Sabtu, 11 Disember 2010

berhati hati membeli oren dari cina


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan bagi memastikan oren dari Shanghai, China yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun supaya kelihatan lebih segar, tidak diimport atau berada di pasaran negara.

Kementerian dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diambil berikutan pihak berkuasa Shanghai mengeluarkan arahan kepada peniaga buah-buahan menghentikan penjualan oren itu selepas menerima aduan pengguna yang mendapati kulitnya menjadi merah selepas disentuh.

Berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pewarna yang dibenarkan dalam makanan adalah yang tersenarai di dalam Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan) dan penggunaan bahan pewarna selain dari yang tersenarai itu dilarang.

Kata kenyataan itu, Peraturan 225(2) dan (3) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan buah-buahan mentah dan segar boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan bagi tujuan penggredan.

“Lilin bergred makanan boleh digunakan bagi membersihkan dan menyediakan buah-buahan mentah untuk jualan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menasihatkan orang ramai yang mengesyaki buah oren dijual di pasaran tempatan mempunyai bahan pewarna itu agar segera melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai kegiatan kawalan keselamatan dan kualiti makanan dijalankan kementerian menerusi laman web http:/fsq-.moh.gov.my. ai

Disyaki diwarna guna lilin beracun

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan bagi memastikan oren dari Shanghai, China yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun supaya kelihatan lebih segar, tidak diimport atau berada di pasaran negara.

Kementerian dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diambil berikutan pihak berkuasa Shanghai mengeluarkan arahan kepada peniaga buah-buahan menghentikan penjualan oren itu selepas menerima aduan pengguna yang mendapati kulitnya menjadi merah selepas disentuh.

Berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pewarna yang dibenarkan dalam makanan adalah yang tersenarai di dalam Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan) dan penggunaan bahan pewarna selain dari yang tersenarai itu dilarang.

Kata kenyataan itu, Peraturan 225(2) dan (3) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan buah-buahan mentah dan segar boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan bagi tujuan penggredan.

“Lilin bergred makanan boleh digunakan bagi membersihkan dan menyediakan buah-buahan mentah untuk jualan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menasihatkan orang ramai yang mengesyaki buah oren dijual di pasaran tempatan mempunyai bahan pewarna itu agar segera melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai kegiatan kawalan keselamatan dan kualiti makanan dijalankan kementerian menerusi laman web http:/fsq-.moh.gov.my.

2 ulasan:

  1. pagi tadi dah komen dah pasal buah oren nih tiba2 tenet down plak t.dapat publish. t.ingat dah tulis apa..heheh

    kat kl ni mmang blambak buah n sayur dr china. kalau kat tesco siap tulis made in mana so boleh elakkan tp klau kat psr borong main longgok je...kita ingat frm cameron hiland

    BalasPadam
  2. aaa la ni tak tahu nak beza mana satu oren yang betui...

    BalasPadam