Khamis, 5 Mac 2015

banyak soalan berkaitan perkeso tak sempat nak jawab :(



 
1.Salam Geng..pehhh penuh email aku geng..banyak sangat soalan2 duk tanya pasal PERKESO, Alhamdulilah ini bermakna minat masyarakat untuk mengentahui perkara2 berkaitan perkeso semakin bertambah ini lah yang kita mahu kan...tak tahu tak paham tak pe leh tanya..boleh jawab aku jawab hahahaha lau tak leh jawab aku usahakan jugak jawab wakakakaka..pe pun dek banyak sangat soalan2 berkaitan mengenai hal2 tuntutan kemalangan dengan pihak perkeso maka aku terpaksa ambil masa sikit nak menjawab satu persatu..banyak geng hahahaha jenuh nak menaip jawab soalan...tapi takpa aku tetap jawab jangan risau cuma ambil masa sikit..lagi pun sekarang ni busy sikit banyak kes kemalangan yang aku dok siasat..minta maaf banyak2 lau soalan hangpa ada yang tak sempat dijawab lagi.
 
 
2.Berkenaan kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja,semasa kemalangan balik kerja dan semasa kemalangan dalam perjalanan hendak ke tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan maka perlu diingat seperti biasa Laporan polis wajib,peta lakaran arah perjalanan wajib,MC/sijil cuti sakit asal wajib,puch card/rekod kedatangan wajib yang lain2nya majikan yang akan uruskan sepeti slip gaji/butiran gaji 6 bulan sebelum kemalangan...hahahaha senang je kan...ini imbasa aje kakakaka nak lengkap cari sendiri kat blog aku ni dah jenuh dok tulis benda yang sama..rajin2 la baca..
 
3.Hari ni banyak jugakla kes kemalangan yang aku siasat kebanyakkannya adalah perjalanan melibatkan pergi dan balik kerja...
 
kes hari hari ni..
 
hehehe intipan juga kikiki..kena tengok betul kadang2 time jumpa kita masa siasatan macam2 sakit sangat2 sakit hahaha tapi bila jalan keluar balik rumah punyer la laju jalan dan tak plak sakit..hahaha dia tak tahu kita siasat sampai habis geng..jadi jangan cube2 nak berlakon...bagi kes yang real jangan risau..tak de apa2...kita kerja dengan baik InshaAllah...tiada lambat2 ni..
 
 

8 ulasan:

  1. Salam,

    Saya nak tanya sedikit mengenai tuntutan Hilang Upaya Sementara. Selepas kemalangan pada 19/05/14 saya telah membuat tuntutan HUS dan bayaran telah di terima sehingga saya memulakan kerja semula, namun saya telah menjalani pembedahan kali kedua pada 16/12/14 dan mendapat MC sehingga 18/06/15. Walaubagaimanapun, perkhidmatan saya telah dihentikan pada 31/12/14 dan saya tidak bekerja sehingga kini. Adakah tuntutan saya akan dapat sehingga habis MC atau hanya sehingga tempoh perkhidmatan sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan..
      1.Apakah pembedahan itu berkaitan dengan kejadian dan kecederaan akibat kemalangan kes peerkeso tempoh hari???jika ya...maka tuan boleh kemukakan cuti sakit asal (MC) tersebut ke pejabat perkeso yang tuan buat tuntutan terdahulu...apa itu jika sekiranya tuan MASIH BELUM MEMBUAT TUNTUTAN HUK(Hilang Upaya Kekal) jika tuan telah membuat tuntutan HUK(Hilang Upaya Kekal)maka tiada lagi mc(cuti sakit) boleh dituntut.

      hehehe kalau tak faham Tanya saya lagi tuan :)

      Padam
    2. Salam,

      Ya Pembedahan kedua berkaitan dengan kemalangan dan saya ade kemukakan MC dari tarikh pembedahan dan MC tersebut sehingga 18/06/2015 dan pengesahan doktor mengenai MC tersebut telah dibuat. Kemudian pihak PERKESO ada menghantar surat pengesahan majikan mengenai kehadiran saya dalam tempoh MC tersebut, majikan kemudiannya mengatakan perkhidmatan saya di company tersebut hanya sehingga 31/12/14. PERKESO kemudiannya menghantar lagi surat kepada saya untuk menyatakan majikan terkini dan saya telah membalas yang saya tidak bekerja sehingga sekarang. Baru-baru ini pihak PERKESO telah menghantar cheque pembayaran dari tarikh pembedahan sehingga 31/12/2014 (tarikh akhir kerja).

      Saya nak tanya adakah saya tidak akan dapat pembayaran selebihnya disebabkan saya sudah tidak bekerja?

      Padam
    3. Bukan begitu tuan..siasatn sedang dilakukan dan jika tiada fakta yang bercanggah mungkin MC ada dibayar...walaubagaimanapun ianya mengambil sedikit masa juga untuk membuats emakan dengan pihak hospital untuk mempastikan tiada kejadian kemalangan yang baru dan sebagainya.

      :)

      Padam
    4. Owh bermaksud MC saya akan dibayar walaupun saya sudah diberhentikan kerja dan tidak bekerja sehingga kini?

      Padam
    5. tak semestinya ia bergantung pada hasil siasatan tuan..jika tiada masalah barulah bayaran dibuat tuan

      Padam
  2. Assalamualaikum .. sy kemalangan 3 tahun lepas ... adakah masih ade peluang untuk saya buat tuntutan .. mohon pencerahan ..
    Waktu tu saya bekerja sebagai angota Rela

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam tuan,
      1.Untuk makluman tuan anggota rela tidak dicarum dengan pihak Perkeso maka secara automatic tuan tidak dilindungi perkeso dan tidak layak untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso.

      2.Untuk makluman tuan Perkeso hanya untuk pekerja2 di sector swasta dan juga badan berkanun yang memilih skim KWSP.

      wasalam

      Padam