Jumaat, 17 Jun 2011

cara-cara buat tuntutan pencen penakat perkeso

1.Hari ni aku nak berkongsi sedikit sebanyak Info yang aku tahu tentang Pencen Penakat perkeso.. Setakat hari ni la ramai sangat antara kita waima suami isteri adik beradik saudara mara langsung tidak mengentahui akan kewujudan Skim ini dan tidak tahu menahu pun macam mana untuk membuat tuntuan..sayang 1000x sayang..pesan aku kalau tak tahu banyakkan bertanya...jangan dok pi cari orang tengah ka ejen ka...jangan sengaja cari kesusahan dalam kesusahan yang hangpa alami..pi la terjah pejabat perkeso terdekat..khidmat bakti mereka adalah PERCUMA!!!..kalau kat kluang pejabat socso ada kat sini..
2. Pengalaman aku la setakat hari ni kalau ikut bangsa dan kaum..maka kaum melayu la paling tak de info tentang adanya pencen penakat ni..khususnya yang berpendidikan sedikit rendah..dalam kes terbaru aku aku melihat seorang kakak clener di sebuah Bank di Kluang..setiap pagi aku kesian tengok dia..seawal pagi sebaik aku tiba di pejabat dia dah habis mop kaki lima Bank tersebut..lalu aku menyapa dia..dan bertanya sedikit sebanyak latar belakangnya..dari apa yang diceritakan kepada aku dia adalah ibu tunggal dan mempunyai 3 anak rasanya..suaminya telah meninggal dunia..hidupnya teramat susah!lalu aku minta No.Kad pengenalan si arwah suaminya..lantas aku buat semakan..alangkah gembiranya hati apabila aku mendapati beliau dan anaknya layak mendapat pencen penakat perkeso hasil kematian suaminya...bayangkan betapa lama insan ini menderita..nasib anak2 yatim ni siapa yang peduli???salah siapa???nak salah perkeso maka tak kena la beb..depa dah beribu kali turun padang..buat penerangan buat operasi hang jugak yang lari..bersubahat tak nak buat caruman konon!
Kes ini telah berjaya di selesaikan dengan segera dan bayaran telah diterima...tertunggak beb puluhan ribu gak la..itu sedikit sebnyak yang berjaya aku bantu...tiada mengharapkan apa2 balasan pun..cuma mengharapkan doa kebahagian dan keredaan disisi Allah buat kami sekeluarga..itu adalah lebih bermakna!
3.Itu hanyala secebis cerita benar yang aku alami...dan insan itu apabila berjumpa setiap hari tidak lekang dari bibirnya ucapan terima kasih kepada aku...ya itu sebahagian..aku rasa ramai lagi yang tak tahu dan tidak ambil tahu!!!pesan aku..pastikan isteri ka..suami ka bertanya pasangan masing2 kerja ada bayar perkeso ka tidak???kalau tak bayar socso sila la buat aduan ke pejabat perkeso terdekat..aku cukup yakin dikemudian hari caruman perkeso itulah akan membantu kita percayalah!

4.Aku tak nak ambil banyak masa untuk jelaskan satu persatu kerna kalau nak lebih jelas hangpa pi la kat pejabat perkeso terdekat.Bab pesan memesan ni aku jugak seringkali memesan pada isteri aku dan juga pada kawan2 terdekat bahawasanya SEANDAINYA AKU PERGI..MAKA URUSKANLAH PENCEN PENAKAT UNTUK ANAK ISTERI AKU!!!aku tak nak mereka merana megalami kesusahan hidup lantas berduka nestapa mengikat perut bla bla bla...


5.Dengan secara ringkasnya aku nak bagitahu bahawa pencen penakat perkeso ialah Pencen yang dibayar kepada orang-orang tanggungan pekerja yang mati akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan dalam mana-mana keadaan berikut:-

• Semasa seorang pekerja menerima Pencen Ilat tidak kira berapa pun umurnya atau
• Sebelum mencapai 55 tahun tetapi telah memenuhi syarat kelayakan caruman penuh atau syarat kelayakan caruman yang dikurangkan.
maknanya kematian itu bukan disebabkan oleh bencana kerja atau dengan kata lain orang ni mati bukan kerana kerja!!!!mati saja2 mati pun kalau cukup syarat leh mohon pencen penakat..waima dia mati dalam tidur kaaa mati bunuh diri ka bal bla bla bla mati dibunuhka mati dirogolka asal mati je lah!!!!!! kalau tipu2 mati xleh la weiiii..tapi jangan la duk pi bunuh membunuh suami isteri plak wakakakakakakaka..jangan weiii aku tak jar benda gila macam tu!jadila manusia yang bertamdun!


6.Syarat Kelayakan Caruman:
Kelayakan caruman penuh atau caruman yang dikurangkan bagi tuntutan faedah pencen penakat adalah sama dengan syarat kelayakan caruman bagi pencen ilat.

Kadar Pencen Penakat Yang Akan Dibayar
• Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat adalah sama banyak dengan faedah pencen ilat yang diterimanya.
• Jika seseorang yang meninggal dunia itu bukan penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat adalah 50% - 65% daripada gaji bulanan puratanya jika memenuhi syarat kelayakan penuh (bergantung kepada bilangan caruman yang dibuat) atau
• Kadar penuh pencen penakat adalah 50% daripada gaji bulanan puratanya jika memenuhi syarat kelayakan caruman yang dikurangkan.
• Bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM250 sebulan.

Pembahagian Faedah
Berikut adalah pembahagian syer mengikut keutamaan:-
Tanggungan Bahagi atas kadar harian penuh Syarat
Balu atau Duda 3/5 Terima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula mulai atau selepas 1 Mei 2005
Anak - Semua anak yang memenuhi syarat layak
mendapat faedah termasuk anak kandung,anak tiri yang disara,anak angkat atau anak luar nikah 2/5 Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat Ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Bagi anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, terima faedah selama anak itu tidak berupaya menyara kehidupannya.

Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, faedah pencen penakat hendaklah dibayar kepada:-
Tanggungan Bahagi atas kadar harian penuh Syarat
Ibubapa 4/10 Terima faedah seumur hidup
Adik-beradik 3/10 Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal)
Datuk nenek
(Sekiranya ibubapa tiada)
4/10 Terima faedah seumur hidup

7.Aku sering ditanya kalaula balu/duda yang menerima pencen penakat hasil kematian pasangan..adakah mereka leh kahwin???macam mana dengan pencen mereka????hahaha kahwin la beb pencen tak kan hilang punya hehehe itu merujuk kepada perkahwinan selepas 1 mei 2005..maknanya selepas 1 mei 2005 hangpa bebas nak kahwin maka kahwinla pencen tak kan ditarik balik...depa tak kejam beb hahaha tak kan nak tahan je hahahaha..silap2 kes lain plak muncul...bal bla bla sumbang mahram plak :)


Cara Tuntutan
i- Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:
• Borang Permohonan (Borang 24)
• Sijil Kematian Pekerja*
• Sijil Kelahiran bagi semua anak*
• Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*
• Kad Pengenalan balu/duda (mana berkenaan)*
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

ii- Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:
• Borang Permohonan (Borang 24)
• Sijil Kematian Pekerja*
• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*
• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*
• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO.

borang2 berkenaan tuntutan ini ada di pejabat perkeso terdekat dan diberi secara percuma...malas aku nak dowload..hahaha hangpa pi la jenguk kat pejabat socso tu kompem ada eh...

Cuma aku nak merayu agar janganla ada perasaan segan malu,malas untuk bertanya..itu hak kita!!!jika kalian ada kematian saudara mara atau sahabat handai atau kematian suami isteri anak yang dahulunya bekerja sektor swasta/badan berkanun sila la bawa kad pengenalan arwah/salinan kad pengenalan untuk buat semakan di pejabat perkeso terdekat...mana tahu arwah layak untuk mendapat pencen penakat untuk balu/duda/dan anak2..X SUSAH PUN BAWA JE NOMBOR KAD PENGENALAN NANTI BUAT SEMAKAN!!!jika penuhi syarat caruman maka layakla...


tujuan aku hanya untuk menyampaikan..hangpa nak baca bacalah...xnak baca sudah!!!aku tak nak insan yang layak tapi tak tahu nak tuntut maka terzalimla mereka dan anak2..kena plak anak yatim kesiannnnn..bagi yang tahu khabar-khabarkan la..hangpa tak rugi pun bahkan Ikhlas akan peroleh pahala..InsyAllah..

42 ulasan:

  1. mnta izin copy ;) utk isu nxt week cececeh...

    BalasPadam
  2. salam..sya fhm ndai simati berumur tidak lebih 55 tahun.tetapi bagaimana jika sudah lebih dr 55thun tetapi masih bekerja dan ada potongan socso?

    BalasPadam
  3. 1.jika lebih 55 tahun dan masih bekerja ianya hanya untuk kemalangan melibatkan pergi dan balik kerja serta semasa bekerja sahaja.

    BalasPadam
  4. Salam
    Nak bertanya kalo dah berhenti kerja nak tuntun socso tu mcm mane? Ayah saya dah lama bhenti kerja coz company tu dah btukar management..ce citer mcmmane ek?

    BalasPadam
  5. wasalam...saya tak berapa jelas maksud saudara adakah ianya merujuk kepada kemalangan atau kematian????dan berapa umur ayah saudara???jika kemalangan jalan raya ia hanya waktu pergi dan balik kerja...jika tidak kerja /berhenti kerja maka tak la dapat..

    BalasPadam
  6. slalu nye la kan..pe soalan yg akan ditanya oleh socso mse interview sblum dpt submit borang utk pencen penakat tu..sbb difahamkan socso akan interview dlu..

    BalasPadam
  7. hahahahaha sejak bila pula pencen penakat kena temuduga?????

    BalasPadam
  8. klu sya brtnya tentang soalan mslh sya bleh tak..

    BalasPadam
  9. salam,saya ada 1 pertanyaan..suami saya bru
    meninggal pada 23.07.2012 dan kami
    mempunyai seorang anak,dulu suami saya
    pernah berkerja di marine department
    malaysia..adakah saya layak untuk memohon
    tuntutan faedah pencen penakat? Atau bantuan untuk anak... tapi suami saya dah lama tak
    bayar socso..tpi dulu pernah membayarnya
    juga...adakah saya layak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan:
      1.Nasihat saya agar puan ke pejabat perkeso terdekat dengan membawa salinan IC arwah suami puan dan membuat semakan caruman untuk arwah sam ada mengcukupi syarat kelayakan untuk mendapat pencen penakat.JANGAN RISAU SILA BUAT SEMAKAN SENANG AJE PUAN..HARAPAN SAYA AGAR PUAN SEGERA KE PEJABAT PERKESO UNTUK BUAT SEMAKAN TERSEBUT

      WASALAM

      Padam
  10. salam..sy ingin bertanya..suami sy baru shj meninggal 29.6.2013 akibat kanser..dia sebelum ni mmg bekerja dan membayar socso..tetapi pd thn 2012 dia telah berhenti kerja akibat sakit dan tidak lg mcarum...adakah sy n anak layak dpt pencen penakat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan..Al-Fatihah untuk Arwah suami puan.

      1.Insha Allah layak seandainya arwah mempunyai sekurang kurangnya 24 caruman dalam tempoh 40 bulan bekerja...untuk membuat semakan sama ada arwah suami puan layak dari segi syarat carumannya maka SAYA SYORKAN PUAN KE PEJABAT PERKESO TERDEKAT DENGAN MEMBAWA SATU SALINAN IC/SURAT MATI ARWAH SUAMI UNTUK MEMBOLEHKAN PIHAK PERKESO MEMBUAT SEMAKAN JUMLAH CARUMAN SUAMI PUAN.SAYA BERKEYAKINAN JIKA SUAMI PUAN BEKERJA SEKSTOR SWASTA SUDAH TENTU BILANGAN CARUMAN ITU MENCUKUPI INSHA ALLAH.SILA LAH KE PEJABAT PERKESO TERDEKAT DENGAN KADAR SEGERA!!!!!!JANGAN TANGGUH TANGUH LAGI!

      2.Oh ye boleh tak saya tahu arwah suami puan umurnya berapa ye?syarat umur kelayakan pencen penakat adalah setakan umur mencapai 60 tahun sahaja.

      WASALAM HARAP PENJELASAN SAYA INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU PUAN.

      Padam
  11. Salam saya nak tanya. Mak saya balu anak 8. Arwah ayah meninggal tahun 2000 berusia 51 tahun.. Masih lagi layak ke sebab adik-adik masih ade 3 orang yang tak lepas lagi sedang belajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..semoga ibu tabah dalam membesarkan anak2...berkenaan layak atau tidak dari segi UMUR MEMANG LAYAK,walaubagaimanapun perlu juga dilihat dari segi caruman sama ada arwah bapa layak atau sebaliknya..kelayakan penuh pencen penakat 24 caruman dalam 40 bulan...untuk mengentahui caruman ini senang sahaja sila ke pejabat perkeso terdekat dengan membawa salinan kad pengenalan/surat mati arwah bapa...jika mencukupi dua syarat tersebut INSHA ALLAH IBU ANDA LAYAK PENCEN PENAKAT SERTA ADIK2 DIBAWAH UMUR 21 TAHUN!!!

      2.AYUH SEGERA KE PEJABAT PERKESO TERDEKAT UNTUK MEMBUAT SEMAKAN!!!!

      3.Oh yaaa arwa ayah keja apa???

      wasalam

      Padam
  12. Balasan
    1. berkenaan kemalangan yang menimpa en.borhan..suka saya maklumkan saya ada menerangkan cara2 tuntutan dengan pihak perkeso dengan lengkap dibawah tajuk cara-cara tuntutan dengan pihak perkeso dan cara mempercepatkan tuntutan dengan pihak perkeso..harap encik borhan semak tajuk ini di blog saya untuk membantu encik membuat tuntutan dengan pihak perkeso.

      2.saya juga berharap encik maklumkan kepada pihak majikan agar membuat laporan kemalangan kepada pihak perkeso dengan kadar segera.jika majikan enggan membuat laporan kemalangan maka encik boleh lah membuat aduan ke mana2 pejabat perkeso terdekat

      wasalam

      Padam
  13. Salam, adakah balu yang bukan warga negara Malaysia layak menerima pencen penakat untuk arwah suami yg merupakan warga negara?

    BalasPadam
  14. Assalamulakum. Saya mengidap sakit kanser. Saya nk btanya ttg kiraan yg 50%-65% tu daripada gaji terakhir benti keje atau gaji purata 24 bln caruman yg dibuat.
    Kalo ada formula kiraan tu bole tunjukan tak. Trime kasih

    BalasPadam
  15. Salam.. sy ada interview dgn jemaah dokter khamis ni.. untuk pencen ilat.. selalu apa soalan yg lazim doc akan tanya dan apa kelayakan untuk dapat pencen ilat?

    BalasPadam
  16. Salam.. sy ada temuduga dgn jemaah doc khamis ni untuk ilat, apa soalan yg lazim doc akan tanya dan kelayakam untuk dpt pencen ilat...

    BalasPadam
  17. Assalam,nk tny..sekiranya 4thn lpas,suami sy kemalangan..slepas tu dia lumpuh[oku]..x prnh apply pencen ilat,sbb mse mula2 kmalangan dlu sy ada tny socso,dia kata x bleh apply sbb kemalangan berlaku bkn dtmpt krja..suami kemalangan jlnrya..bln lpas dia dh mninggal,jd skrg sy nk pohon pencen penakat,jd bgaimn yg ketika dia skt dlu x prnh apply..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..terguna pakai untuk pencen penakat sahaja puan...nilai pencen adalah sama.

      wasalam

      Padam
  18. penerangan yg baik....TQ

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,.nak tny sal pencen penakat,.bru2 ni,pkcik sya tlh mnggl dunia..masalahny.. Arwah tlh brkhwin dn mmpunyai zuriat yg mnetap d indonesia,atas sbb2 mslh pngnaln dri,kluarga arwah x dpt mguruskn tuntutan ini..jd blh kh kirany,sya sbgai saudra trdkt arwah mguruskn tuntutan ini untk kluarga arwa...hrp en.dpt membantu di atas persoalan sy ini...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam..
      1.Puan Arwah pakcik puan umurnya berapa tahun?adakah arwah pakcik pencarum perkeso?pada saya puan/waris perlu membuat semakan terlebih dahulu di pejabat perkeso terdekat untuk memastikan arwah pakcik puan memenuhi kelayakan dari segi caruman dan umur...itu yang penting...masalah seterusnya akan saya huraikan untuk puan sebaik syarat kelayakan ini dipenuhi...

      thanks puan

      Padam
  20. Salam,

    Terima kasih tulisan anda yang AMAT menarik.

    Ada apa apa skim bantuan bagi pencarum PERKESO yang VSS pada umur 50 tahun, dan kini sudah 4 tahun mencari kerja tetapi masih menggangor?

    Sekian, Jazakulla hu khairan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusalam hehehe yang tu masih belum ada tuan,InshaAllah jika ada perubahan dasar kemudian hari...

      Padam
    2. Assalamualaikum...saya nak tahu..suami saya telah meninggal dunia pada 30.8 .2015 dlm usianya 41thn..saya mempunyai 5 cahayamata...beliau telah mencarum hampir 16 thn....tapi sebelum meninggal beliau sudah hampir 3 thn tidak mencarum...kerana syarikat tempat beliau bekerja telah tutup...
      Jadi adakah saya layak untuk memohon pencen panakat ini....
      Terima kasih.

      Padam
    3. Assalamualaikum...saya nak tahu..suami saya telah meninggal dunia pada 30.8 .2015 dlm usianya 41thn..saya mempunyai 5 cahayamata...beliau telah mencarum hampir 16 thn....tapi sebelum meninggal beliau sudah hampir 3 thn tidak mencarum...kerana syarikat tempat beliau bekerja telah tutup...
      Jadi adakah saya layak untuk memohon pencen panakat ini....
      Terima kasih.

      Padam
    4. wasalam...Puan nasihat saya segera ke pejabat perkeso terdekat untuk membuat semakan sama ada betul2 caruman dibuat ataus ebaliknya dan untuk membuat semakan kelayan caruman...harap puan segera ke pejabat perkeso terdekat

      wasalam tq

      Padam
  21. Salam..terima kasih byk2 kpd Socso kerana sya adalah penerima pencen penakat mulai Feb 2015. Cuma nak minta pencerahan sikit mengenai kadar pencen penakat yg 50% ni. Gaji terakhir arwah adalah rm11,700...kadar pencen bulanan diterima rm1,740.50. Terima kasih.

    BalasPadam
  22. Salam
    Mohon pencerahan
    Mak saya berumur 69thn pernah bekerja n pencarum utk socso..skg mak saya balu yg tidak ada sumber pendapatan..bolehkan dia.menerima pencen penakat utknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..puan pencen penakat adalah pencen yang dibayar jika pencarumnya meninggal dunia dan tertakluk pada syarat kelayakan caruman dan kelayakan umur seperti saya nyatakan di dalam posting di atas...

      Padam
  23. Assalamualaikum. Saya Aina berumur 19 tahun dan masih belajar. Boleh saya bertanyakan tentang bayaran pencen panakat tersebut. Ibu bapa saya telah meninggal dunia, ibu meninggal 2 tahun yang lepas dan bapa meninggal lebih kurang dalam sebulan. Kini tinggal saya dan adik yang berumur 18 tahun. Soalan saya, adakah pencen panakat itu contohnya sebanyak RM475 kongsi untuk dibahagikan syer kepada dua orang atau bagaimana? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam dik aina..salam takziah..
      1.Dik aina sudahkah adik ke pejabat perkeso terdekat untuk membuat semakan?maksud saya semakan untuk bayaran pencen penakat tersebut?adakah adik menerima kedua dua pencen penakat dari kematian ayah dan ibu?

      2.Semua syer adik2 akan masukd alam akaun dik aina memandangkan dik aina anak yang sulung dan berumur lebih 18 tahun maka pencen boleh masuk ke akuan dik aina..gunakan lah sebaik mungkin untuk menyara adik beradik dan dik aina sendiri.

      3.Nasihats aya jika ada apa sahaja masalah berkenaan bayaran pencen tersebut maka JANGAN MALU2 DAN JANGAN TAKUT2 untuk SEGERA ke pejabat perkeso terdekat.

      wasalam

      Padam
  24. As salam.... Xtahu masih dpt reply dr awk or x sbb sy baru nk tanya ni... Arwah suami dah dkt 5 thn mnggal... Sy isteri kedua... Ada anak bersama arwah 2 org bwh 21... Isteri pertama dah xde anak bwh 21...semua anak isteri pertama dah berkeluarga... Segala epf dan harta arwah sy xtuntut walau sesen pun sbb sy xnk berebut.. Tp akibat kesempitan hidup membesarkan anak2 yg msh kecil ni kwn sy sarankan buat permohonan pejabat perkeso utk anak bawah 21...hanya seorg anak sy layak sbb sy kawin kat thailand dan xsahkan perkahwinan di pej agama msia... Tp sy tgh usahakan utk dptkan surat nikah sini... Walau arwah dah mnggal kerana anak sy yg kedua xde bin bapanya sbb xde pengesahan pej agama sini... Tp yg pertama ada bin bapanya... Sbb masa tu blm lg tukar undang2 baru... Sy nak tahu brape bhgian anak sy dpt.. Walau sorang sbb isteri pertama dah tuntut dr awal kematian... Sedangkan kami baru skrg nak mohon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan Inshallah puan akan dapat HAK puan...jangan risau saya doakan semua urusan puan di permudahkan.

      2.Nasihats aya segeralah ke pejabat perkeso terdekat dengan puan HAK ANAK2 puan disisi undang2 adalah sama!!!beliau akan dapat haknya walaupun berbelas tahun baru memohon nya jadi puan jangan risau akan perkara tersebut.

      3.Pesan saya segera ke pejabat perekso TERDEKAT!!!

      Padam