Rabu, 12 Januari 2022

Masih lagi setia mengajar Majikan menggunakan Portal Assist gaiss!

 

1.Perkeso telah pun mengunakan kaedah pembayaran caruman dalam talian 'online' melalui Portal Assist secara rasminya pada Januari 2018. Setelah beberapa tahun mengunakan Portal Assist, Namun masih ada lagi kalangan Majikan masih lagi 'terkial-kial' dalam mengunakan Portal pembayaran caruman Perkeso tersebut. Jujurnya kebanyakan majikan yang terletak di luar bandar dan juga majikan 'berumur' mempunyai sedikit masalah dalam mengunakan Portal assist ini. Yup saya perhatikan mereka seringkali gagal dalam membuat ACR dan ECR walaupun berulang kali diajar..mungkin sebab dah terbiasa hadir ke Kaunter maka mereka lebih senang biarkan mereka dilayan petugas kaunter untuk membantu buatkan ACR dan ECR dan membantu klik itu dan klik ini untuk selesaikan pembayaran caruman melalui Portal assist. Begitu juga wujud masalah apabila majikan hendak mendaftar pekerja baru dan juga untuk memadam nama pekerja yang telah berhenti, sebenarnya untuk memadam nama pekerja dan menambah pekerja baru cukupla mudah,kebayakaan step/langkah yang dibuat majikan telah betul cumanya dibuat separuh jalan itu sebabnya nama-nama yang hendak dipadam atau ditambah tidak 'menjadi' sebabnya step tidak selesai sepenuhnya.

2.Saya lebih suka mengajar mereka secara praktikal sehingga mereka pandai baru boleh tinggalkan kaunter! kita perhatikan mereka klik mengikut langkah-langkah yang diajar Inshallah lama-lama mereka akan pandai!dari kebanyakkan majikan yang pernah saya ajar Alhamdulilah bulan berikutnya tidak akan hadir lagi ke kaunter..hahaha itu bermakna mereka telah pandai dan mungkin telah mahir mengunakan Portal assist!

3.Namun sejak musim pandemik Covid 19 ini, proses tunjuk ajar dalam Pengunaan Portal assist secara bersemuka untuk majikan yang ingin belajarnya secara bersemuka dilakukan secara penuh berhati-hati dan SOP yang ketat..mahu taknya..agak sukar nak jarakkan diri dari majikan dalam proses mengajar beb,takkan nak duduk jarak 1 meter ke 2 meter nak ajar depa macam mana? tapi kami tetap sedaya upaya mengambil langkah-langkah terbaik untuk mengelakkan dari penyebaran Covid 19 dari berlaku di kalangan petugas Kaunter!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan