Rabu, 20 Ogos 2014

Gerai Produk Orang Asli Kahang..sedikit tersorok :)



1.Gerai Produk Orang Asli Kahang...cukup gah namanya hehehe..dan cukup bagus idea mewujudkan Gerai untuk Orang Asli berniaga di Kahang..Tahniah bagi pihak yang mewujudkan Gerai tersebut..setiap gerai mewakili kampong-kampong orang asli yang terdapat di Kahang...Hm tapi hanya satu gerai sahaja dibuka itu pun just jual makan ringgan budak2 je (setakat hari penulisan ni dibuat) hehehe..dah hampir setahun kot macam tu...


2.Aku yang sentiasa melalui kawasan ini dan bekerja di kawasan ini agak sedikit terkilan dengan pembinaan Gerai Produk orang asli ni yang boleh dikatakan tidak strategik langsung dari segi lokasinya...pembinaan Gerai Produk Orang Asli kalau kena dengan tempatnya dan keadaan nya aku yakin ia boleh menjadi tarikan utama Kahang...namun pembinaan gerai yang terletak dibawah jalan hehehe tebing jalan ka apa entah la aku pun tak tahu.. langsung tak mesra pengguna dan tersorok di bawah jalan utama...kalau tak tengok betul2 orang lalu lalang tak tahu yang kat bawah jalan tu adalah gerai produk orang asli kahang hehehe...betul2 tersorok...

 

3.Alangkah baiknya jika pembinaan gerai itu setara dengan jalan dan tidak tersorok sudah tentu mampu menarik pelanggan dan menguntungkan masyrarakat Orang Asli Kahang...

 

4.Idea kewujudan Gerai itu cukup baik sekali...mungkin tempatnya perlu sedikit diubah agar pelanggan yang lalu lalang dapat melihat gerai tersebut...hm hm gerai pun kosong...hope pihak2 terlibat bagi la modal depa niaga...bantu sikit :)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan