Selasa, 23 Julai 2019

Waris pasangan suami isteri meninggal dunia terkena renjatan elektrik terima Pencen Penakat PERKESO

                   
KOTA BHARU,23 Julai 2019 – Kedua-dua Waris Keluarga Pasangan Suami Isteri yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan berpelukan selepas tangga separa siap rumah teres dua tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di Kampung Matang Pagar Sungai Buloh hari ini melahirkan rasa terharu dan berterima kasih pada Pihak Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan kerana telah bertindak segera menguruskan kes tuntutan Pencen Penakat Pasangan Suami Isteri tersebut iaitu Sharil Apipie Mokhtar 29 dan Wan Hasheliza Wan Ibrahim 29 yang maut ditempat kejadian selepas tangga kediaman teres dua tingkat itu runtuh dan kedua-duanya terkena renjatan elektrik dalam kejadian yang berlaku 21 Julai lepas.
Wan Ibrahim Awang Kechik 59 bapa kepada Wan Hasheliza melahirkan perasaan terharu dan terkejut serta berterima kasih kepada pihak PERKESO Negeri Kelantan atas kepantasan Skuad PERKESO Prihatin Negeri ini yang bertindak segera menghubungi beliau dan hadir ke rumahnya di Kampung Sepulau Pasir Puteh untuk membantu menyelesaikan kes tuntutan Pencen Penakat anak dan menantunya disini semalam iaitu hari pengkebumian jenazah anak dan menantu saya.
Mengulas lanjut, Wan Ibrahim menyatakan beliau telah dihubungi oleh Pegawai PERKESO Negeri Kelantan pada hari kejadian anak dan menantunya terlibat dalam runtuhan tersebut dan pihak PERKESO memaklumkan anak dan menantu saya memenuhi kelayakan caruman untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO memandangkan mereka kedua -duanya meninggal serentak dan tiada waris (anak) ia melayakkan saya dan isteri serta besan saya  bakal menerima pencen Penakat dari pihak PERKESO. Jujurnya saya langsung tidak menduga pihak PERKESO sebegitu segera memperolehi maklumat kematian anak dan menantu  saya dan mereka begitu pantas menghubungi saya dan menyelesaikan tuntutan Pencen Penakat PERKESO pada hari yang sama setelah saya kemukakan beberapa dokumen yang diminta pegawai terbabit. Alhamdulilah, syukur, kematian anak kedua saya dari 5 beradik itu dapat pembelaan dari pihak PERKESO, begitu juga dengan menantu saya.
Haji Wan Izani Wan Isa, Timbalah Pengarah PERKESO Negeri Kelantan menyatakan ‘sebaik sahaja pihak kami mendapat maklumat dari pihak media, kami di PERKESO Negeri Kelantan pada hari yang sama telah berjaya mengumpul maklumat berkaitan kes ini dan hari yang sama pihak kami melalui Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah bertindak membuat semakan dan mendapati  pasangan suami isteri ini adalah pencarum aktif kami dan carumannya memenuhi kelayakan tuntutan Pencen Penakat PERKESO sekaligus kes telah diproses tanpa memerlukan kehadiran ahli keluarganya ke pejabat kami, pegawai kami telah turun padang pergi ke rumah keluarga arwah bagi mendapatkan dokumen yang berkaitan dan kes ini telah diselesaikan secara pantas pada hari yang sama.
“Semua urusan tuntutan Pencen Penakat PERKESO dilakukan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari keluarga arwah pasangan suami isteri ini”, sebenarnya keluarga pasangan suami isteri yang maut ini sendiri langsung tidak mengetahui yang kematian anak mereka menyebabkan mereka layak menerima Pencen Penakat dari pihak PERKESO, Keluarga pasanagn suami isteri ini hanya mengetahui perihal tersebut setelah dihubungi Pegawai kami pada hari kejadian.
Lantaran itu keluarga pasangan suami isteri ini akan menerima pencen  Penakat secara bulanan untuk seumur hidupnya (sepanjang hayat) mereka, bagi Keluarga arwah Wan Hasheliza Wan Ibrahim kedua ibu dan bapa arwah akan menerima pencen Penakat sebanyak RM712.00 sebulan, manakala bagi keluarga arwah Shahril Apipie Mokhtar pula kedua-dua ibu bapanya akan menerima Pencen Penakat RM716.38 sebulan.
Wan Izani juga menyatakan pihak PERKESO juga telah membuat bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2000.00 untuk kedua dua keluarga pasangan yang maut ini dimana telah pun dikreditkan ke dalam akaun ibu dan bapa pasangan ini. Wan Izani berkata demikian ketika berkunjung ke kediaman  Wan Ibrahim iaitu bapa kepada arwah Wan Hasheliza di kampung Sepulau Pasir Puteh hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan Wan Izani juga menegaskan tiada unsur pilih kasih atau pilih bulu dalam menyelesaikan kesemua kes-kes Skuad Prihatin, ‘ini kerana kami bertindak segera apabila menerima maklumat sama ada dari pihak media,pihak polis, bomba,APAM,sahabat Skuad PERKESO Prihatin, pelbagai laman facebook daerah di Kelantan dan makluman dari orang awam, kami mempunyai Pegawai Skuad PERKESO Prihatin yang akan sentiasa memantau maklumat-maklumat ini dari masa kesemasa, sama ada melibatkan kemalangan maut atau pesakit kronik yang terdiri dari Pencarum PERKESO dan jika mencukupi syarat kelayakan caruman maka tindakan serta merta akan diambil oleh pihak kami tanpa mengira kedudukan seseorang pencarum dari segi bangsa agama taraf kedudukan kaya miskin orang biasa atau selibriti atau berpangkat dan sebagainya ia akan diberi tindakan sewajarnya dengan kadar segera.

Dari kami warga PERKESO, al-Fatihah buat kedua – dua keluarga dan semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Ahad, 21 Julai 2019

Hanya Dengan 12 Bulan Caruman..PERKESO Membantu Pencarum Diluar Jangkaan!

                                 
                       
1.Dengan hanya sekadar 12 caruman sahaja pelbagai perkara PERKESO boleh membantu kalian yang mengalami Keilatan dengan syarat kelayakan umur belum mencapai 60 tahun! Sejujurnya ramai yang tidak tahu akan perkara sepenting sebegini, ada yang ke kaunter PERKESO mereka hanya membuat semakan semata-mata untuk membuat tuntutan Pencen Ilat sahaja, dengan harapan tiap-tiap bulan dapatla Pencen..apabila dimaklumkan yang caruman si pencarum tidak mengcukupi untuk tuntutan Pencen Ilat ramai yang mula kecewa dan ada yang berlalu pergi begitu sahaja..kekadang tak kesempatan pun nak maklumkan bahawa untuk Bantuan Ilat masih layakkkk..kamu harus tahu bahawa walaupun bilangan caruman yang ada tidak memenuhi kelayakan tuntutan Pencen Ilat kamu masih berpeluang menikmati Bantuan ILat!
2. Bantuan Ilat hanya memerlukan 12 bulan caruman sahaja dengan syarat umur belum mencapai 60 tahun..mana ada syarikat Insurans atas muka bumi ini boleh lakukan sepertimana PERKESO lakukan! dengan hanya 12 bulan caruman pelbagai bantuan alat pemulihan dapat diberi pihak PERKESO kepada bekas pencarumnya walaupun telah lama berhenti kerja!!!Contoh yang jelas jika seseorang pencarum disahkan mengalami strok, koma memerlukan bekalan seperti lampin pakai buang memerlukan susu khas sepenuhnya..cukup hanya dengan memo dari doktor/pengesyoran dari doktor serta laporan perubatan sudah cukup membolehkan PERKESO memberi bantuan lampin pakai buang dan bekalan susu secara berkala dengan nilaian ribuan ringgit sebulan!!!!Itu hanya dengan kelayakan 12 bulan Caruman sahaja!!!!tanpa mengambil kira nilai caruman sepanjang 12 bulan caruman itu dicarum walau sekadar caruman paling minima sekalipun RM0.50 Sen sebulan!!!!Bukan itu sahaja dengan 12 bulan caruman itu juga PERKESO membiayainya kemudahan dialysis!!!pemberian kerusi roda,kemudahan rehabilitasi dan banyak lagi!!!dengan hanya 12 bulan caruman sahaja ia mampu mengubah segalanya!!!
3.Semua kemudahan yang disediakan seperti alatan Pemulihan ini diberi secara PERCUMA dibawah bantuan Ilat!Bezanya bila bantuan Ilat ia tiada Pencen Bulanan..hanya diberi bantuan alatan pemulihan secara berkala sahaja..namun besar maknanya bantuan Ilat ini untuk yang memerlukan!JIka ia hak anda mengapa tidak menuntutnya jika LAYAK!!!Ayuh war-warkan supaya semua yang layak mengentahuinya terutama pekerja-pekerja yang tinggal2 di kampung yang sentiasa kurang informasinya..ayuhhh majikan sebarkan perkara kebaikkan ini!!!!

4.Buat ibu bapa..tanyalah anak kalian jika bekerja ada mencarum PERKESO atau tidak!buat Pasangan Suami isteri hangpa tanya lah pasangan masing-masing ada caruman PERKESO atau tidak!Bertindaklah cepat sebelum terlambat!!!kini PERKESO membuka seluasnya liputan termasuk kepada yang bekerja sendiri dibwah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri..mencarumlah demi kebajikan diri sendiri..nahhh ambil peluang pemandu-pemandu teksi, ehailing dan pemandu bas persendirian..hangpa tunggu apa lagi oiii!!! Bagi yang tak mencarum salurkan maklumat kepada pihak PERKESO biar depa pi jumpa majikan kalian hehehe..disitu kita akan tahu langgit itu tinggi atau rendahnya Kikiki.

Rabu, 17 Julai 2019

Operasi Pemutihan Pemandu teksi e hailing dan bas persendirian di Kelantan

KOTA BHARU, 17 Julai - PERKESO Negeri Kelantan menyeru kepada semua pemandu teksi, E-Hailing dan Bas persendirian yang beroperasi di negeri ini agar segera bertindak mendaftar dan mencarum dengan pihak PERKESO sebelum 31 Julai 2019, ini untuk mengelakkan dikenakan tindakan kompaun dan tindakan pendakwaan oleh pertubuhan tersebut.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan Hajah Nora Yaacob berkata Pihak PERKESO Negeri Kelantan telah mendekati golongan tersebut sejak tahun 2017 lagi dan untuk tahun 2019 pihak PERKESO Negeri Kelantan telah mengadakan 7 sesi libat urus serta sesi penerangan dengan pihak yang terlibat. Namun malangnya hanya 254 pemandu teksi, E hailing, pemandu bas sekolah serta bas kilang yang mendaftar dengan pihak kami dari jumlah keseluruhan yang sepatutnya mendaftar dengan pihak kami adalah berjumlah 2193, dan ia hanya mewakili 11 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan yang sepaututnya mendaftar dengan pihak kami.
Oleh yang demikian sekarang tiba masanya tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang masih belum mendaftar dan mencarum dengan pihak PERKESO. Buat masa ini pihak kami memberi masa kepada pihak yang terlibat melalui Program pemutihan yang bermula 1 Julai hingga 31 Julai, bagi tempoh ini diharap pemandu teksi, E Hailing, Pemandu Bas Sekolah dan Bas Kilang mengambil peluang mendaftar dan mencarum dengan PERKESO. Pendafatran dalam tempoh pemutihan tidak akan dikenakan kompuan. Namun bermula 1 Ogos 2019 aktiviti Penguatkuasaan akan bermula dan bagi pemandu yang masih belum mendaftar dan mencarum dengan PERKESO tindakan kompaun mengikut Seksyen 75 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan sendiri 2017 akan diambil di mana Kompuan antara RM500 hingga RM4000 akan dikenakan bergantung kepada tempoh kesalahan yang telah dilakukan, dan sekiranya mereka gagal menjelaskan Kompaun yang dikenakan maka tindakan Pendakwaan akan diambil mengikut Seksyen 11 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang mana jika sabit kesalahan hukuman denda  tidak melebihi RM10,000 atau tidak melebihi 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Oleh itu kami menyeru agar pihak yang terlibat mengambil kesempatan yang diberi ini sebaiknya untuk mengelakkan mereka dikenakan tindakan kompuan dan pendakwaan, Hajah Nora berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengetuai OPS Pemutihan yang berlangsung disekitar bandar Kota Bharu pada hari ini.
Dalam OPS Pemutihan yang dilakukan pihak PERKESO Negeri Kelantan hari ini ia telah   dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan kekuatan 15 anggota dari Unit Penguatkuasaan pejabat PERKESO Negeri Kelantan yang mensasarkan 3 kawasan utama di sekitar Kota Bharu yang telah dikenal pasti melalui risikan kami iaitu Kawasan hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Jalan Kelochor (OPS Pemutihan Bas Sekolah), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Peir Chih Jalan Long Yunus ( OPS Pemutihan Bas Sekolah) dan Stesen teksi Kubang Kerian (OPS Pemutihan Teksi).




Isnin, 15 Julai 2019

Pemandu teksi E Hailing Pemandu Bas berlapang dada lah..Jom lah mencarum dengan PERKESO


1.Tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dibawah pancaran panas terik mentari adakalanya juga berhujan Pegawai Perkeso seluruh negara turun padang mendekati pemandu teksi,kereta sewa, E hailing dan juga pemandu bas persendirian untuk menerangkan kepentingan mencarum dengan perkeso di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (SPS), ia bukan kerja bermusim bahkan dilakukan sejak tahun 2017 lagi iaitu sebaik sahaja skim ini dilancarkan, sejak skim ini diperkenalkan  lebih 1700 sesi penerangan dan perjumpaan (libat urus) dengan pemandu teksi serta e hailing telah dilakukan di seluruh pelosok negara yang berpenghuni ini,disitu ada perkhidmatan teksi ehailing dan bas maka adalah pegawai perkeso.
2.Sehabis daya diterangkan satu persatu tentang kebaikan mencarum dengan Perkeso,turun padang tidak cukup dengan itu pelbagai promosi dan sesi pencerahan melalui pelbagai medium media sama ada melalui televisyen dan juga radio pada saban hari diterangkan akta yang berkaitan sampai ke tahap pujuk memujuk..ia dilakukan bukan kerna semata mata ingin kan caruman tuan tuan lebih dari itu untuk memberi pelindungan kepada golongan ini semaksimum mungkin. Namun malangnya sambutan agak hambar..ia lahh undang undang berbentuk Akta telah lama digubal cuma tak kuatkuasa aje masa tu..budaya masyarakat kita selalunya jika tak diketuk maka kita masih sempat berdondang sayang dulu..pujuk elok elok biasanya sambutan dingin siott..walhal skim itu dirangka khas untuk melindungi mereka tahkala ditimpa kecelakaan di jalan raya..siapa kata bawa teksi,kereta sewa, pengendali ehailing, bas tidak mempunyai risiko tinggi???tepuk dada tanyalah akal yang waras..janganla dizalimi diri sendiri dan fikirkan pada anak isteri yang masih ada jika berlaku perkara tidak diingi atas tubuh badan kita..tak kena takpa dah kena menyesalnya sepanjang zaman..dikala itu sesalan tiada gunanya lagi. Saksi mata saya saban hari melihat betapa sedihnya penderitaan kepayahan serta sesalan apabila tiada caruman Perkeso disaat saat kita amat memerlukan bantuan..percayalah caruman yang kecil inilah akan membantu dikala kesusahan kelak!
3.Pada kadar caruman seredah RM13.10 sebulan golongan pemandu teksi, kereta sewa, pengendali ehailing dan pemandu bas persendirian akan dilindungi perkeso jika berlaku perkara tidak diingini seperti kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan, kematian, kecacatan kekal dan sebagainya..hanya pada kadar paling rendah serendah RM13.10 sebulan itu adalah kadar sangat rendahhh khas untuk melindungi tuan tuan,apa sangat nak diuntungkan pihak Perkeso pada kadar rendah sebegitu!!! mana ada Insurans atas muka bumi sebegini murah dari skim yang di perkenalkan Perkeso ini tuan tuan..bukan ingin mendabik dada mahupun riak jauh sekali takbur namun inilah hakikat dengan kadar sebegitu rendah pelbagai faedah disediakan pihak Perkeso..ia bukan untuk sesiapa namun khas untuk tuan tuan dan waris yang tuang tingggalkan jika tuan tuan mengalami kehilangan jiwa semasa bekerja..Kadar Rm13.1O sebulan amat tidak logik di akal yang waras jika mendakwa ia membebankan tuan tuan..usahlah memberi 1001 alasan 1001 dogengan dengan jumlah kecil sebegitu amat besar maknanya jika tuan tuan ditimpa kemalangan kelak..kita tak minta jauh sekali mendoakan perkara buruk berlaku namun harus rasional macam macam kejadian berlaku semasa kita diatas jalan raya..ingatlah anak isteri kita tuan tuan..ini bukan masanya untuk menegak ego dalam diri..bekorbanlah RM13.10 sebulan bukan untuk sesiapa tapi untuk kepentingan tuan tuan sendiri!!!!!
4.Kini setelah lebih kurang 3 tahun akta skim bencana kerja pekerjaan sendiri diperkenalkan pihak Perkeso merasakan sudah tiba masanya akta ini dikuatkuasaan sewajarnya..tak carum padah menanti..sesi bermanja manja pujuk rayu bakal menemui  titik noktahnya pada 31 Julai 2019..sepanjang bulan Julai 2019 selama sebulan sesi Pemutihan diberikan kepada pemandu teksi,kereta sewa,e hailing dan pemandu bas untuk mendaftar dan mencarum dengan perkeso secara sukarela tanpa dikenakan sebarang tindakan kompaun mahupun pendakwaan..namun selepas tarikh keramat itu bakal diadakan operasi besar besaran mengesan golongan yang gagal mendaftar dan mencarum dengan perkeso ini mengikut seksyen 11 Akta Skim Pekerjaan Sendiri sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM 10 000 atau Dua tahun penjara atau dua dua sekali..amat tidak wajar sama sekali bila kita meletakkan diri kita pada kedudukan yang sukarrr tahkala undang undang dan akta dibuat untuk memberi perlindungan pada diri kita sendiri..dulu minta dilindungi bila sudah lulus segan segan pula mau mencarum..hehehe..janganla begituuu tuan tuan..tak kirala kita bawa teksi isi masa lapang ka bawa teksi sekadar suka suka ka risiko tetap ada tak kira status kita pencen ke tak pencen bawa suka suka ka bawa sebagai pencari nafkah utama masih ada waktu masih ada kesempatan maka rebutlah peluang keemasan ini..RM13.10 sebulan tuan tuan..ayuhhh berkunjunglah ke mana mana pejabat Perkeso terdekat..tak faham tanyalah mereka..daftarlah tuan ikhlaskan la hati jom lindungi diri sendiri demi keluarga tercinta.
Saya menulis seperti biasa tak mewakili sapa sapa dan bukan askar upahan sapa sapa..ia lahir dari lubuk hati..


Isnin, 8 Julai 2019

Zanurin@pusat rehabilitasi perkeso melaka@trrc

1.Teringat akan mantan Bos aku dulu Allahyarham Zanurin Zakaria,beliau cukup-cukup kagum dengan Pusat Rehabilitisi PERKESO di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya Melaka Bandaraya Bersejarah..tak lekang dari bibirnya satu hari nanti beliau nak berkhidmat di situ!!! ia bukan kerana Pusat Rehabilitasi berada di Negeri tumpah darahnya namun jauh di sudut hati arwah amat berminat untuk berkhidmat di situ..apa boleh buat hajat tak kesampaian beliau meninggal dunia terlebih awal.
2.Tanggal 23 Mac 2012 kami bersama-sama ke majlis pecah tanah pembinaan Pusat Rehabilitasi ni..aaaaah masa itu tak de apa lagi kat sini hahaha..nun jauh di pelosok sana kikiki hutan hutan hutan..namun lihatlah hari ini pusat ini tersergam megahhh nan indah plak tu..ia menjadi kebanggaan kami warga PERKESO secara   keselurahannya ianya satu satunya di asia tenggara beb pada waktu itu hehe..hebatla kan..berbalik pada kisah mantan Bos aku Allahyarham Zanurin Zakaria..bila sahaja beroperasi sepenuhnya pusat Rehabilitasi ini di bibirnya tak lekang2 minta aku aturkan pemimpin masyarakat Daerah Kluang untuk hadir melawat Pusat Rehabilitasi ini adoiii awat bos kalut sangat nak bawa depa ni...hazri ko kena bawa Pemimpin Masyarakat Daerah Kluang ke Pusat ini..tunjuk kat depa semua kemudahan pusat ini dedahkan mereka tentang kehebatan pusat ini..aku nak ko buat juga..hahaha pada aku wahyu ni apa amacam pun kena buat juga haha..
3.Hahaha kadang2 aku pelik napela Bos aku ni susah susah sangat tak sabar-sabar nak minta aku buat lawatan tu..ya beliau akrab dengan pimpinan masyarakat kluang..nak jugak tonjolkan kehebatan pusat itu pada rakan rakan beliau pimpinan masyarakat kluang..akhirnya kami bincang kami atur lalu jadilah juga lawatan pimpinan masyarakat kluang ke pusat Rehabilitasi Melaka itu..tu pun pergi dengan kereta masing-masing..kami konvoi ramai-ramai..pi balik hari aje tak jadi bermalam kat sana hehe..hazri ko tahu tak aku nak sangat kalau boleh pindah sini..hehe..Bos Inshallah ada rezeki Bos dapatla bertugas sini..hazri aku nak jaga mak aku..mak aku tak de sapa-sapa tengok2 kan di Melaka..Inshallah bos ada rezeki adapatla kita sama sama doakan bos..apa kan daya..selepas kami bawa rombongan pimpinan masyarakat Kluang tahun 2017 tak lama kemudian 2018 Bos kesayangan dan bos tempat aku bergaduh tu akhirnya meningal dunia..Allahu..namun beliau puas dan gembira dapat lihat pimpinan masyarakat kluang melawat pusat  rehabilatasi itu..banyak cerita aku dengan arwah..takpa la kita simpan sampai bila2.
4.Kini Pusat Rehabilitasi PERKESO dah bertukar namanya ke TRRC..sungguh gah dalam menyediakan pemulihan kepada OB yang dihantar ke sana..ada doktor sendiri ada jurupulih sendiri ada kakitangan serta kemudahan serba lengkap jurirawat comel-comel belako kata pre timur..kemudahan yang diberi amat terbaik..apa tidaknya OB yang akan menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi ini ditatang bagai anak emas..di hantar ambulans khas dari pusat rehabilitasi itu ke destinasi OB untuk Mengambil OB bagi mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi itu dan ia adalah PERCUMA..rawatan dan segala kos diberi PERCUMA tahkala dalam dunia hari ini semua bayaran dikenakan untuk semua jenis perkhidmatan!!!Alfatihah Bos saya sentiasa merindui kamu!!


Jumaat, 5 Julai 2019

Bersyukur di Bantu PERkESO@Kelantan

       
                                    
KOTA BHARU,6 Julai 2019 -  Seorang Ibu melahirkan perasaan terharu dan  berterima kasih kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan kerana membantu meringankan bebanan yang di tanggungnya memandangkan beliau terpaksa menghabiskan ratusan ringgit sebulan untuk membeli pampers/lampin pakai buang untuk keperluan anak sulungnya yang telah disahkan mengalami lumpuh sepenuhnya pada pertengahan 2018, lebih memeritkan keadaan kedua-dua belah mata anak sulungnya juga telah tidak dapat melihat dan beliaulah yang menguruskan kesemua keperluan hidup anak sulungnya itu tahkala kudratnya sendiri tidak lagi seperti dulu.

Pendapatan Che Eshah Mat Zin
64, sebagai tukang urut tidak menentu, sesekali beliau terpaksa mengambil upah membuat kuih semata-mata ingin menampung keperluan hidupnya, ia diburukkan lagi sejak pertengahan tahun 2018 anak sulungnya Muhamed Daud 46 telah lumpuh sepenuhnya dan tidak dapat melihat. Muhamed Daud yang hanya mampu terbaring memaksa kesemua urusan dirinya diuruskan oleh Ibu beliau seorang diri. Muhamed Daud yang masih bujang tidak dapat menguruskan diri sendiri dan terpaksa memakai lampin pakai buang/pampers setiap waktu.
Kesusahan keluarga ini telah mendapat perhatian Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan di mana hasil makluman pihak media, Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah berkunjung ke rumah Che Eshah di Kampung Siti Manis dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB), dalam lawatan awal yang dilakukan pada 25 Jun lalu semakan mendapati Muhamed Dauk layak menerima bantuan ILAT, ini kerana semakan mendapati Muhamed Daud didapati pernah bekerja di Syarikat Sinar Kehidupan Enterprise sebelum berhenti kerja pada Mac 2012. Penilaian awal telah dilakukan pada hari yang sama oleh Pegawai Pemulihan PERKESO Negeri Kelantan dan telah mendapati Muhamed Daud layak untuk diberi kemudahan bekalan pampers secara berkala sepanjang keilatan yang dialaminya itu selain itu kerusi roda juga turut dibekalkan untuk kemudahan pergerakannya. Pihak PERKESO juga akan merujuk beliau ke sidang Jemaah Doktor (JD) pada kadar yang segera untuk menentukan beliau mengalami Keilatan atau sebaliknya.
Pengarah PERKESO Negeri Kelantan Hajah Nora Yaacob berkata “Muhamed Daud menerima bantuan ILAT sahaja memandangkan bilangan caruman yang dilakukan beliau tidak memenuhi kelayakan bilangan Caruman untuk tuntutan Pencen ILAT, Namun begitu untuk kelayakan bantuan ILAT bilangan caruman beliau mengcukupi dan ini membolehkan pihak kami memberi bantuan segera alatan pemulihan secara berkala seperti bekalan Pampers, begitu juga dengan alatan pemulihan yang lain, yang akan diberi kepada Muhamed Daud dari semasa ke semasa mengikut pengesyoran dari pihak Doktor yang merawat beliau dan ia selaras dengan Seksyen 57 Akta Keselamatan Sosial Pekerja  1969 (AKSP 1969) yang mana jelas memperuntukkan kemudahan alat-alat pemulihan untuk pekerja yang mengalami keilatan.
Oleh itu saya mengingatkan agar mana-mana pekerja yang bekerja pastikan majikan membuat caruman dengan pihak PERKESO ini memandangan bilangan caruman itu sendiri amat penting dalam penentuan kelayakan  Caruman untuk memohon tuntutan Pencen ILAT, dan juga tuntutan Pencen PENAKAT bagi bantuan ILAT memang kami tidak memberi pencen bulanan, Namun alatan pemulihan seperti pampers dan sebagainya akan dibekalkan secara berkala pada setiap bulan dan kami yakin ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung Ibu muhamed Daud” ujar Nora Yaacob ketika mengiringi YB Dato Haji Mahfuz bin Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika menyampaikan bantuan alat pemulihan secara berkala di Kampung siti Manis Pantai Cahaya Bulan di sini hari ini.