KOTA BHARU,20 Jun 2019 – Isteri kepada mangsa kemalangan maut di Kampung Pasir Hor pada pagi semalam melahirkan perasaan terharu dan terkejut serta berterima kasih kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan atas keperihatinan Pegawai Skuad PERKESO Prihatin Negeri ini kerana bertindak segera menghubungi beliau pada hari kejadian kemalangan maut yang melibatkan suaminya lantas menyelesaikan segera tuntutan Pencen Penakat Allahyarham suaminya.
Menurut Norlizma Ramli 37, beliau pada hari kejadian sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja sebagai pembantu kedai seperti biasa, manakala adalah menjadi rutin harian suaminya Ab.Salam@ Azri Abdullah 39, menghantar anak perempuan kami ke Sekolah Menengah Padang Enggan di sini pada setiap hari persekolahan, namun pada pagi itu suami saya lambat kembali ke rumah seperti biasa setelah selesai menghantar anak kami ke sekolah, lalu saya hubungi telefon suami sebanyak dua kali dan panggilan kedua dijawab oleh Pegawai polis yang memaklumkan suami saya terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Pasir Hor dan telah pun meninggal dunia di tempat kejadian.
Mengulas lanjut perkara tersebut Norlizma Ramli menyatakan beliau telah dihubungi oleh Pegawai PERKESO Negeri Kelantan pada hari kejadian suaminya terlibat dalam kemalangan maut tersebut dan pihak PERKESO memaklumkan suami saya memenuhi kelayakan caruman untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO ‘saya langsung tidak menduga pihak PERKESO sebegitu pantas memperoleh maklumat kematian suami saya dan mereka begitu pantas menghubungi saya dan menyelesaikan tuntutan Pencen Penakat PERKESO pada hari yang sama setelah saya kemukakan beberapa dokumen yang diminta pegawai terbabit’.
Saya mempunyai tiga orang anak di mana dua perempuan dan satu lelaki yang mana anak saya berumur dari 15 tahun dan paling bongsu 4 tahun. Besar maknayanya pada saya, Pencen yang diberikan pihak PERKESO pada saya ini sudah pastinya ia akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan hidup kami empat beranak ini setelah kehilangan suami saya hilang tempat bergantung lalu amat besar harapan saya pada Pencen Penakat PERKESO ini akan mampu menampung hidup kami anak beranak.
Terdahulu Ab.Salam @Azri Abdullah suami kepada Norlizma terlibat dalam kemalangan di kampung Pasir Hor dalam jam 7.30 pagi semalam, dimana dikatakan beliau gagal mengawal motorsikalnya menyebabkan telah terbabas dan jatuh ketas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan ‘severe head injury’.
Wan Izani Wan Isa Timbalah Pengarah PERKESO Negeri Kelantan menyatakan ‘sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kemalangan maut di kampung Pasir Hor sepertimana laporan pihak media, pihak kami di PERKESO Negeri Kelantan pada hari yang sama telah berjaya mengumpul maklumat berkaitan kes ini dan hari yang sama pihak kami melalui Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah bertindak membuat semakan dan mendapati arwah Ab.Salam @Azri Abdullah sememangnya pencarum PERKESO dan semakan caruman mendapati arwah memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO sekaligus kami telah memprosesnya tanpa memerlukan kehadiran ahli keluarganya ke pejabat kami, ia diproses secara pantas dan dilakukan oleh Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan.
“semua urusan tuntutan Pencen Penakat PERKESO dilakukan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari Isteri Allahyarham”, sebenarnya Isteri Allahyarham sendiri langsung tidak mengetahui yang kematian suaminya menyebabkan beliau layak menerima Pencen Penakat dari pihak PERKESO, Isteri arwah hanya mengetahui perihal tersebut setelah dihubungi Pegawai kami pada hari kejadian.
Lantaran itu Isteri Allahyarham bakal menerima Pencen Penakat secara bulanan untuk seumur hidupnya (sepanjang hayat) manakala ketiga-tiga anak Allahyarham akan turut menerima syer Pencen Penakat tersebut sehingga anak-anaknya mencapai umur 21 tahun atau sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pertama jika masih melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Untuk itu Isteri Allahyarham akan menerima Pencen Penakat PERKESO secara bulanan sebanyak RM 820.83 sebulan sepanjang hayatnya, manakala untuk bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2000.00 kami kreditkan ke dalam akaun beliau ujar Wan Izani ketika berkunjung ke kediaman Allahyarham di Kampung Aman Telipot hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan Wan Izani juga menegaskan tiada unsur pilih kasih atau pilih bulu dalam menyelesaikan kesemua kes-kes Skuad Prihatin, ‘ini kerana kami bertindak segera apabila menerima maklumat sama ada dari pihak media,pihak polis, bomba,APAM,sahabat Skuad PERKESO Prihatin, pelbagai laman facebook daerah di Kelantan dan makluman dari orang awam, kami mempunyai Pegawai Skuad PERKESO Prihatin yang akan sentiasa memantau maklumat-maklumat ini sama ada melibatkan kemalangan maut atau pesakit kronik yang terdiri dari Pencarum kami dan jika mencukupi syarat kelayakan caruman maka tindakan serta merta akan diambil oleh pihak kami tanpa mengira kedudukan seseorang pencarum dari segi bangsa agama taraf kedudukan kaya miskin orang biasa atau selibriti atau berpangkat dan sebagainya ia akan diberi tindakan sewajarnya dengan kadar segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan