Khamis, 6 Januari 2022

Santuni Waris OB ::Team Kaunter PERKESO Kota Bharu Meneruskan Tradisinya


1.Gais sebenarnya untuk menjadi orang baik-baik tidak memerlukan kilauan lensa kamera berpuluh-puluh didepan mata barulah baik hehe, apatah lagi dengan deretan catatan didada-dada akhbar pada saban minggu, memadailah dengan usaha kecil yang kita lakukan impaknya dapat dirasi dan menenangkan jiwa itu lah sebaik-baiknya :)

2.Setiap hari ketika menjalankan tugas hakiki dengan berhadapan dengan ratusan pelanggan pada setiap hari juga ia satu jihad yang sudah pasti menjadikan kita 'orang baik-baik' jika kita melayan pelanggan itu dengan sebaiknya lebih dari hakiki kita.
3.Apabila sebut pasal pelanggan teringat saya satu kejadian minggu lalu seorang pelanggan telah hadir ke kaunter kami dengan keadaan dalam kesusahan,beliau tinggal di sebuah kampung di Palekbang,kampung Sungai Pinang kalau tak silap saya. Semasa beliau hadir staff saya melayannya,dari perbualan bersama staff kaunter tadi rupa-rupanya beliau baru kematian suami,beliau pula tidak sihat kerana serangan strok dan mata yang kabur penglihatannya,mempunyai anak yang berstatus 'orang kelainan upaya'yang tidak mampu berjalan, dan itulah satu-satunya anak beliau. Untuk hadir ke kaunter kami beliau tiada kenderaan dan terpaksa menyewa kereta sewa katanya RM80 untuk hadir ke pejabat kami di Kota Bharu.

4.Sebelum arwah suaminya meninggal dunia,arwah suaminya sempat berpesan agar ke pejabat PERKESO Kota Bharu jika beliau meninggal dunia,maka seperti wasiat suaminya apabila suami meninggal beliau terus hadir ke pejabat PERKESO Kota Bharu dalam sedikit kesusahan untuk menunaikan wasiat suaminya agar hadir ke pejabat PERKESO KOta BHaru jika beliau meninggal dunia.Alhamdulilah staff kaunter melayan dengan sebaik-baiknya semakan kelayakan dibuat dan alhamdulilah caruman suaminya layak Pencen Penakat Syukur Alhamdulilah.Kami lengkapkan segera borang berkaitan dan membantu apa yang perlu.
5.Hari ni Khamis,sebaik habis waktu bekerja kami team Kaunter PERKESO KOta Bharu berkunjung ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang, dimana rumah yang didiaminya adalah rumah abang beliau,beliau tiada rumah. Kami namakan lawatan ini sebagai Program Menyantuni Waris OB (Orang Berinsurans)Kaunter PERKESO Kota Bharu dengan berbekalkan kutipan derma Ikhlas kakitangan Kaunter PERKESO Kota Bharu itu sendiri, kami bawa sedikit bekalan makanan dan sumbangan wang saku hasil kutipan antara kami Inshallah rasanya cukup untuk buat makan2 dikala menunggu Pencen Penakat masuk. Alhamdulilah bayaran Pengurusan Jenazah juga telah pun di kreditkan ke akaun beliau syukur Alhamdulilah,terima aksih Unit faedah dan team Kewangan Perkeso KOta BHaru.Hehe dan akhirnya hari ini terukir juga sebuah senyuman bercampur terharu diraut wajahnya..Alhamdulilah kami akan teruskan Program sebegini sepertimana seperti tahun sebelumya.Ini CSR cara kami!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan