Rabu, 16 Januari 2013

Taklimat khas Program saringan kesihatan perkeso@kluang


1.Hari ni aku diberi taklimat penuh berkenaan perlaksanaan Program Saringan Kesihatan Perkeso,Taklimat ini disampaikan oleh Doktor dari cawangan pemulihan dan perubatan Ibu Pejabat Perkeso..leh tahan panjang jugak taklimatnya merangkumi pelbagai aspek perlaksanaan Program saringan Kesihatan Perkeso ini.

2.Oh ya bab2 program saringan kesihatan perkeso ini telah aku ulas panjang lebar dalam 2 pos aku yang terdahu didalam blog aku ni..kalau nak maklumat lanjut hangpa cuba carila..kompem ada. Apa yang aku rasa amat penting jugak untuk dikongsikan dengan hangpa semua adalah setiap OB yang akan meenyertai program saringan kesihatan perkeso ini akan diberi baucer khas bernilai RM200 untuk melakukan pemeriksaan saringan kesihatan di klinik panel yang telah ditentukan pihak perkeso...jangan risau klinik panel ini banyak yang telah dan akan dilantik yang pasti tidak jauh dari tempat hangpa tinggal hehehe..untuk menyenangkan hangpa pi buat saringan kesihatan kat situ kan kan ..pehhhh peruntukan 200 juta wooooooo bukan sikit wooooo..

Ni hah contoh baucer program saringan kesihatan perkeso yang hangpa akan terima dari perkeso melalui majikan masing-masing hehehe..ni contoh je tauuuuuuuuuuu..

3.Ok la aku rasa cukup kat sini..lagi pun dah banyak kali aku duk tulis pasal program saringan kssihatan perkeso ni..lau tak faham lagi tak tahu nak kata apa lagi dah hahahahaha...kalau tak faham jugakbaik hangpa hubungi nombor telefon yang aku beri kat bawah ni hang pa tanya la apa yang hangpa tak faham..depa ni adalah orang yang terlibat secara langsung menguruskan Program saringan kesihatan perkeso ni...

8 ulasan:

  1. Saya nak bertanya, sekiranya seorg tlh menerima pencen ilat atas sakit jantung tt setlh beberapa tahun kemudian dia mengalami kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis. Adakah perkeso akan membiayai rawatan diallisinya setlh beliau mendapat pencen ilat penyakitnya yg pertama tadi. Mohon dpt penjelasan dari tuan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.Pencen ilat yang pertama tadi sah untuk sakit jantun sahaja sepertimana disahkan oleh jemaah doktor sahaja.

      2.setelah beberapa tahun kemudian maka satu semakan semula perlu dilakukan sama ia berkaitan atau tidak..ada baiknya saudara ke pejabat perkeso dengan membuat makluman dengan membawa laporan perubatan berkaitan penyakit budah pinggan itu untuk membolehkan kemungkinan ulangkaji semula dilakukan

      Padam
  2. Nampak macam kaedah baru? Betulkan...

    BalasPadam
  3. boleh ke nak mintak slaid show berkenaan projek baru ni...sebab kat perkeso/sehat takde rujukan laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok puan akan diusahakan ...masa taklimat antara doktor2 klinik panel tempoh hari puan tak dapat maklumat lengkap tentang program saringan kesihatan perkeso ini kah?atau jika perlu maklumat lanjut puan boleh ke pejabat perkeso terdekat..saya kurang pastikan semasa taklimat yang diadakan untuk doktor panel sama ada dokumen slaid ini dibekalkan atau tidak..Namun saya cuba dapatkan penjelsan dari pihak terbabit dalam waktu terdekat

      Padam
  4. Salam...adakah semua klinik di dalam senarai itu terlibat..saya telah hubungi beberapa klinik di dalam senarai utk temujanji...ada klinik yang kata tidak terlibat...ada yang kata belum dilaksanakan...ada yang tidak pasti...bilakah sebenarnya ianya bermula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. telah dilaksanakan!!!!ya semua klinik yang tersenarai terlibat!klinik itu berdaftar sebagai klnik panel untuk saringan kesihatan perkeso!Hanya klinik yang mendaftar dengan perkeso secara Online sahaja yang disenaraikan!!

      wasalam

      Padam