Selasa, 23 Ogos 2011

Alhamdulilah selesai siasat kes kemalangan maut @Taman Sri Lambak (T6)


1.Kadangkala kita sering diuji 1001 macam jenis ujian, ada ujian kecil - sekecilnya dan ada yang sebegitu hebat..cukup2 hebat dan amat memedihkan, betul kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.Amat sukar untuk dijelaskan dengan kata2,jika kita mengalami dan merasainya nescaya kita akan mengentahui azabnya dugaan itu.

2.Hari ini saya masuk pejabat seperti biasa, macam biasala setiap pagi kami dahulukan hari kerja kami dengan bacaan doa..mudah-mudahan berkat kerja kami. Lepas doa terus ke bilik baru sahaja nak memulakan kerja telefon terus berdering..Saya baru sahaja dimaklumkan tentang satu kemalangan maut yang melibatkan kakitangan syarikat Air Johor (SAJ) kemalangan kereta vs kereta berhampiran bulatan Taman Sri Lambak T6, kakitangan SAJ itu terus meninggal dunia ditempat kejadian.

3.Sebaik menerima maklumat saya segera bersiap untuk ke rumah waris si mati di Taman Sri Lambak(T6) .Inilah antara tugas hakiki saya,terima maklumat terus bertindak. Dan itu jugalah yang diamalkan anggota penyiasat PERKESO di seluruh Negara.

4.Setelah sampai di rumah si mati ,saya lihat telah ramai sanak saudara dan masyarakat setempat yang berkunjung ziarah, saya faham situasi itu. Bila keadaan dah ok saya masuk kerumahnya dan disambut mesra oleh Balu si mati..saya lihat beliau cuba menguntumkan senyuman dalam keterpaksaan yang hakikatnya air mata mengalir laju membasahi pipi, ya saya cukup faham dan cukup2 faham..apatah lagi kita tak beberapa lama lagi akan menyambut hari raya..hari raya tanpa insan tersayang amat2 tidak bermakna.

5.Jenazah Allahyarham suaminya telah dikebumikan jam 10 malam tadi..ya beliau mengesahkan kemalangan yang meragut nyawa suami berlaku berhampiran bulatan T6,begitulah setiap kali kemalangan disitulah terjadi, banyak kes saya siasat disitulah tempatnya!
Saya lihat beliau masih bersedih, anak ada 2 orang yang masih mentah dan tidak memahami situasi berat dipikul Ibunya..Saya semak dokumen..saya terkedu hampir mengalirkan Air Mata namun saya gagahi jua agar air mata itu tidak tumpah di depan sanak saudaranya. Ya ini bukan kali pertama saya mengahadapi situasi sebegini..

6.Alangkah hibanya hati bila melihat dokumen yang ada rupa-rupanya Balu(Isteri si mati)adalah penerima Pencen Ilat Kami dan beliau sentiasa perlu di dialysis buah pinggangnya 3 kali seminggu..berat cukup berat dugaan yang menimpanya..2 anaknya masih kecil tidak mengerti apa2..Hari ni Ayahnya pergi mengadap Ilahi..dan Ibunya sedang bertarung Nyawa..Allahukbar, Saya sengaja enggan melihat anak2nya kerna saya tak kuat dan tak cukup gagah untuk menahan air mata dari gugur..Lantas saya terus cuba menyelesaikan amanah yang dipertanggungjawabkan pada saya agar kes tersebut selesai dengan segera,dalam hati kompem aku nak siapkan hari ini juga!

7.Saya juga terbayangkan diri saya..jika ditakdirkan saya pergi..saya amat mengharapkan rakan2 setugas membantu waris2 saya agar mendapat apa yang sepatutnya diperolehi,pesan dan wasiat ini setiap kali saya sampaikan kepada rakan setugas agar jika saya tiada mereka2 dibawah tanggungjawab saya tidak mengemis untuk sesuap nasi.

8.Lantas saya terfikir Alangkah bertambah peritnya penderitaan Insan ini jika tiada caruman PERKESO dilakukan?siapa yang akan menangung mereka?Anak2?rawatan dialysis?dan macam2 lagi???
Saya amat berharap Insan ini tabah mengharungi sisa hidupnya..Al Fatihah.

Balik je pejabat saya segera lakukan pe yang sepatutnya..dan Alhamdulilah kes selesai pada hari yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan