1.Hari ini rasa terpanggil nak menulis bab tuntutan kemalangan atau kecederaan semasa bersukan ketika kalian mewakili majikan atau syarikat, tak kiralah syarikat apa pun asalkan mencarum dengan PERKESO atau apa-apa Jabatan pun asalkan ia adalah Majikan yang berdaftar dengan PERKESO dan pekerjanya dicarum PERKESO.Sebenarnya banyak kali juga saya duk ceritakan perihal kecederaan dan kemalangan semasa bersukan ni terutamanya ketika mewakili majikan/syarikat/jabatan tapi macam biasalah banyak sangat yang bertanya walaupun dah banyak kali saya utarakan benda sama hahaha takpa kali ni saya cerita lagi tak jadi masalah janji hangpa semua faham dan memudahkan hangpa untuk buat tuntutan dengan pihak PERKESO jika ia berkenaan. Namun jika Kemalangan atau kecederaan ketika bermain bola atau bersukan riadah suka-suka dengan secara suka-suka TAK BOLEH Claim PERKESO! yang saya nak cerita ini ia bersifat RASMI mewakili syarikat atau jabatan tempat bekerja sahaja!
2.Kemalangan yang berlaku semasa mewakili pihak Majikan/Syarikat/Jabatan dalam aktiviti sukan atau sebarang pertandingan atau perlawanan memang boleh buat tuntutan dengan pihak PERKESO dengan syarat sukan atau kejohanan yang kalian sertai itu bersifat rasmi bila bersifat RASMI maka sudah pasti ia atas arahan pihak majikan!! Pasti ada MEMO dikeluarkan untuk tujuan tersebut tak kiralah MEMO tulisan berbentul surat atau melalui email!sebagai contoh katakanlah syarikat POS cawangan Kota Bharu adakan pertandingan bola sepak melawan POS cawangan Pasir Mas dan anda terpilih mewakili salah satu dari cawangan tersebut ada arahan dikeluarkan untuk sertai perlawanan itu dan penyertaan kalian dalam acara itu memberi merit pada gaji,bonus dan sebagainya maka ia adalah bersifat rasmi jika sekiranya semasa perlawanan itu berlangsung anda diterjah sehinga mengalami kecederaan seperti patah kaki sebagai contoh, maka seperti biasa prosedurnya dapatkan rawatan segera!!!minima 4 hari MC! Dan boleh lah mulakan tuntutan dengan pihak PERKESO.
3.Selepas dapatkan rawatan dan jika diberi cuti sakit 4 hari maka mintalah HR( bahagian sumber manusia) untuk membuat tuntutan pada pihak PERKESO bagi pihak kalian, HR akan mengisi borang tuntutan kemalangan (Borang34) hangpa jangan dok pandai pandai isi borang tu sendiri haha tu tugas HR dan HR perlu pastikan semasa hendak menghantar Borang 34 itu pastikan dikemukan bersama 1.Salinan IC Pekerja 2.MC Asal Pekerja 3.Surat Panggilan sama ada berbentuk MEMO untuk sertai perlawanan sama ada bola sepak, bola jaring atau sebagainya (email boleh diterima) 4.Gambar pertandingan dan senerai peserta terlibat serta jadual Pertandingan 5.Slip gaji enam bulan ke belakang sebelum bulan kemalangan atau kecederaan tu berlaku (tidak termasuk bulan kemalangan/kecederaan) kalau kemalangan atau kecederaan berlaku pada bulan Julai maka slip gaji enam bulan kebelakang bermula pada bulan Jun hingga Januari! 6.Salinan buku bank pekerja yang cedera itu salinan buka bank muka hadapan untuk pembayaran sebab pembayaran sekarang PERKESO guna online terus masuk ke akaun pekerja yang mengalami kecederaan itu, so salinan muka depan buku bank perlu dilampirkan semasa penghantaran Borang 34 dibuat (Cimb/Bsn/Bank Islam/Maybank/Public Bank/RHB/Ambank)
Senangkan tuntutan dengan pihak PERKESO sapa kata payah!!! Ia cukup mudah bila mana kita mengentahu cara tuntutan yang betul…hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan