Jumaat, 20 April 2012

program pencegahan kemalangan di tempat kerja@prime city hotel



1.Tidak dapat dinafikan tahun demi tahun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak PERKESO untuk memberi kesedaran kepada pihak majikan dan juga pekerja tentang betapa pentingnya program mencegah kemalangan di tempat kerja dari berlaku, bahkan usaha ini telah dilipat gandakan dari semasa ke semasa. Cumanya antara sedar atau tidak antara hirau atau tidak antara ambil peduli atau tidak kebanyakkan majikan dan pekerja seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk menambahkan ilmu mereka lantas membantu mengurangkan kemalangan di tempat kerja,apatah lagi kebanyakan kes-kes kemalangan ditempat kerja sepatutnya boleh dielakkan jika kiranya majikan dan juga pekerja mengambil langkah-langkah keselamatan yang sebaik mungkin!


2.Faktor manusia sentiasa menjadi sebab musababnya dan ianya sepatutnya boleh diatasi..InsyaAllah..kerna kecelakaan/kemalangan ditempat kerja bukan sahaja merugikan negera dari segi produktiviti bahkan jauh dari itu ianya melibatkan kehilangan besar kepada keluarga pekerja dan juga pihak majikan itu sendri..Apatah lagi dikala ini 'sindrom' kemalangan di tempat kerja semakin menjadi jadi.


3.Melihat statistik kemalangan ditempat kerja dan juga melibatkan kemalangan perjalanan ke tempat kerja dan perjanalan berkaitan dengannya semakin meningkan maka dengan sebab itulah saban tahun pelbagai program telah dirangka serta telah dan akan diadakan untuk tujuan mengurungkan kemalangan ditempat kerja..antaranya yang terbaru pihak PERKESO Kluang melalui kerjasama Ibu Pejabat PERKESO telah menganjurkan Program Pencegahan Kemalangan di tempat kerja dan perjalanan selamat dan ianya telah berjaya diadakan dengan sempurna.


4.Program yang dirangka secara khusus ini adalah mempunyai niat dan nawaitu yang cukup baik sekali tidak lain tidak bukan untuk mencegah kemalangan dari berlaku dengan memberi kesedaran dan pendedahan dari pelbagai sudut berkaitan kemalangan di tempat kerja dan juga melibatkan perjalanan ke pergi atau balik kerja.




5.Program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Polis Diraja Malaysia dan juga pihak JKKP, dimana kedua-dua agensi itu telah berbesar hati turun padang dengan menghantar wakil mereka untuk menyampaikan ceramah serta sesi perkongsian ilmu tersebut.



6.Alhamdulilah Program yang diadakan bertempat di Hotel Prime City Kluang itu telah berjalanan lancar bermula dari seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Dibahagiakan kepada 3 sesi dimana sesi pertama dimulakan oleh pegawai perubatan dari unit peruabatan dan pemulihan ibu pejabat perkeso iaitu Dr Zainul dan diikuti  sesi kedua yang diterajui oleh Inspektor Margerat dari cawangan trafik IPD kluang dan sesi terakhir disempurnakan oleh Tuan Haji Puzi dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Johor.



7.Program yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pihak majikan dan juga pekerja, dan amatlah diharapkan Ilmu yang diperolehi mereka dipanjangkan pula kepada rakan2 dikilang dan juga pada sahabat handai lain supaya ilmu yang baik itu tersebar secara meluas..Alangkah sedih dan hibanya seandaikan program yang menelan kos yang agak besar ini tidak dimanafaatkan sebaik mungkin..ya ada kala kita ketawa ada kala kita gembira dengan pelbagai keletah dan pelbagai ragam semasa program ini berlangsung,tapi jangan lupa jangan leka jangan alpa bahawa ilmu yang diamanahkan kepada kalian hendaklah disampaikan kepada mereka yang berhak untuk mengentahuinya..seelok eloknya selepas sahaja program ini selesai bilamana kamu kembali ke kilang masing-masing buatlah satu program /sesi penerangan untuk kawan-kawan kalian...jangan matikan,jangan timbus jangan bunuh dan mandulkan ilmu yang telah diberikan..tahkala kamu diamanahkan untuk hadir dan mendengarnya maka seeloknya kamu lunaskan amanah itu selengkapnya...






7.Big Thanks 2 Pengarah PERKESO Negeri Johor En.Ismail Abi Hashim kerana sudi hadir merasmikan Program ini dan beliau cukup2 komited untuk melihat program ini berjalan dengan jayanya..agak sukar untuk mencari Pengarah yang cukup mesra rakyat seperti beliau!




8.Tentang pengisian-pengisian Program Pencegahan Kemalangan di tempat kerja ini...tungguuuuu saya akan kupas satu persatu dan yang pasti kalian yang menjenguk catatan aku akan mendapat sedikit sebanyak perkongsian Ilmu nanti..cukup setakat ni dulu brooo..penaja seisi rumah dah suh masuk kamar kasi rest maaaaa..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan