Khamis, 14 Mac 2013

Jemputan untuk sertai Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2013





Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2013 .
PENGENALAN
1.Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2013 dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang di dalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.


2.Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.
KATEGORI ANUGERAH
1.Anugerah adalah terbuka bagi penyertaan kepada pelbagai industri di Malaysia. Terdapat lima (5) kategori utama yang diberikan kepada organisasi yang menunjukkan rekod pencapaian yang cemerlang dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kategori anugerah adalah seperti berikut :-
 i.Kategori Tempat Kerja
 ii.Kategori Tokoh (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
 iii.Kategori Media
 iv.Kategori Wartawan
 v.Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Sila kemukakan borang penyertaan dan dokumen sokongan kepada :-
Setiausaha,
Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
(Kementerian Sumber Manusia)
d/a Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Aras 4, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 WP Putrajaya.
(T): +603-88865000
(F): +603-88892354


Semua borang penyertaan dan dokumen sokongan hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2013. (tertakluk kepada pindaan).
Sekiranya ada kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai berikut:
 En. Pavintheran a/l Kandasamy (03-88865265 / pavin@mohr.gov.my )
 Pn. Nurul Hamizah bt Baharan (03-88865264 / nhamizah@mohr.gov.my )
 En. Suhaidy bin Latip (03-88711321 / suhaidy@mohr.gov.my )
 En. Lee Kem Seng (03-88865271 / kslee@mohr.gov.my )
 Pn. Nor Azzura bt Saari (03-88865000 samb 5696 / norazzura@mohr.gov.my )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan