Rabu, 13 Ogos 2014

Marhaban@perkeso Kluang 2014


1.Alhamdulilah hari ni diadakan sambutan hari raya dan program marhaban peringkat pejabat perkeso kluang..program yang nyata mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara satu dengan yang lain.

 
 
2.Dimulakan dengan tazkirah  bla bla bla dan bla hehehehe untuk makluman setiap khamis pejabat kami de sesi tazkirah hahahah panjang lebar jugakla mau setengah jam program perkongsian ilmu ni..lepas tu ramai2 marhaban…lepas tu saat menikmati jamuan raya :) ..Alhamdulilah kali ni agak cool program ni dan santai kerana ia untuk kami2 aje hahahahaha tak perlu layan tetamu kekekekeke sendiri layan diri masing2…hehehehe lau tak aku le sambut tetamu selalu wakakakakakaka..tapi ak suka bab2 sambut menyambut ni hehehehe..

 
3.Kadang2 seronok juga bila makan ramai2 ni…maklumlah aku ni kerja luar jarang leh makan ramai2 macam ni…dapat juga bergurau senda dengan depa ni..asyik nak serius je lama-lama aku pun leh ilat…
 

siasat kes tuntutan penyakit khidmat 'bronchial asthma'

 
1.Hari ni kerja macam biasa geng...masuk kilang tekstill buat penyiasatan untuk tuntutan penyakit khidmat...ohhh ya kes yang aku siasat ni melibatkan kes 'bronchial asthma' disebabkan kerja...pa sebab penyakit ini boleh menyidap atau terkena pada pekerja????sebabnya keadaan tempat kerja itu sendiri...habuk  benang/habuk kapas/debu dan lain2 menyumbang kepada masalah 'bronchial asthma' disebabkan kerja.


2.Jika hangpa mengidap penyakit sebegini disebabkan terdedah pada factor2 di tempat kerja maka bolehlah buat tuntutan mengunakan boring tuntutan penyakit khidmat :)

Sabtu, 9 Ogos 2014

Perkeso 'melindungi' anda


Tarikh bayaran pencen PERKESO bagi tahun 2014 :)

 hehehe banyak sangat dok aku letak sini la jadual duit masuk  hangpa2 yang menerima faedah pencen dari perkeso bagi tahun 2014....tak kira la pencen penakat ke ilat ke FOT ke... :)

Jamuan raya unit faedah@perkeso kluang



1.Alhamdulilah...hari ni de majlis kecil-kecilan jamuan raya di Unit Faedah pejabat Perkeso Kluang hehehehe..menu semuanya sedap belaka..ala kadar takpe janji meriah..elakkan pembaziran hehehe janji sedap dan halal..bukan apa ..penganjuran majlis sebegini mampu dan boleh mengeratkan hubungan antara staff itu yang lebih penting...bila hubungan erat kerja pun senang nak buat...


2.Hmmm sebenarnya tiap2 tahun jamuan raya ni dibuat kat pejabat aku...biasanya kita open untuk pelanggan pun...tapi tahun ni tak buat lagi hahahahaha tarikh tak dak lagi dan masing2 tengah sibuk..lagi pulak dengan kejadian MH17 so...tak tahu lagi buat ka dak...tak buat pun takpe bekali :)


3.Hari ni jugak aku siasat kes kemalangan macam biasa...tak keluar siasat kes satu hari rasa hidup aku tak lengkap...dalam banyak2 kes yang aku siasat hari ni ada kes penipuan...oooo ya..bab2 kes tuntutan palsu perkeso akan aku ulas dengan panjang lebar sikit masa lagi hahahaha...dulu aku de juga ceritakan bab2 sebegini..ingatlah...jangan sesekali buat tuntutan palsu..buruk padahnya...nanti aku post tentang perkara ni sikit masa lagi agar menjadi pengajaran buat mereka2 yang bercita-cita untuk cube menipu perkeso...STOP!anda tidak akan selamat dengan melakukannya...

 

Selasa, 5 Ogos 2014

Mee soto paling best di kluang :)


1.Geng..hangpa suka makan Mee Soto tak???hangpa tau tak kat Kluang ni Mee soto yang paling best sekali ada kat mana???hahahah mai aku bagaitahu hangpa semua hehehe..kat Kluang ni mee soto paling best ada kat satu warung usang dekat pejabat pendidikan Agama daerah kluang di jalan Hospital tu ( dekat juga dengan pejabat JPAM kluang dan pusat pemulihan dalam komuniti DUN mengkibol lau tak silap) Geng..bukan nak kata bukan nak promosi hahahahahah bukan nak iklan kakakakaka tapi mee soto kat situ memang best beb..hangpa leh cube memang berbaloi beb..bab kata orang jangan duk tengok luaran...hahahaha cuba baru tauuuuuu...

 
2.Ohhh ya kat warung ni just Mee soto dan Mee kari aje...yang lain tak dak jangan duk cari hahahaha..memang betul pengkhususan depa dalam Mee Soto..pasai tu sedap :) :)..tak mahal plak tu hohoho..
 


hehehe..aku tak tipu jom cube..jangan tengok rupa warungnya hehehehe..
 
 
 

Siasat kes dalam mood raya :)



1.Macam biasa hari ni siasat kes kemalagan untuk tuntutan bencana kerja perkeso..hm tapi mungkin dek masih dalam demam raya banyak rumah yang aku pi tak dak orang (ajaib juga yang patah kaki pun leh pi jalan2 raya hehehe)...adooowla penat2 pi tak dak orang ni yang tak leh tahan ni...tension geng...dah call awal2 pun depa leh keluar merayap..adoooo tak nak duit takpe hahahaha aku simpan kes hangpa lama2 baru tau wakakakaka...tapi aku tak le macam tu..dapat kes aku nak stel cepat2 ..tapi masalah hangpa buat macam ni la yang buat kerja aku tergangu dan buang masa!!!

 

2.Hari ni jugak aku pi siasat satu kes kemalangan melibatkan seorang pekerja kilang kain...sian geng..amat susah juga kehidupannya..nak ambil stetment@soal siasat pun kena buat sambil cangkung je..tak dak meja geng..tapi itu dah biasa bagi aku..yang teruk macam ni pun banyak...biasanya aku bawa meja kecil jenis lipat (meja baca al-Quran)...tapi hari ni lupa bawa meja lipat.. tu yang kena cangkung 1 jam lebih sambil menulis....geng bukan senang kerja macam aku ni...penat ada tekanan pun ada..lagi tension dah janji siap2 bila aku pi hangpa tak dak rumah..ni yang buat aku geram macam nak telan orang..