suaminya. 
Menurut Norlizma Ramli 37, beliau pada hari kejadian sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja sebagai pembantu kedai seperti biasa, manakala adalah menjadi rutin harian suaminya Ab.Salam@ Azri Abdullah 39, menghantar anak perempuan kami ke Sekolah Menengah Padang Enggan di sini pada setiap hari persekolahan, namun  pada pagi itu suami saya lambat kembali ke rumah seperti biasa setelah selesai menghantar anak kami ke sekolah, lalu saya hubungi telefon suami sebanyak dua kali dan panggilan kedua dijawab oleh Pegawai polis yang memaklumkan suami saya terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Pasir Hor dan telah pun meninggal dunia di tempat kejadian.
Mengulas lanjut perkara tersebut Norlizma Ramli menyatakan beliau telah dihubungi oleh Pegawai PERKESO Negeri Kelantan pada hari kejadian suaminya terlibat dalam kemalangan maut tersebut dan pihak PERKESO memaklumkan suami saya memenuhi kelayakan caruman untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO ‘saya langsung tidak menduga pihak PERKESO sebegitu pantas memperoleh maklumat kematian suami saya dan mereka begitu pantas menghubungi saya dan menyelesaikan tuntutan Pencen Penakat PERKESO pada hari yang sama setelah saya kemukakan beberapa dokumen yang diminta pegawai terbabit’.
 Saya mempunyai tiga orang anak di mana dua perempuan dan satu lelaki yang mana anak saya berumur dari 15 tahun dan paling bongsu 4 tahun. Besar maknayanya pada saya, Pencen yang diberikan pihak PERKESO pada saya ini  sudah pastinya ia akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan hidup kami empat beranak ini setelah kehilangan suami saya hilang tempat bergantung lalu amat besar harapan saya pada Pencen Penakat PERKESO ini akan mampu menampung hidup kami anak beranak.

Terdahulu Ab.Salam @Azri Abdullah suami kepada Norlizma terlibat dalam kemalangan di kampung Pasir Hor dalam jam 7.30 pagi semalam, dimana dikatakan beliau gagal mengawal motorsikalnya menyebabkan telah terbabas dan jatuh ketas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan ‘severe head injury’.

Wan Izani Wan Isa Timbalah Pengarah PERKESO Negeri Kelantan menyatakan ‘sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kemalangan maut di kampung Pasir Hor sepertimana laporan pihak media, pihak kami di PERKESO Negeri Kelantan pada hari yang sama telah berjaya mengumpul maklumat berkaitan kes ini dan hari yang sama pihak kami melalui Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah bertindak membuat semakan dan mendapati  arwah Ab.Salam @Azri Abdullah sememangnya pencarum  PERKESO dan semakan caruman mendapati arwah memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO sekaligus kami telah memprosesnya tanpa memerlukan kehadiran ahli keluarganya ke pejabat kami, ia diproses secara pantas dan dilakukan oleh Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan. 

“semua urusan tuntutan Pencen Penakat PERKESO dilakukan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari Isteri Allahyarham”, sebenarnya Isteri Allahyarham sendiri langsung tidak mengetahui yang kematian suaminya menyebabkan beliau layak menerima Pencen Penakat dari pihak PERKESO, Isteri arwah hanya mengetahui perihal tersebut setelah dihubungi Pegawai kami pada hari kejadian.

 Lantaran itu Isteri Allahyarham bakal menerima Pencen Penakat secara bulanan untuk seumur hidupnya (sepanjang hayat) manakala ketiga-tiga anak Allahyarham akan turut menerima syer Pencen Penakat tersebut sehingga anak-anaknya mencapai umur 21 tahun atau sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pertama jika masih melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Untuk itu Isteri Allahyarham akan menerima Pencen Penakat PERKESO secara bulanan sebanyak RM 820.83 sebulan sepanjang hayatnya, manakala untuk bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2000.00 kami kreditkan ke dalam akaun beliau ujar Wan Izani ketika berkunjung ke kediaman Allahyarham di Kampung Aman Telipot hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Wan Izani juga menegaskan tiada unsur pilih kasih atau pilih bulu dalam menyelesaikan kesemua kes-kes Skuad Prihatin, ‘ini kerana kami bertindak segera apabila menerima maklumat sama ada dari pihak media,pihak polis, bomba,APAM,sahabat Skuad PERKESO Prihatin, pelbagai laman facebook daerah di Kelantan dan makluman dari orang awam, kami mempunyai Pegawai Skuad PERKESO Prihatin yang akan sentiasa memantau maklumat-maklumat ini sama ada melibatkan kemalangan maut atau pesakit kronik yang terdiri dari Pencarum kami dan jika mencukupi syarat kelayakan caruman maka tindakan serta merta akan diambil oleh pihak kami tanpa mengira kedudukan seseorang pencarum dari segi bangsa agama taraf kedudukan kaya miskin orang biasa atau selibriti atau berpangkat dan sebagainya ia akan diberi tindakan sewajarnya dengan kadar segera.

AYUH PEMANDU TEKSI GRAB E HAILING PEMANDU BAS PERSENDIRIAN DAFTAR PERKESO SEGERA SEBELUM 31 JULAI!


TERHARU TINDAKAN PANTAS PERKESO KOTA BHARU

                                                   
               
KOTA BHARU,17 Jun 2019 - Bapa mangsa lemas di Jambatan Tanah Merah (Jambatan Kusial) dan mayatnya di temui di Rumah Pam Kemubu Machang langsung tidak menduga kematian anaknya Mohamad Izzuddin bin Mohd Nor 31, pada 11 Jun yang lalu melayakkan beliau menerima Pencen Penakat dari pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Mengulas lanjut perkara tersebut Mohd Nor bin Daud 64 bapa kepada mangsa lemas menjelaskan beliau telah dihubungi oleh Pegawai PERKESO Negeri Kelantan pada hari pengkebumian anaknya itu dan pihak PERKESO memaklumkan anak saya memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO ‘saya langsung tidak menduga pihak PERKESO sebegitu pantas memperoleh maklumat kematian anak saya dan mereka begitu pantas menghubungi saya dan menyelesaikan tuntutan Pencen Penakat PERKESO pada hari yang sama setelah saya kemukakan beberapa dokumen yang diminta pegawai terbabit’. Anak saya masih bujang dan baru sahaja bertunang dengan gadis pilihan hatinya yang menetap di Seksyen 19 Shah Alam.

Terdahulu Mohamad Izzuddin bin Mohd Nor ditemui lemas oleh orang awam di Rumah Pam Kemubu, Machang pada 11 Jun yang lalu.

Sebaik sahaja mendapat maklumat tentang penemuan mayat tersebut melalui laporan pihak media, pihak kami di PERKESO Negeri Kelantan pada hari yang sama telah berjaya mengumpul maklumat berkaitan kes penemuan mayat tersebut dan hari yang sama pihak kami melalui Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah bertindak membuat semakan dan mendapati  arwah Mohamad Izzuddin bin Mohd Nor sememangnya pencarum  PERKESO dan semakan caruman mendapati arwah memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO sekaligus kami telah memprosesnya tanpa memerlukan kehadiran ahli keluarganya ke pejabat kami, ia diproses secara pantas dan dilakukan oleh Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan. 

Pengarah PERKESO Negeri Kelantan Hajah Nora Yaacob berkata “semua urusan tuntutan Pencen Penakat PERKESO dilakukan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari Bapa Allahyarham”, sebenarnya Bapa Allahyarham sendiri langsung tidak mengetahui yang kematian arwah anaknya menyebabkan beliau layak menerima Pencen Penakat dari pihak PERKESO, Bapa arwah hanya mengetahui perihal tersebut setelah dihubungi Pegawai kami pada hari pengkebumian jenazah anaknya itu.

Lantaran itu Bapa Allahyarham bakal menerima Pencen Penakat secara bulanan untuk seumur hidupnya memandangkan Ibu Allahyarham telah meninggal dunia Oktober 2005, manakala seorang adik arwah yang berumur 20 tahun akan turut menerima syer Pencen penakat tersebut sehingga mencapai umur 21 tahun. Untuk itu Bapa Allahyarham akan menerima Pencen Penakat PERKESO secara bulanan sebanyak RM 332.50 sebulan sepanjang hayatnya, manakala untuk bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2000.00 telah kami kreditkan ke dalam akaun beliau ujar Nora Yaacob ketika mengiringi YB Dato Haji Mahfuz bin Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika menyampaikan mock cheque kepada Bapa Allahyarham Mohamad Izzuddin.