Khamis, 12 Januari 2017

Jangan Terpedaya dengan Muslihat dan Tipu Daya Orang Tengah dalam Membuat Tuntutan dengan Perkeso!

1.Untuk menyebarkan maklumat tentang Perkeso kepada masyarakat awam/orang ramai sebenarnya pelbagai kaedah iklan telah digunakan tak kirala di media cetak,media Sosisal dan elektronik mahupun mengunakan kaedah turun mencari pelanggan yang mengalami bencana/sakit dan sebagainya..pelbagai ruangan telah digunakan termasuk masuk ke pelosok kampong dengan mengunakan pemimpin masyarakat tempatan,ketua2 kampong dan lain2..ia telah banyak membantu sebenarnya..namun usaha usaha ni terus di lipat gandakan agar lebih ramai lagi masyrakat diluar sana betul2 memahami hak2 mereka bila mana hendak membuat tuntutan dengan pihak Perkeso agar tidak 'tercicir' dari mendapat fedah Perkeso bila mana mereka terlibat dalam bencana kerja mahupun mengidap sakit kronik yang boleh membuat tuntutan Pencen Ilat mahupun mendapatkan bantuan ilat bla bla bla..begitu jua dengan kematian yang dibawah Umur 60 tahun yg bilamana cukup kelayakan caruman membolehkan waris mendapat Pencen Penakat..
2.Perkara2 sebegini amat penting sekali supaya kelak masyarakat khususnya di kampung2 dikawasan2 felda di kawasan2 terpencil dari maklumat luar agar mereka tidak dieksploitasi tidak dipergunakan dan tidak menjadi mangsa kepada sendiket2 'orang tengah' yang sangat KEJI yang bijak dan licik mengambil kesempatan untuk memberi bantuan kepada mangsa pada masa sama mengenakan 'CAJ" atas perkhidmatan mereka yang sangat melampau sedangkan semua urusan dengan pihak Perkeso adalah PERCUMA!bayangkan 'orang tengah' yang KEJI ini boleh mengaut keuntungan sehingga RM12 000 untuk menyelesaikan satu2 tuntutan Pencen Penakat sedangkan di pihak Perkeso IANYA PERCUMA!!!!!!terdapat beberapa kes penipuan ini sedang dikesan berlaku dikawasan Felda dan usaha membenterasnya sedang dilakukan dengan kerjasama banyak pihak!
3.Jangan mudah percaya bahawasanya 'Orang tengah yang KEJI' ini boleh membantu meluluskan sesuatu permohonan Perkeso hahaha mereka2 ni mengambil untung dikala atas kesusahan dan keperitan hidup orang lain..sudahlah yang mendapat kemlangan tiada hasil pendapatan,yang sakit terlantar sakit tidak bekerja sanggup pula memanipulasi mereka sema mata gilakan wang ringgit!Ingatla kawan2 jika berlaku apa apa musibah PERGI LA KE MANA2 PEJABAT PERKESO TERDEKAT!USAHLAH mengunakan khidmat sindiket ini yang tidak membantu pun mereka sekadar mengambil kesempatan untuk meraih untung tanpa mengeluarkan apa2 kos sekalipun modal mereka adalah kata2 dan janji2 manis sahaja,kalau tidak layak tuntutan ia tetap tidak layak!JOM KE PEJABAT PERKESO ATAU BOLEH AJE HUBUNGI PEJABAT PERKESO TERDEKAT jangan beri peluang mereka memperdayakan  dan menipu kalian!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan