Selasa, 14 November 2017

Kelindan Lori Patah Peha Lori Terbabas Masuk Longkang@Claim dengan Perkeso/Socso

1.Salam geng..hari ni aku buat siasatan kes kemalangan semasa bekerja yakni melibatkan kemalangan jalan raya.. hehe sudah pasti ia untuk  tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso. Kisahnya Pak Cik ni bekerja sebagai kelindan lori..masa dalam perjalanan nak pi hantar pasir bersama pemandu lori ke tapak projek tiba-tiba lori hilang kawalan terbabas masuk longkang besar di tepi jalan..hehe boleh tahan dalam plak tu longkangnya..kesian Pak Cik ni..tersepit dalam lori..dapat keluarkan bila masa bomba tiba dan terus dihantar ke Hospital..lama jugak geng Pak Cik ni kena tahan kat Wad, dari 28 Oktober lalu sampai la ni dok dalam Hospital lagi dan tak tahu lah bila Pak Cik ni nak keluar..patah peha sebelah kanan..patah 3 katanya..kena plak beliau ni ada kencing manis lagi la lama dok sana kompem lahhh..apa nak buat semoga Pak Cik ni cepat pulih!!!
2.Kemalangan berlaku pada 28 Oktober yang lalu dan baru dua hari lepas majikan beliau hantar permohonan tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso, Alhamdulilah cepat jugak majikan Pak Cik ni buat tuntutan..so aku dah pi siasat tempat majikan semalam dan hari ni bila keadaan Pak Cik ni dah ok barulah hari ni berpeluang menemuduga  beliau di katil Wad Hospital..Ok la keadaan beliau tidak membingbangkan hope cepat pulih dan boleh kembali bekerja sepeti biasa.Pihak Perkeso akan membayar MC dan yang berkaitan dengan nya Inshallah,kes ini bencana kerja.
3.Walau bagaimanapun Perkeso tak boleh lagi buat pembayaran sebab pihak hospital tak keluarkan MC/Sijil sakit untuk Pak Cik ni..sebabnya beliau masih dalam Wad,hehe keluar Wad baru depa akan bagi cuti sakit!!!Pun begitu untuk kes sebegini pihak Perkeso hanya memerlukan MEMO Pengesahan daripada Hospital yang mengatakan Pak Cik ni menerima rawatan dari bila sampai bila bla bla bla ia dikira MC dan dengan MEMO Pengesahan itu kita boleh membuat bayaran tanpa menunggu MC dikeluarkan!!!ya lahhh kalau masuk wad sebulan dan sebulan tak dak MC macam mana Perkeso nak buat bayaran dan bila tak de bayaran macam mana anak bini nak makan kan?so harap pihak Hospital memahami lah..kalau Perkeso minta/pesakit minta memo pengesahan hangpa tulis la..tak payah pun kesian untuk kes2 macam ni..so far setakat ni tak de masalah dengan MEMO Pengesahan itu kita boleh buat bayaran untuk kes2 bencana kerja yang di tahan di wad dalam tempoh yang lama dan tidak diberi MC atas sebab masih dirawat di Wad Hospital dengan syarat pihak Hospital Keluarkan MEMO Pengesahan tersebut!!!
4.Hehe cukup itu sahaja malam ni geng badan tak berapa nak sihat batuk ada nak demam pun ada ni hahaha..maaf banyak2 kalau lambat reply soalan2 hangpa semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan