Selasa, 14 Mei 2013

Kesatuan kakitangan perkeso terima anugerah kesatuan sekerja cemerlang 2013!!!


1.Syukur, Alhamdullilah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya, Kesatuan Kakitangan PERKESO telah sekali lagi menempa sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Tahun 2013 sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS Peringkat Kebangsaan 2013 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 1 Mei yang lalu. 



2.Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Naib Canselor USIM, Ketua-ketua Jabatan dan warga kerja CUEPACS seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


3.Sesungguhnya, anugerah ini amat bermakna bagi Kesatuan Kakitangan PERKESO kerana buat pertama kalinya dinobatkan sebagai penerima anugerah semenjak 20 tahun Kesatuan ini ditubuhkan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli-ahli Kesatuan khususnya yang sentiasa menyokong dan berada di belakang kepimpinan Tuan Presiden, Tuan Azman Tuan Yaacob dan barisan AMJK dalam memperjuangkan hak dan kebajikan ahli-ahlinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan