Isnin, 5 September 2011

raya time:balik kampung bakong beb


1. Aku rasa masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya buat semua Umat islam di bumi bertuah ni,lantas menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diampun segala salah dan silap jika tulisan@catatan peribadi aku ni menguris hati mana2 pihak..aku dah pesan siap2 kalau tak suka jangan duk gatal nak bace hahaha..

2.Lama aku tak update catatan peribadi aku ni,tambah2 lagi cuti raya ni aku gunakan semaksima mungkin untuk berehat, berehat dan berehat secukupnya!!!ye la berehat..ahhh kata je nak berehat tapi bila balik kampung tak de sempat nak berehat pun eh :)hm..bila balik kampung teringat aku kat gok tebakar (rumah awet tembakau)milik sepupu aku ni..hm hm dah tak jalan dah bisnes sejak kerajaan tak galakkan tanam tembakau..hehehe sabooo je la

dan ianya meninggalkan 1001 kenangan..

3.Macam biasala bila balik kampung aku angan2 nak balik seawal yang mungkin pehh siap pesan kat my wife pe2 pun jadi mesti bertolak selepas subuh..hahaha but tak pernah pun terjadi tolak selepas subuh..wajib gak bertolak jam 8.00 pagi aduhh teruk betulla pengurusan masa aku ni..Akibatnya jam 12.00 malam baru aku sampai kelate hampeh tul la..tu pun nyaris nak langgar lembu kat jertih..panjang umur hang la lembu..lembu pun busy nak balik kampung gak ka :)hehe sebut pasai lembu..dulu ayah aku banyak pelihara lembu..kini tinggal 3 ekor je hahaha dah nak pupus dah eh..tu pun pasai aku dok marah suh ayah aku jual je lembu2 tu dan berehat..sian ayah aku dah tua..dan tak larat dah eh nak manja2 kan lembu mcm muda2 dulu..lembu ni kalau musim tengkujuh@banjir susah beb..nak ne sediakan rumput tu..penuh 1 sampan@perahu oooo peh tulang 4 kerat ayah aku nak jaga semua tu..pasai tu aku suh jual je lembu2 yang banyak tu..tinggal 2-3 ekor tuk hilangkan boring :)

4.Balik kampung mcm biasa la cuti seminggu xsempat buat pe pun eh..tak sempat pun nak makan mee celup hahahaha mee kegemaran aku dari zaman berzaman :)

4.Tapi aku sempat la jugak pi dua hari berturut-turut kat rantau panjang..ahhh pi bukannya nak shoping la beb ..aku pi hantaq ayah aku pi klinik je..hm tak tahu pasai pa ayah aku suka sangat pi klinik Doktor Ibrahim kat rantau panjang tu...er er er dalam perjalanan aku tanyala ayah aku pasai pa suka pi klinik tu...ayah aku cakap klinik kerajaan just tanya ayah sakit apa x periksa apa pun eh sentuh pun tidak..cissss..kat Klinik Doktor Ibrahim lain..Klinik ni periksa setiap pesakit dengan cukup teliti..pasai tu la ada pesakit dari kuantan sanggup datang dari jauh.

5.Er dah terlanjur pi rantau panjang aku pusing2 je la pekan tu..aku kompem x kan beli pe2 pun time cuti macam ni..peniaga xkan begi muka x kan bagi murah punyer..time ni la depa nak untung berganda!ahhh lain kali je aku pi beli pe yang nak beli..time x sibuk :)



6.Dalam perjalanan balik hajat hati nak pi pekan Mundok kat thailand..pekan ni pekan koboi hangpa leh je masuk x dak paspot hahaha main lintas sungai je ehhh ko orang nak berenang pun boleh lantakla..biasanya aku pi naik bot penambang hehehe alah bagi je rm1.00 sampaila hangpa ke seberang thailand..kain baju dan macam2 lagi ada leh dapat dengan harga murah kat sana beb..lebih murah dari rantau panjang!!!




7.Hm..tapi masa aku nak pi tak jadi nak pi la beb..kereta penuh kat parking m,elimpah hingga ke tepi jalan utama..ribuan kereta aduhhh..hampeh tul..aku balik jalan jam teruk tak pernah kereta nak pi pekan mundok kat thailand menyebabkan jalan jam dari pekan mundok ke pohon tanjung..aduhh gila gila..




8.Hm lain kali la nak kena pi....nak pi raya sat..bye geng

1 ulasan: