Ahad, 4 Ogos 2013

taklimat kerjaya dan keusahawanan@taman sri lambak...belia2 mana lu orang pi hah??


1.Hari ni ada dua Majlis rasmi yang aku hadiri sebelum bercuti panjang balik kampung menyambut lebaran yang bakal menjelma tak lama lagi..hm tahkala ini mungkin dah ramai balik kampung..takpala tu rezeki dorang..nak buat macam mana aku de banyak kerja..



2.Majlis pertama yang aku hadiri hari ni adalah Majlis Taklimat Kerjaya dan Keusahawanan yang diadakan di dewan Kejora Taman Sri Lambak Kluang..dalam Majlis ini pihak penganjur telah menampilkan lebih kurang 5 penceramah khas..kalau tak silap aku dari Kolej Komuniti Kluang yang diwakili pengarahnya, Dari sirim berhad yang diwakili pengarah johor,dari IRDA (aku lupa sape yang bagi ceramah tadi hehehe) dari TEKUN (juga aku lupa nama dan jawatan penceramahnya hehehe) satu lagi aku tak ingat dari mana hahahaha al maklumlah bulan puasa ni mengantuk beb dah la buat majlis ceramah waktu jam 2.00 adehhh la...tetamu VVIP untuk sesi taklimat kerja ini adalah Exco perpaduan dan sumber Manusia Negeri johor yang juga merupakan ADUN Kahang..



3.Kelima-lima jabatan/agensi yang memberi ceramah itu amat baik sekali pengisianya..amat banyak manfaatnya..terutama peluang2 perniagaan/peluang pekerja yang ditawarkan/peluang2 pinjaman untuk mulakan perniagaan dan banyak lagi...Namun sayang 1001 kali sayang mana perginya warga belia,mana perginya anak anak muda yang sepatutnya hadir ke ceramah ini?????gila apakah mereka ini melepaskan peluang keemasan untuk merebut 1001 peluang yang terhidang????pelik sungguh aku dengan anak watan kita ni.....



4.Amat menyedihkan ceramah ilmu kerjaya yang amat berguna dan memberi 1001 peluang kerjaya ini diabaikan dan tidak dipedulikan oleh golongan sasaran nya...ahhhhh mereka ini jenis apakah???tak suka dengar ceramah barangkali...sambutan taklimat kerya ini amat2 lah menyedihkan!!!sedih aku mengenangkan anak watan semacam ini....bersusah payah agensi2 tersebut nak tolong....bersusah payah datang dari jauh namun begini kamu membalasnya....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan