Rabu, 4 Januari 2012

Nur Qaisara Humaira@Tadika Didik Harmoni


1.Tahun lepas boleh dikatakan hampir setiap hari anak aku yang sulong Nur Qaisara Humaira bertanya bila nak hantar dia ke sekolah..pada masa tu usianya baru 3 tahun..pada aku dia bercita-cita agak tinggi juga ingin menguasai bahasa cina dan bahasa pengantar dunia tak lain tak bukan bahasa inggeris..aku cuma janji bilamana cukup umur 4 tahun baru leh masuk belajar..itu janji aku


2.Tahun ni apa yang dijanjikan aku kena tunaikan..apatah lagi usianya kini dah 4 tahun..lalu aku carikan sebuah tadika khas untuknya..tak berapa jauh dari rumah aku pun, bahasa pengantar di tadika itu sememangnya bahasa Inggeris dan turut mengajar bahasa cina..yaaa sepertimana yang dia hajatkan maka aku turuti..


3.Langkah pertama aku daftar..yurannya tak payahla cakap kesemua nak hampir 1 ribu la jugak..hm nak belajar punyer pasal takpela lagipun aku tengok tadika ni amat baik dari segi pengurusan dan juga pembelajarannya..selain aspek bahasa..ada diajar juga kemahiran komputer dan lain2..aku kira ok dah.Bab pemakanan pulak kena bawa makan sendiri sebabnya tadika ini berbilang bangsa..ada cina(ramai)hehehe melayu india..opsss yuran bulanan boleh tahan adeiii


4.Oleh kerana isteri aku ni cikgu dan mengajar plak jauh jadi seawal pagi 6.30 pagi dah bertolak untuk ke sekolahnya..maka aku kena buat pelbagai persedian untuk hantar anak sulung aku ni ke tadika..dari A sampai Z! kekeke tak pandai aku nak solek2 budak ni ehh :)


5.Hari ni hari pertamanya aku nak pastikan Nur Qaisara Humaira ni happy untuk belajar..seawal pagi jam 6.30 dia telah bangun dari tidur..lalu aku rebuskan air panas..hahaha teringat aku memori masa kecik2 dulu Ibu aku juga pernah buat benda yang sama pada aku..panaskan air panas dan masukkan dalam besen dan campur air lalu mandi hehehe tak la jadi sejuk bila mandi..baik sangat Ibu aku..hm hm..rumah kampung mana ada pemanas air...


6.Lalu episod memanas air untuk mandi pagi aku warisi pula hehehe..rumah aku ni tak de benda nak panas air tu hah!main rebus air je lah!!!lepas rebus air aku pakaikan pakaian untuk ke tadika anak aku ni..Isteri aku dah pi sekolah dah..jadi aku bantai je lah pakai dan bedakkan anak aku ni hehehe..sapu bedak losen tak pandai nak buat rambut apa2 main sikat je lah hahaha sian anak aku ni..lau masuk carta maka paling terburuk bekali hahahaha..aku mana nak pandai mekap budak heh!


7.Sebelum hantar tadika aku pi keluar dnegan anak aku ni cari bekalan bekal untuk dia makan time rehat..hari ni aku beli je bihun goreng dan masukkan ke dalam bekas makanannya..lepas itu terus hantar anak aku ke tadika..kena pantas sebab aku kerja hari ni..jam 7.30 pagi aku dah hantar anak aku tu..Alhamdulilah dia ok..nampak gaya leh jaga diri..masa tu bilamana tengok anak dah leh bawa diri Alhamdulilah..aku puas!!!


8.Lagi puas jika kiranya cita-citanya untuk menjadi pakar jantung kanak2 tercapai!

2 ulasan:

  1. hehe... bapa mithali...
    mahalnya smpai dkat sribu tu. insyaAllah bagus tmpatnye tuuu

    nxt year klau pgi lg, ssl blikn baju pooh utk 2 humaira hokeh :D

    BalasPadam
  2. SSL yuran bulanan rM140 sebulan...

    aaa baju tu murah..geram tengok

    BalasPadam