Isnin, 19 Jun 2023

BANTU ISTERI KAKITANGAN CARUM SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH SYARIKAT KONSORTIUM E MUTIARA MAJIKAN PRIHATIN!

1.Konsortium E Mutiara selangkah ke depan dalam menjaga kebajikan Isteri kakitangan mereka,lain dari yang lain tindakan majikan ini, apa tidaknya majikan ini sanggup mendahului duit ringgit mereka semata-mata untuk mempastikan Isteri kakitangan syarikat tersebut di carum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO. Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dilancarkan pada 1 Disember 2022 khas untuk melindungi golongan Suri Rumah dari Bencana Domestik yang menyediakan pelbagai faedah kepada golongan Suri Rumah.
2.Tidak banyak majikan yang sanggup menganjurkan majlis penerangan khas Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada kakitangannya khusus kakitangan yang terdiri dari Pemandu Bas Ekspress mereka khas untuk memberi penerangan sedalam-dalamnya agar pemandu bas mereka mencarum isteri mereka dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ini..wahh terbaik Konsortium E Mutiara!Tahniah Boss dan kakitangan mereka yang betul-betul cakna akan kebajikan Suri Rumah mereka.
3.Sehingga artikel ini ditulis seramai 42 orang Isteri Pemandu Bas Ekspress Konsortium E Mutiara telah di carum oleh suami mereka sendiri dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dengan bayaran RM120 setahun. Adalah amat diharapkan langkah pro aktif Syarikat Konsortium E Mutiara ini dapat di contohi syarikat-syarikat lain yang turut bukan sahaja menjaga kebajikan pekerja mereka bahkan mengambik cakna menjaga juga kebajikan Suri Rumah kakitangan mereka dengan mengambil inisiatif menaja atau mendahului bayaran caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah untuk Suri Rumah(isteri)kakitangan syarikat mereka. Cara pendaftarana amatlah mudah sama ada boleh terus berkunjung ke mana-mana cawangan PERKESO terdekat atau terus mendaftar secara atas talian.

klik pautan ini untuk mendaftar Skim Keselamatan Suri Rumah :)

Ahad, 11 Jun 2023

JOM REBUT PELUANG SERTAI PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO 3.0!

1.PERKESO sebagai peneraju Keselamatan Sosial yang unggul sekali lagi menunjukkan keprihatinan Organisasi tersebut kepada para Pencarumnya yang layak dengan menlancarkan kembali Program Saringan Kesihatan PERKESO 3.0 dengan matlamat sepertimana program saringan kesihatan 1.0 yang lalu iaitu bagi membuat pengesanan awal penyakit TIDAK BEJANGKIT (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan sakit jantung. Program Saringan 3.0 PERKESO ini bermula 16 Mei 2023 hingga 31 Disember 2023.

 2.Pencarum PERKESO yang berumur 40 tahun hingga 59 tahun serta aktif mencarum sekurangnya-kuranya 1 caruman dalam tahun semasa dan caruman terkumpul sebanyak 12 bulan di mana-mana tahun caruman dibawah Skim Keilatan sewajarnya merebut peluang keemasan untuk menyertai Program Saringan Kesihatan (HSP)PERKESO 3.0 dan ia PERCUMA!Tapi itulah kadang-kala bila sesuatu itu PERCUMA kita pula yang lalai tidak mahu mengambil kesempatan atas peluang terhidang ini.

3.Jika dulunya Program saringan Kesihatan PERKESO ini dilakukan dengan pencarum diberi baucer saringan namun kini tidak lagi.Pencarum yang telah menjalani Saringan Kesiahtan HSP 1.0 dan 2.0 boleh menjalani Saringan Kesihatan 3.0 ini namun bukan lagi mengunakan Baucer Saringan PERKESO, sebaliknya mereka hanya perlu muat turun aplikasi  SEHATi untuk membuat semakan kelayakan saringan, tetapkan temujanji saringan kesihatan dan menyemak keputusan saringan kesihatan, cukup mudah sekali dan sudah tentunya kalian tidak mempunyai apa-apa alasan lagi untuk tidak menyertai Program Saringan Kesihatan 3.0 PERKESO ini.

4.Apa yang diperiksa semasa Program Saringan Kesihatan ni? melalui Program Saringan Kesihatan 3.0 ini pencarum yang menyertai program saringan kesihatan akan di periksa ful blood count (FBC),HBA1c, fasting lipid Profile, renal Profile, liver Function test, Tumor Marker (CEA & AFP) Urine FEME dan istimewa untuk golongan wanita dalah Pemeriksaan pap smear dan Mamogram!Jom tunggu apa lagi muat turun aplikasi SEHATI dan semak kelayakan anda!!!

https://apps.apple.com/my/app/sehati-app/id1619744029?platform=iphone

https://play.google.com/store/apps/details?id=io.sehati

Khamis, 8 Jun 2023

SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH MASIH LAGI BELUM MENAMBAT HATI SURI RUMAH

 1.Sejak diperkenalkan kepada umum pada 1 Disember 2022, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) agak kurang mendapat tempat dihati golongan wanita dinegara ini buat ketika ini waima caruman Skim perlindungan domestik untuk suri rumah itu hanya RM 120 setahun iaitu RM10 sebulan. Pun begitu malang sekali skim perlindungan dari bencana domestik yang digarap sebegitu baik untuk melindungi golongan wanita kurang mendapat tempat dihati golongan tersebut berkemungkinan mereka masih lagi tidak terbuka untuk menyertai dan mencarum dalam skim ini ataupun tidak tertarik dengan skim ini lantaran telah ada insuran pelindungan peribadi atau masih belum berpuas hati dengan faedah yang ditawarkan dalam skim tersebut.

2.Maka terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan kerna skim yang ditadbir oleh PERKESO ini bersifat sukarela dan bukan bersifat skim yang wajib dari segi perundanganya, dengan kata mudah nak carum tak apa tak nak carum pun tak apa kalau carum amatlah baik untuk perlindungan dari bencana domestik seperti mendapat bencana ketika membuat kerja rumah dan bencana yang berkaiatan dengan tugasan suri rumah!

3.Kebanyakkan kes tuntutan dari waris Suri Rumah Berinsurans (SRB) adalah terdiri dari Suri Rumah yang dicarum dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dimana datanya terdiri daripada golongan Suri Rumah B40 dari I Suri yang belum mencapai umur 55 tahun sahaja! golongan ini dibiaya caruman selama setahun bermula 1 Disember 2022 dengan caruman RM120 setahun dan sejumlah besar dari mereka yang dicarum pihak Kerajaan ini ada hyang telah maklum dan ada yang belum tahu lagi mereka sebenarnya dilindungi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan tidak hairanlah apabila berlaku kematian Suri Rumah yang dicarum, waris terkejut bila dikunjungi Pegawai PERKESO untuk membantu membuat tuntutan, bagusnya waris akan dibantu sehingga tuntutan Suri Rumah Berinsurans ini selesai!

4.Golongan suri rumah yang berminat untuk mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah bolehlah klik link https://suri.perkeso.gov.my/ antara syaratnya mestilah ia golongan wanita yang belum mencapai umur 55 tahun  tanpa mengira status sama ada telah berkahwin, belum berkahwin atau ibu tunggal sekalipun layak mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.



Rabu, 12 Januari 2022

Masih lagi setia mengajar Majikan menggunakan Portal Assist gaiss!

 

1.Perkeso telah pun mengunakan kaedah pembayaran caruman dalam talian 'online' melalui Portal Assist secara rasminya pada Januari 2018. Setelah beberapa tahun mengunakan Portal Assist, Namun masih ada lagi kalangan Majikan masih lagi 'terkial-kial' dalam mengunakan Portal pembayaran caruman Perkeso tersebut. Jujurnya kebanyakan majikan yang terletak di luar bandar dan juga majikan 'berumur' mempunyai sedikit masalah dalam mengunakan Portal assist ini. Yup saya perhatikan mereka seringkali gagal dalam membuat ACR dan ECR walaupun berulang kali diajar..mungkin sebab dah terbiasa hadir ke Kaunter maka mereka lebih senang biarkan mereka dilayan petugas kaunter untuk membantu buatkan ACR dan ECR dan membantu klik itu dan klik ini untuk selesaikan pembayaran caruman melalui Portal assist. Begitu juga wujud masalah apabila majikan hendak mendaftar pekerja baru dan juga untuk memadam nama pekerja yang telah berhenti, sebenarnya untuk memadam nama pekerja dan menambah pekerja baru cukupla mudah,kebayakaan step/langkah yang dibuat majikan telah betul cumanya dibuat separuh jalan itu sebabnya nama-nama yang hendak dipadam atau ditambah tidak 'menjadi' sebabnya step tidak selesai sepenuhnya.

2.Saya lebih suka mengajar mereka secara praktikal sehingga mereka pandai baru boleh tinggalkan kaunter! kita perhatikan mereka klik mengikut langkah-langkah yang diajar Inshallah lama-lama mereka akan pandai!dari kebanyakkan majikan yang pernah saya ajar Alhamdulilah bulan berikutnya tidak akan hadir lagi ke kaunter..hahaha itu bermakna mereka telah pandai dan mungkin telah mahir mengunakan Portal assist!

3.Namun sejak musim pandemik Covid 19 ini, proses tunjuk ajar dalam Pengunaan Portal assist secara bersemuka untuk majikan yang ingin belajarnya secara bersemuka dilakukan secara penuh berhati-hati dan SOP yang ketat..mahu taknya..agak sukar nak jarakkan diri dari majikan dalam proses mengajar beb,takkan nak duduk jarak 1 meter ke 2 meter nak ajar depa macam mana? tapi kami tetap sedaya upaya mengambil langkah-langkah terbaik untuk mengelakkan dari penyebaran Covid 19 dari berlaku di kalangan petugas Kaunter!


Khamis, 6 Januari 2022

Santuni Waris OB ::Team Kaunter PERKESO Kota Bharu Meneruskan Tradisinya


1.Gais sebenarnya untuk menjadi orang baik-baik tidak memerlukan kilauan lensa kamera berpuluh-puluh didepan mata barulah baik hehe, apatah lagi dengan deretan catatan didada-dada akhbar pada saban minggu, memadailah dengan usaha kecil yang kita lakukan impaknya dapat dirasi dan menenangkan jiwa itu lah sebaik-baiknya :)

2.Setiap hari ketika menjalankan tugas hakiki dengan berhadapan dengan ratusan pelanggan pada setiap hari juga ia satu jihad yang sudah pasti menjadikan kita 'orang baik-baik' jika kita melayan pelanggan itu dengan sebaiknya lebih dari hakiki kita.
3.Apabila sebut pasal pelanggan teringat saya satu kejadian minggu lalu seorang pelanggan telah hadir ke kaunter kami dengan keadaan dalam kesusahan,beliau tinggal di sebuah kampung di Palekbang,kampung Sungai Pinang kalau tak silap saya. Semasa beliau hadir staff saya melayannya,dari perbualan bersama staff kaunter tadi rupa-rupanya beliau baru kematian suami,beliau pula tidak sihat kerana serangan strok dan mata yang kabur penglihatannya,mempunyai anak yang berstatus 'orang kelainan upaya'yang tidak mampu berjalan, dan itulah satu-satunya anak beliau. Untuk hadir ke kaunter kami beliau tiada kenderaan dan terpaksa menyewa kereta sewa katanya RM80 untuk hadir ke pejabat kami di Kota Bharu.

4.Sebelum arwah suaminya meninggal dunia,arwah suaminya sempat berpesan agar ke pejabat PERKESO Kota Bharu jika beliau meninggal dunia,maka seperti wasiat suaminya apabila suami meninggal beliau terus hadir ke pejabat PERKESO Kota Bharu dalam sedikit kesusahan untuk menunaikan wasiat suaminya agar hadir ke pejabat PERKESO KOta BHaru jika beliau meninggal dunia.Alhamdulilah staff kaunter melayan dengan sebaik-baiknya semakan kelayakan dibuat dan alhamdulilah caruman suaminya layak Pencen Penakat Syukur Alhamdulilah.Kami lengkapkan segera borang berkaitan dan membantu apa yang perlu.
5.Hari ni Khamis,sebaik habis waktu bekerja kami team Kaunter PERKESO KOta Bharu berkunjung ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang, dimana rumah yang didiaminya adalah rumah abang beliau,beliau tiada rumah. Kami namakan lawatan ini sebagai Program Menyantuni Waris OB (Orang Berinsurans)Kaunter PERKESO Kota Bharu dengan berbekalkan kutipan derma Ikhlas kakitangan Kaunter PERKESO Kota Bharu itu sendiri, kami bawa sedikit bekalan makanan dan sumbangan wang saku hasil kutipan antara kami Inshallah rasanya cukup untuk buat makan2 dikala menunggu Pencen Penakat masuk. Alhamdulilah bayaran Pengurusan Jenazah juga telah pun di kreditkan ke akaun beliau syukur Alhamdulilah,terima aksih Unit faedah dan team Kewangan Perkeso KOta BHaru.Hehe dan akhirnya hari ini terukir juga sebuah senyuman bercampur terharu diraut wajahnya..Alhamdulilah kami akan teruskan Program sebegini sepertimana seperti tahun sebelumya.Ini CSR cara kami!



Jumaat, 31 Disember 2021

Sampah buang merata gais!

 

1.Esok kita dah tahun baru 2022 cepatnya masa berlalu. Semoga tahun baru memberi 1001 kebaikkan Inshallah. Semoga tahun baru ini memberi azam untuk kita berubah ke arah lebih baik dari segi segenap segi..elok sangatla tinggal yang buruk-buruk jangan dibawa ke tahun baru.

2.Dalam sehari dua ni saja aku dok perhatikan kawasan buangan sampah sebuah taman Perumahan di Pasir Mas ni,elok sangat pihak Majlis Daerah Pasir Mas dah letak kan punyer la besar tong untuk pembuangan sampah namun tabiat buang sampah ikut suka dan sesedap rasa segelintir manusia ni mengundang sakit mata orang ramai. Sampah dibuang sesuka hati diluar tong yang disediakan..jadah sungguh. Sampah main tabur sesuka hati..tidak pelik banyak kali Nota amaran ditinggalkan agar mereka-mereka ini buang sampah di tempat yang betu namun pemikiran kolot dan sakit jiwa tetap mengulangi mungkin bertambah seronok untuk mengulanginya..

3.Hmm hari ni pun sama hahaha sahaja pusing pagi..ada sampah juga diletakkan diluar tong..pusing tengahari hahaha nahhh mesin basuh plak gaiss hahaha syaitonnn betul hahaha..




Khamis, 23 Disember 2021

TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO/PENCEN PERKESO TAHUN 2022

Gais pihak PERKESO telah mengeluarkan jadual tarikh-tarikh bayaran Pencen PERKESO/bayaran berkala faedah PERKESO bagi tahun 2022..sila klik link dibawah ni gais :)

klik link jadual bayaran pencen perkeso tahun 2022