Rabu, 4 Februari 2015

Siasat kes kemalangan macam biasa hari ni :)

 
1.Hari ni aku siasat 3 kes kemalangan jalan raya berkaitan tuntutan dengan pihak perkeso..dua kes kemalangan jalan raya yang aku siasat biasa aje tahap kecederaannya stakat retak dan patah tu perkara biasa dalam kemalangan jalan raya dan satu kes melibatkan kematian..bilamana kes itu melibatkan kematian semasa dalam perjalanan balik kerja maka sudah pastilah kes itu akan diklasifikasikan sebagai bencana kerja dan faedah Orang tangungan (FOT) akan dibayar pada waris untuk sepanjang hayatnya hehehe..tu aku malas dan nak citer apa itu FOT sebab dah acap kali dah dok cerita benda tu..carila dalam blog aku ni ada banyak berkenaan FOT...pencen FOT tinggi beb..
 
 
2.Apa yang aku nak cakapkan hari ni ialah berkenaan kes kejadian kemalangan semasa balik kerja yang menyebabkan kematian...kes kemalangan melibatkan kematian semasa balik kerja makin hari semakin meningkat..dalam kes yang aku siasat hari ni melibatkan seorang pekerja kilang Kimberly clark kluang yang dirempuh sebuah motorsikal ketika arwah turun dari Van kilang dan hendak melintas jalan ke tempat suaminya yang sedia menunggu untuk bawa balik ke rumahnya...booom dilanggar terpelanting jatuh diatas jalan...terus meninggal dunia didepan suaminya...sedih kes ni geng...satu aje nak pesan lintas jalan tengok kiri dan kanan geng...betul bila kemalangan berlaku dan melibatkan kematian maka pencen perkeso FOT akan kita bayar kepada waris seumur hidup..jika suami mati maka pencen jatuh pada isteri begitulah sebalikny..sedih la geng...tiap2 hari ade aje kes sebegini...tiap2 hari plak tu aku dok siasat kes kemalangan..tak tahu bila la nak kurang..
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan