Isnin, 24 Disember 2012

kemalangan semasa menyertai program/aktiviti/pertandingan sukan/kursus anjuran majikan boleh buat tuntutan dengan perkeso


1.Sejak akhir2 ni banyak plak yang duk tanya pasal tuntutan perkeso yang melibatkan aktiviti pejabat/kompeni/syarikat/kilang dan seumpamanyaalah dimana aktiviti itu syarikat wajibkan hangpa menyertainya...depa dok tanya boleh claim atau tidak jika berlaku sesuatu musibah...contohnya jika mewakili syarikat dalam perlawanan bola sepak lawan dengan syarikat lain dan mendapat kecederaan adakah boleh claim dengan perkeso??? untuk makluman sebenarnya dah banyak kali aku duk jawab benda ni..pe pun ini kali aku habaq sekali lagi hehehe..lalalalala supaya hangpa cari kat google senang jumpa bila jumpa ILMU ni maka hangpa bacalah doa untuk aku bahagia murah rezeki dunia akhirat heheheh amin amin amin..

2.Sebenarnya apa sahaja aktiviti/pertandingan/kursus yang melibatkan anjuran pihak majikan dan jika seandaikan hangpa dipilih untuk mewakili syarikat sememangnya jika berlaku kecederaan maka sudah pastilah anda layak membuat tuntutan dengan pihak perkeso dengan syarat2 tertentu hehehe..lalalala..ade syarat jugak tuuuuuu huhuhu..nak kahwin pun ada syarat sah dia woooooo hangpa jangan mai bantai je hahaha..


3.Syarat yang cukup senang..pertama pastikan ada arahan dari pihak majikan untuk sertai sesuatu pertandingan yang mewakili syarikat...kedua pastikan nama hangpa terdapat dalam senarai aktiviti tu...arahan itu mungkin dalam bentuk memo syarikat atau boleh juga melalui email dan sebagainya lah hehehehe sesuaka hati boss hangpa nak kakakaka takkan tu pun nak ne habaq kakakakaka lalalala..ada bukti kehadiaran hangpa dalam aktiviti tersebut..kalau ada puch kad ke ganbaq ke hangpa lampirkan sekalilah lagi senang hehehe ..ni antara contoh memo hehehe..tak leh tunjuk banyak satu sudah lalalala

cara nak isi borang tuntutan berkaitan kes nni hehehe sekadar contoh hehehe lalalala



4.Sebaik memo dikeluarkan untuk arahkan pekerja mewakili syarikat untuk menyertai sesuatu pertandingan yang melibatkan hangpa mewakili syarikat contohnya pertandinagan bola sepak ke bola jaring ke badminton ke perayu naga ke perahu rimau ke lantak hangpa la janji hangpa meakili syarikat maka sebarang kecerderaan contohnya dikala main bola sepak dalam pertandingan itu hangpa di bentes lalu patahla kaki hangpa maka ianya dikira bencana kerja kerana hangpa mewakili nama pihak majikan hangpa maka ianya boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso...itu baru masuk bab sukan hehehehe..kalau dah namanya pertandingan mesti ada jadual pertandingan kan kan kan maka hangpa lampirkan lah sekali dengan borang kemalangan tu...ehem ehem ni contoh senarai nama peserta yang terlibat hehehe sekadar contoh lalala


5.Jika sekiranya pihak syarikat anjurkan kursus..tak kirala kursus motovasi ke kursus apa ke hehehehe er er jangan kursus kahwin sudah!!! lalalalala..woit jika sekiranya dalam modul kursus itu ada latihan hangpa kena panjat pokok kelapa dan perlu memetik buah kelapa maka sekiranya dalam masa hangpa dok panjat pokok kelapa itu tiba2 hangpa jatuh lalu patah kaki atau patah tangan atau patah tengkuk hahahaha hangpa boleh buat tuntutan dengan pihak perkeso kerana ianya juga adalah bencana kerja yakni program panjat pokok kelapa itu ada dalam modul latihan/kursus yang hangpa ikuti hehehehe lalalala yang aku cakap ni serius beb betul belaka itu sekadar contohla hehehe ada jugak program kurus kepimpinan syarikat yang dalam moodulnya kena main paintball jadi bilamana main benda ni adala kes yang aku siasat lari dari di tembak paintall lalu jatuh kedalam longkang dan patah kaki pun ada beb..ini program felda mana yang anjur aku lupa hahahaha...maklumat aku sampaikan ni betul woooo bukan main2 kalau salah maklumat nanti bos aku kompem marah aku bagi maklumat yang salah wakakakakakaka...blog aku dipantau oleh bos2 beb hangpa jangan memain wakakakaka lalalalala..ohhh ye untuk buktikan adanya program atau aktiviti atau modul latihan kurusus itu maka hanpa semasa hendak hantar tuntutan pada pihak perkeso hangpa lampirkan la senarai aktiviti yang hangpa lakukan dalam masa kursus itu..ala photostat aje tentatif aktiviti itu kan senang hehehehe lalalalala..er er ni lagi contoh hehehehe

sekadar contoh nak isi dalam borang tuntutan kemalangan hehehe


6.Aku cakap kat atas semua betul tu hangpa jangan kata aku main2 plak hehehehe...dan jika masa anda ikuti program atau permainan itu ada puch kad maka photostatla puch kad itu macam biasala..itu pun nak ne habaq ka hahahaha..ohhhh ye jika kemalangan semasa nak hadir kurus juga sudah tentu ianya juga bencana kerja itu sudah jelas hehehe..bab2 kemalangan semasa kerja dan cara tuntutannnya dengan pihak perkkeso aku dah post kat blog ni tak lama dulu so hangpa cari sendiri dengan penuh sabaq kompem akan jumpa hahahaha..

7.OK la cukup setakat ni sahaja untuk kali ni aku nak tengok bola sat hahahaha..ini baru mukadimah hahahaha secara ringkas aje ni nak panjang lagi nanti aku buat karangan lain kalilah..aku sendiri pun kadangkala pening nak baca apa yang aku tulis wakakakakka harap hangpa faham lah..tak faham tanyalah bukan ne bayaq pun ehhhhh..layan bola dulu beb..wo wo wo sebelum terlupa nak claim perkeso macam biasal la beb sekurang kurang 4 hari cuti sakit hehehe yang dihantar tu cuti sakit asal bukan yang di photostat..hantar semua yang aku habaq kat atas tadi beserta borang laporan kemalangan (borang 21) borang 10,rekod kedatangan,slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan,jika melibatkan jalan raya  perlu laporan polis dan peta lakar...tu jangan lupa benda basic dalam nak buat tuntutan dengan perkeso...pe pun hangpa cari la kat blog aku ni dah aku tulis berkenaan tuntutan dan cara nak buat maka cari sendirilah..wasalam


3 ulasan:

  1. assalamualaikum,

    sebaik2nya tuntutan boleh dibuat pada waktu bila..?maksud saya selepas habis tempoh MC atau dalam waktu MC kita boleh membuat tuntutan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam dapat 4 Hari MC saudara boleh terus buat tuntutan

      Padam
  2. assalamualaikum

    tumpang tanya..kalau tuntutan hilang upaya sementara telah berjaya dan telah mendapat cek dari perkeso tetapi masih ada mc lg..mcmana hendak buat tuntutan..?adakah akan melalui proses yang sama seperti yang pertama dulu..?

    TQ

    BalasPadam