Rabu, 9 Oktober 2013

pasangan suami isteri@pekerja kemalangan sama2 patah kaki@claim perkeso


1.Hari ni aku siasat 1 kes kemalangan yang melibatkan pasangan suami isteri...kemalangan berlaku dalam waktu rehat yang dibenarkan...waktu rehat yang dibenarkan bermaksud waktu rehat yang sememangnya telah berikan pihak majikan untuk makan tengahari contohnya hehehe..



2.Pasangan suami isteri ni bekerja di satu kilang seramik di machap johor dan menetap di kampung perak simpang renggam...mereka berdua ni dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan..dikala ketika itu pasangan pekerja ini baru bertolak hendak balik makan dirumah...vroom vromm vromm..gedengan...motorsikal mereka dilanggar kereta...apabila motor lawan kereta sudah tentu tuan motor dan pemboncengnya jadi mangsa..


3.Dipendekkan cerita maka bermalamla mereka berdua selama dua minggu juga di hospital...hari ni aku siasat kes kemalangan ini..sayu pulak hati bila melihat pasangan suami isteri ini..kedua-dua patah kaki...kedua-dua bertongkat..kedua-dua diletakkan katil diluar dan bersama-sama baring disitu..ini dikatakan pasangan bahagia..susah senang saat duka dan suka dikongsi bersama...ahhh ujian untuk mereka berdua..



4.Masa nak pi ke rumah mereka berdua ni..yakni ke kampung perak simpang renggam aku dah 3 kali sesat adehhhh..masuk kampung ok senang!!!nak cari rumah payah bukan main..pening aku...last2 bantuan pun tiba hahahaha..terpaksa aku panggil anak pasangan ni ambik aku kat masjid kampung perak tu...kalau tak kompem aku tak jumpa rumah pasangan ni...lorong2/jalan2 kecil banyak kat kampung ni..memang payahla nak cari rumah..



5.Apa yang sedih jika kedua-dua ibu dan bapa kemlaangan sudah tentu pendapatan keluarga tiada...itulah yang aku selalu pesan...bila kemalangan dalam kerja atau perjalanan pergi balik kerja atau kemalangan dalam waktu rehat cepat2 la bagitahu majikan dna cepat2la buat tuntutan dengan pihak perkeso...cepat2 hantar borang 21 (borang kemalangan)supaya cepat proses tuntutan dapat dibuat dan siasatan segera boleh dilakukan..selepas siasatan selesai dan jika sah kemalangan itu seperti didakwa dan termaktub dalam AKSP 1969 sudah pasti pihak perkeso akan membayar setiap mc yang hangpa terima...



6.dalam kes yang aku siasat hari ni..kes ini sememangnya kes bencana kerja dan InsyaAllah pihak perkeso akan membayar cuti sakitnya,bil perubatannya dan juga bayaran hilang upaya kekal (cacat kekal jika ada dikemudian hari)

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa proses seminggu tuan..walaubagaimanapun ia tertakluk sama ada dokumen yang dikemukakan lengkap atau sebaliknya..Insha Allah tak lama..dan bayaran akan dibuat

      2.Jika tuan ada cuti sakit yang berkaiatan kemalangan tersebut boleh kemukakan terus kepada pejabat perkeso

      wasalam

      Padam