Rabu, 17 Julai 2019

Operasi Pemutihan Pemandu teksi e hailing dan bas persendirian di Kelantan

KOTA BHARU, 17 Julai - PERKESO Negeri Kelantan menyeru kepada semua pemandu teksi, E-Hailing dan Bas persendirian yang beroperasi di negeri ini agar segera bertindak mendaftar dan mencarum dengan pihak PERKESO sebelum 31 Julai 2019, ini untuk mengelakkan dikenakan tindakan kompaun dan tindakan pendakwaan oleh pertubuhan tersebut.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan Hajah Nora Yaacob berkata Pihak PERKESO Negeri Kelantan telah mendekati golongan tersebut sejak tahun 2017 lagi dan untuk tahun 2019 pihak PERKESO Negeri Kelantan telah mengadakan 7 sesi libat urus serta sesi penerangan dengan pihak yang terlibat. Namun malangnya hanya 254 pemandu teksi, E hailing, pemandu bas sekolah serta bas kilang yang mendaftar dengan pihak kami dari jumlah keseluruhan yang sepatutnya mendaftar dengan pihak kami adalah berjumlah 2193, dan ia hanya mewakili 11 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan yang sepaututnya mendaftar dengan pihak kami.
Oleh yang demikian sekarang tiba masanya tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang masih belum mendaftar dan mencarum dengan pihak PERKESO. Buat masa ini pihak kami memberi masa kepada pihak yang terlibat melalui Program pemutihan yang bermula 1 Julai hingga 31 Julai, bagi tempoh ini diharap pemandu teksi, E Hailing, Pemandu Bas Sekolah dan Bas Kilang mengambil peluang mendaftar dan mencarum dengan PERKESO. Pendafatran dalam tempoh pemutihan tidak akan dikenakan kompuan. Namun bermula 1 Ogos 2019 aktiviti Penguatkuasaan akan bermula dan bagi pemandu yang masih belum mendaftar dan mencarum dengan PERKESO tindakan kompaun mengikut Seksyen 75 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan sendiri 2017 akan diambil di mana Kompuan antara RM500 hingga RM4000 akan dikenakan bergantung kepada tempoh kesalahan yang telah dilakukan, dan sekiranya mereka gagal menjelaskan Kompaun yang dikenakan maka tindakan Pendakwaan akan diambil mengikut Seksyen 11 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang mana jika sabit kesalahan hukuman denda  tidak melebihi RM10,000 atau tidak melebihi 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Oleh itu kami menyeru agar pihak yang terlibat mengambil kesempatan yang diberi ini sebaiknya untuk mengelakkan mereka dikenakan tindakan kompuan dan pendakwaan, Hajah Nora berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengetuai OPS Pemutihan yang berlangsung disekitar bandar Kota Bharu pada hari ini.
Dalam OPS Pemutihan yang dilakukan pihak PERKESO Negeri Kelantan hari ini ia telah   dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan kekuatan 15 anggota dari Unit Penguatkuasaan pejabat PERKESO Negeri Kelantan yang mensasarkan 3 kawasan utama di sekitar Kota Bharu yang telah dikenal pasti melalui risikan kami iaitu Kawasan hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Jalan Kelochor (OPS Pemutihan Bas Sekolah), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Peir Chih Jalan Long Yunus ( OPS Pemutihan Bas Sekolah) dan Stesen teksi Kubang Kerian (OPS Pemutihan Teksi).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan