Khamis, 16 November 2017

Hidupkan Enjin Motorsikal dan jatuh di depan rumah pekerja claim dengan Perkeso/Socso

1.Salam geng..hari ni aku masuk ke ladang Kempas Klebang,ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation Bhd..ladang ini terletak tak jauh dari pekan Paloh kira dekat aje tak jauh hehe..dari pekan Paloh selepas pintu gerbang pekan Paloh hangpa belok kanan maka itulah ladang Kempas Klebang hehehe..pejabatnye nak kena masuk dalam ladangla bukannya ada kat tepi jalan tu hehe jalan tanah merah sikit aje la..pastu bila dah masuk ladangnya jalan dah berturap..kalau aku masuk ke ladang macam biasala sudah pasti la berkait dengan kes2 tuntutan/claim Perkeso hehe..hari2 macam ni lah kerja aku..nak cari sesuap nasi geng :)
2.Biasanya kalau aku masuk ladang untuk kes-kes kemalangan pekerja ladang aku lebih suka berjumpa terus dengan Pembantu Perubatan ladang (HA) hehe sebabnya apa sahaja kes kemalangan yang terjadi di ladang depa akan rujuk dengan pembantu perubatan ladang terlebih dulu dan jika kecederaan teruk barulah dirujuk ke Hospital dan kalau kecederaan hanya luka2 biasa depa akan diberi rawatan di situ aje la..sebabnya dalam setiap ladang ada klinik ladang nya sendiri..jadinya pembantu perubatan ladang lebih tahu apa yang terjadi dan tahap kecederaan pekerja yang terlibat dalam kemalangan tu haha macam tu lah kiranya hahaha..Alhamdulilah setakat ni banyak2 pembantu perubatan ladang yang aku jumpa baik2 belaka..nak dapat maklumat2 dari depa pun senang!
3.Kes hari ni adalah kes kemalangan motorsikal ketika pekerja nak pi bekerja..kerja ladang ni depa ro call(himpunan pagi sebelum masuk kerja) seawal jam 6.30 pagi geng..so akak ni dari kuaters ladang nak pi tempat ro-call tu lah, keluar rumah naik motorsikal dan terus hidupkan enjin motorsikal tanpa sedari motorsikal tersebut dalam keadaan 'bergear' hahaha betul ka dak bahasa aku tu lantak hangpa lah hahaha jadinya bila dalam 'keadaan' telah bergear maka terus jalan dengan laju motor tu kedepan tanpa sempat berbuat apa2 oleh pekerja ni lalu jatuhla beliau dihempap motorsikal pada kaki kirinya hahaha nak dijadikan cerita patah tulang tapak kaki kirinya beb hahaha jangan main2 nampak macam biasa je hahaha..motorsikal kalau dihidupkan dalam gear ni bahaya wooo kalau ada pokok kat depan dengan pokok2 tu boleh disebatnya hahaha..kalau kat depan ada parit mahu melompat masuk parit motor tu beb..
4.Dalam kes sebegini apabila kita keluar sahaja rumah untuk ke tempat kerja walaupun berlaku kemalangan di depan rumah ianya di kira sebagai bencana kerja..sebab kita dah nak pi kerja kan kan hehe dan boleh dibuat tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso!!!Nahhh dalam kes akak ni dia dari rumahnya di kuaters ladang keluar rumah nak pi kerja naik motor hidupkan motor dalam gear terus bergerak laju lalu jatuh ia adalah bencana kerja dan pihak Perkeso akan bayar cuti sakitnya dibawah faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dan jika ada cacat kekal maka boleh lah buat tuntutan Hilang upaya Kekal (HUK) pula hehehe..macam mana nak claim socso/Perkeso mudah aje caranya kalau hangpa kerja minta aje majikan isi borang 34  tu..itu tanggungjawab majikan yang kena isi dan lapor pada pihak Perkeso..kalau depa enggan atau tak nak lapor pada Perkeso hangpa boleh terus buat aduan pada mana mana pejabat Perkeso terdekat!!!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan