Selasa, 12 Mac 2013

Majlis Pelancaran 1Malaysia Support For Housewives (1MS4HW)


1.10 Mac lalu bertempat di dewan Tunku Ibrahim Ismail telah selamat diadakan Majlis Pelancaran 1Malaysia Support For Housewives (1MS4HW) ia adalah sebahagian dari program National Blue Ocean Strategy 7.

2.Tujuan majlis ini iaitu, Majlis pelancaran 1Malaysia Support For Housewives diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat sekeliling mengenai objektif serta halatuju program itu, iaitu:

i.Mewujudkan peluang pekerjaan di rumah bagi menambah pendapatan isi rumah dan membantu memperbaiki taraf hidup keluarga.
ii.Menyediakan keselamatan sosial, untuk suri rumah bagi mengurus kehidupan mereka dan keluarga.


3.Majlis di rasmikan oleh YB Senator Dato Maznah bt Mazlan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia ..Majlis ini berjalan lancar dengan dihadiri lebih 5 ribu pengunjung..dengan pelbagai gerai2 pameran dari pelbagai agensi ..


-->
4.Kementerian Sumber Manusia menyasarkan lebih 90,000 suri rumah akan mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan dari rumah tahun ini menerusi penglibatan dalam program '1Malaysia Support For Housewives'.Timbalan Menterinya Datuk Maznah Mazlan berkata program diperkenalkan kerajaan menerusi strategi lautan biru itu bertujuan menjana pendapatan tambahan kepada golongan terbabit dan memperbaiki ekonomi keluarga mereka.

5."Tahun lepas, lebih 110,000 suri rumah termasuk ibu tunggal dan orang kurang upaya melibatkan diri dalam 10 program di bawah '1Malaysia Support For Housewives'."Kesemua mereka yang membuat pekerjaan tetap dan sambilan berjaya memperoleh pendapatan antara RM600 hingga RM2,500 sebulan. Jadi untuk tahun ini kita sasarkan lebih 90,000 golongan itu mendapat manfaat yang sama," katanya.Maznah bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program '1Malaysia Support For Housewives' peringkat kebangsaan, di sini, Ahad.
6.'1Malaysia Support For Housewives' diperkenalkan sejak Julai tahun lepas berikutan terdapat suri rumah yang berhasrat keluar bekerja bagi menambah pendapatan tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana menjaga anak dan menguruskan keluarga.Maznah berkata, "Mengikut statistik, terdapat 9.57 juta golongan wanita di negara ini yang berumur 15 hingga 64 tahun. Seramai 4.98 juta daripada mereka berada di luar pasaran tenaga kerja dengan sebahagian besarnya iaitu 3.37 juta terlibat dengan kerja rumah yang dikategorikan sebagai suri rumah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan