Sabtu, 11 Mei 2013

selesai siasat kes -AJAL HANTAR MINYAK 30 TAN!!!

1.Alhamdulilah selesai siasat kes kemalangan maut melibatkan pemandu lori tangki minyak sawit terbabas dan terbalik di KM 4 jalan mersing-nitar..sejak akhir2 ni banyak jugak kes melibatkan kenderaan berat terbabit dalam kemalangan..dalam kes kemalangan maut yang aku siasat ni pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian..terbabas dan terbalik tanpa melibatkan kenderaan lain..sebaik sahaja kes ini dilaporkan di dalam harian metro aku serta merta diarah untuk menjalankan siasatan dan menyelesaikan kes tuntutan ni pada hari yang sama pehhhhhh..tapi syukurla kes ini mendapat kerjasama yang tak berbelah bagi dari majikan pemandu yang maut tersebut...akhirnya kes berjaya diselesaikan pada HARI YANG SAMA!!!hohoho..

2.Hm sempat buat lawatan sambil2 buat siasatan di rumah simati...mayat mendiang pada ketika ni baru aje nak dihantar ke tempat pembakaran..

3.Kes ni telah selesai disiasat..balu si mati akan menerima pencen Faedah Orang Tangungan untuk seumur hidupnya...betapa bagusnya jika kalian mencarum dengan perkeso..kalian akan sentiasa dilindungi...PESAN AKU CUKUP MUDAH JIKA KALIAN BEKERJA PASTIKAN MAJIKAN KALIAN MENCARUM NAMA KALIAN DENGAN PERKESO..SEANDAIKAN MAJIKAN GAGAL MENCARUM NAMA KALIAN MAKA KALIAN PERGILA KE PEJABAT PERKESO TERDEKAT UNTUK MEMBUAT ADUAN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan