Khamis, 5 Februari 2015

Geng Rondaan SRS@mereka korbankan masa tenaga dan wang ringgit untuk keselamatan kalian

 
1.Malam tadi sempat jugak aku join mesyuarat geng SRS Impiana Casa..alhamdulilah banyak jugak yang dibincangkan..mudah-mudahan ia membawa kejayaan di kemudian harinya.walau pun banyak yang aku nak perkatakan tetapi buat sementara waktu cukup sekadar memerhati aje dulu hahaha..takpe aku suka bergerak dari belakang memberi sokongan pada rakan2 seperjuangan..aku pun busy yang amat..cukup jadi tenaga sokongan di belakang tabir dah cukup bagus dah tu...hahaha sekurang kurangnya join SRS Impiana Casa ni aku banyak beroleh manfaat..leh jaga keamanan dan keselamatan taman perumahan..boleh juga berkenalan dengan ramai kawan2 alhamdulilah itu sudah cukup2 baik..Alhamdulilah seronok join depa ni..pada yang belum join SRS Impiana Casa mai la kita sama sama bersatu tenaga menjaga kawasan taman perumahan kita geng...jika kita tidak menjaganya siapa lagi???takkan kita seronok aje tengok orang lian siang dan malam menjaga keselamatan taman hangpa plak duk bersenang lenang didalam rumah??hahaha fikir2 la sendiri..


2.Oh ya..banyak juga pengorbanan dari segi masa,wang ringgit,tenaga dan sebagainya yang di korbankan oleh geng2 SRS ni demi untuk menjaga keselamatan penghuni taman ni..depa sanggup bersengkang mata sampai jam 5 pagi dikala kalian sedang nyeyak tidur tanpa bayaran satu sen pun...sukarela geng..diulangi sukarela.Dikala kalian tidur lena..mereka inilah meronda dalam kesejukan malam dibasahi embun semata mata untuk mempastikan kediaman kalian tidak dicerobohi anasir jahat..mereka juga tidak berkira perihal masa dan wang ringgit untuk mengekalkan operasi rondaan malam...motorsikal mau masuk minya baru leh gerak maaaaaa..itu motorsikal bukan guna air maaaa hahaha.
 
 
3.Cuma satu aje kalau la hang pa tak nak join SRS atau tak suka SRS sebab lebih suka hidup cara sendiri sendiri lebih suka hidup berkurung dalam rumah janganla bersikap kacang lupakan kulit janganlah bersikap tidak tahu berterima kasih langsung...lantak hangpa lah..sekurang kurangnya berikanlah kerjasama...perlahankan lah kenderaan kalian jika melalui pos kawalan SRS tak payah dok pecut laju2 lah..hahaha bukan hangpa dapat apa pun hahaha.seelok eloknya buka lah lampu belakang rumah senang anggta kami nak lihat kot2 ada penceroboh berkeliaran di belakang rumah..mana la tahu kan kan..tok sah duk kedekut sangat nak buka lampu di belakang rumah...kasi terang itu belakang rumah maaa
 
 
4.Hahaha panjang lebar plak dah bebel aku hari ni wakakakaka..waktu kerja aku siasat pelbagai kes kemalangan..waktu malam korban masa jaga keselamtan taman geng..tu pun setakat termampu wakakakaka lau penat aku ponteng jugak ehhh :) akan tetapi ramai kawan2 SRS yang lain masih teguh berdiri memberi dan mencurahkan bakti dengan ikhlas tanpa menharapkan apa2 dari kalian.
 
 

2 ulasan:

  1. salam tuan...geng SRS awak mmg terbaik....TAHNIAH!!!!..

    BalasPadam