Sabtu, 17 September 2011

3 rakyat Malaysia antara terbunuh serangan bom di Golok

KOTA BAHARU 17 Sept. - Seorang kanak-kanak antara tiga rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian tiga letupan bom di Sungai Golok, Selatan Thailand malam semalam.

Mereka ialah Wong Heng Yep, 65, dan cucunya Wong Kai Sen, 3, serta Fong Too Keh, 45.

Heng Yep dan cucunya berasal dari Jalan Hamzah di sini manakala Too Keh berasal dari Kuantan, Pahang.

Heng Yep dan cucu itu difahamkan berada di Sungai Golok bersama keluarganya sejak petang semalam manakala Too Keh datang bersama abang dan rakannya.

Menurut laporan pihak berkuasa Thailand, seorang lagi yang terbunuh dilaporkan sebagai seorang sukarelawan rakyat negara itu yang berusia 38 tahun.

Letupan berkenaan turut mencederakan kira-kira 60 orang lain termasuk 19 rakyat Malaysia manakala dua rakyat negara ini dilaporkan dalam keadaan parah dan dirawat di Hospital Yala. - Bernama

kueh teaw thai@warung sejahtera best



1.Lanjutan post terdahulu lau dah sentuh bab makan aku sambung la perhabih dulu bab makan..adapun bab makan dan memakan ni sejak berkurun lamanya aku leh dikatan johan hahahaha..di tambah plak dengan sambutan hari raya belum lagi berakhir..sana sini de aje rumah terbuka dan separuh terbuka..

2.Dalam sehari dua ni aku tak menang tangan duk isi perut kat umah terbuka kawan2..terbuka semua dan separuh terbuka hahahaha..hm aku pun buat gak la tapiii bab2 jamuan ni x larat nak buat besar2 anak2 aku kecik lagi so xsempat tangan nak masak beb..aku main tempah je lah!


3.Opsss sambung semula bab makan kat warung sejahtera yang aku nak citer ni..er kat warung sejahtera kat kluang ni aku cukup suka makans arapan pagi..dek sebab aku duk dekat sempadam siam maka aku memangd ah biasa dengan tempias makanan sana..time aku balik kampung dulu time raya tak sempat aku nak bedal mee celup dan seangkatan dengannya lalu balik kluang aku balas dendam hahahaha aku tibai mee thai dan kueh teow thai kat warung sejahtera kluang..hahaha depa ni bubuh je mme thai n kueh teow thai nak komersial padahal di kelate depa panggil mee celuk joh eh ...sedapppp wooooooo


4.Dek kerna aku bawak 2 tentera kecil dan mejar jeneral kecik maka sebelum aku bantai kueh teow thai nak ne jugak la aku pi kat macdonald dulu beli bekalan bubur nasi kukuikui lau x dak bubur nasi nanti 2 tentera aku ni akan bikin rinuh rendah kacau aku nyer selera kueh teow thai muhahahahahaha..

kedai selesa gak la untuk taraf datuk macam aku ni kakakakakakaka



5.Opsss yang bestnya aku punyer citarasa sama dengan aku nyer orang rumah...so senangla nak bantai.. pe yang aku makan orang rumah@rumah orang pun bantai sama kakakakaka...

6.Adehhh penat sebenarnya hari ni duk melayan orang mai aku nyer separa Open House..kakakaka dapat kelayakan separa je weiiii hahahahahaha..lembaga Akreditasi x lulus buat full open house kakakakakakakaka

Khamis, 15 September 2011

Wak tunot dan Nasi lemak kambing@abang kambing


1.Dulu semasa mula2 aku datang kat johor,aku cukup xsuka pada soto dan seangkatan dengannya..xkirala mee soto ka bihun soto ka laksam soto ka kabutar soto ka..pa2 je lah berkaitan soto hahahaha..namun ada senior aku haji tumin namanya..kini beliau dah pencen pun..dialah yang mula2 paksa aku makan soto dan keluarga soto yang lain huh!paksa makan je la beb dia belanja kakakaka..tempatnya kat warung wak tunot kampung tengah...seingat aku Awal 2005..maka bermula detik tu lah aku mula suka soto hahahaha..ceh nak kata ketagih soto tu tak la jugak hahaha tapi tiap2 minggu terutama hari minggu aku pasti kena bantai mee soto beb..


2.Sebut pasai mee soto dan anak beranak soto yang lain aku kat kluang ni xmakan kat tempat lain dah selain kat warung wak tunot kat kampung tengah tu hah ni Haji Tumin Sarwe la punye pasai hahaha...dari bujang hinggalah kini dah de 2 humaira aku tetap lepak kat sini setiap hari minggu..belasah mee soto..hobi gila belasah mee soto ni aku kongsi kan dengan wife aku dan 2 humaira tadi hahahaha depa pun macam aku gak adeiii satu kapal beb!time belasah mee soto semua diam hahahahaha..


3.Aku xde la syer tau saham dalam wak tunok enterprise ni hah, de pertalian darah jauh sekali muhahahaha xde bau2 bacan pun eh.. but aku bangga dengan warung dan IKS wak tunot ni..peh hebat beb.. makanan dan kuih muih kat sini memang best beb..kat depan de warung yang tempatt aku suka lepak tu dan kat belakang plak de kilang IKS milik wak tunot enterprise ni hah..macam2 depa hasilkan..yang popular gak rempeyeknya la sampai di eksport ke UK wooooo..


4.Dulu wak tunot Enterprise ni majikan tegar gak la hahaha hampeh tak daftar dengan perkeso...sehinggalah pada satu hari aku hentam depa dekat 1 jam dalam bilik Duty aku..mulanya aku tak sangka langsung rupanya setelah sekian lama beroperasi dan makan disitu aku ingatkan depa dah daftar..rupa-rupanya belum adeiiiii sengal! Marah sungguh aku hari tu! kedua dua pemilik suami isteri aku call datang pejabat so depa datang...dekat 1 jam aku berleter...dan mereka minta maaf dan mula daftar dengan perkeso!lau tak silap aku la pucat gak la dua orang ni..aku geram time tu je...peristiwa tu aku dah lupakan pun dek minit kat mee sotonya hahahaha..kini aku tengok carumanya tiada masalah..


5.Kini wak tunot makin maju..pekerjanya juga cukup mesra dengan anak bini aku..sikit sebanyak sejarah wak tunot yang aku tahu..Wak Tunot Enterprise diwujudkan berikutan minat Puan Hajjah Tulos Binti Haji Joyo kepada dunia perniagaan. Berteraskan pengalaman dan minat yang mendalam dalam bidang industri makanan tradisional maka beliau menceburi bidang ini dengan membuka bengkel kecil-kecilan dengan diberi nama Wak Tunot Enterprise.Wak Tunot Enterprise telah memulakan perniagaan pada tahun 2003. Wak Tunot memulakan perniagaan dengan memasarkan produk-produk makanan ringan seperti rempeyek, biskut, pelbagai jenis kek dan bahulu kepada penduduk sekitar kampung tengah dan kawasan-kawasan yang berdekatan bandar Kluang melalui kedai makannya@warungnya yang sedia ada.


5.Dengan perkembangan pesat dan permintaan yang bertambah dari masa ke semasa Wak Tunot Enterprise telah meluaskan perniagaan sehingga dapat membanggakan Puan Hajjah Tulos sehingga ke hari ini. Selain itu perkembangan syarikat Wak Tunot Enterprise adalah disebabkan bantuan dan nasihat dari pihak kerajaan seperti JABATAN PERTANIAN, FAMA, RISDA, MARA dan MARDI.


6.Wak Tunot Enterprise melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan terjamin bagi memenuhi kehendak pelanggan yang biasanya dari pihak kerajaan (JABATAN PERTANIAN, FAMA, RISDA, MARA dan MARDI), pengedar-pengedar dan individu-individu yang memerlukan produk tradisional bagi tujuan keramaian ataupun ekspo-ekspo yang dijalankan diseluruh negeri.
“BERSIH, BERMUTU, BERKUALITI DAN IDENTITI” adalah menjadi moto kekuatan Syarikat Wak Tunot Enterprise dalam dunia industri makanan tradisional. Selain itu jaringan dan hubungan yang baik di antara Puan Hajjah Tulos dengan setiap pelangganya tanpa mengira umur, pangkat ataupun bangsa telah membuatkan beliau dikenali oleh setiap pelangganya. Puan Hjh.Tulos juga lebih senang dikenali sebagai Kak Tunot.


7.Dengan pengeluaran pelbagai jenis produk seperti makanan ringan (rempeyek, tumpi, kapit, kuih ros, maruku dan kerepek) pelbagai jenis kek (pisang, pandan, coklat, marble, buah dan oren) biskut dan pelbagai jenis bahulu ianya pasti menjadi pilihan pelanggan yang menyukai produk-produk tradisional tanpa mengira musim. Melalui industri ini Wak Tunot telah memasarkan produk beliau ketahap yang boleh dibanggakan oleh orang bumiputera. Produk wak tunot juga telah menembusi pasaran Singapura, New Zealand, sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negeri Johor dengan bantuan pihak kerajaan (PERTANIAN, FAMA, RISDA dan MARDI) orang perseorangan (pengedar), jualan di pasar-pasar tani atau pasar malam serta jualan di premis Wak Tunot sendiri.

8.Hahaha panjang lebar cerita warung wak tunot kakaka mau taknye dah 7 thaun aku kat sini dok habis pagi minggu kat sini kuikuikui..hehehe member aku lagi la nak kahwin pun tempah putu kat sini hahaha


9.Opsssss de lagi warung sarapan yang aku suka beb...Nasi lemak kambing dekat warung persatuan melayu kluang tu hah alaaa warung yang kat jalan lambak tu hah..pehhhhhh nasi lemak kambing dia memang aku suka hahahaha..depa ni dah tau dah lau aku datang@nampak muka aku kompem depa kata abang kambing mai dah ..ceh cis bertuah betul..kot ye pun aku suka nasi lemak kambing xyah panggil aku abang kambinglah woooiiii hampeh tu kakakaka.


bangunan persatuan melayu kluang

10.Sebut pasai kambing ni manusia pun de perangai kambing...kambing ni de kala barangan bukan miliknya pun dia bantai hahaha habis sayur2 bunga2 jiran beliau pi makan hahahahahaha..manusia pun de perangai kambing sebegitu...kisahnya akan ku sampaikan bila masa dan tika yang sesuai hehehe..

ni plak kambing yang aku dan geng perkeso bantai dikala malam last berada di kem pasir panjang port dickson tempoh hari hehehe..latihan ala tentera 2 minggu beb...

Wajib Lulus B. Inggeris Dlm SPM: MAPIM Minta KPM Teliti Kesannya

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) meminta Kementerian Pelajaran meneliti secara terperinci kesan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris (BI) bagi melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sijil penuh.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Mapim tidak yakin bahawa syarat tersebut sahaja akan membolehkan negara bersaing di peringkat global dalam banyak bidang seperti perniagaan, pendidikan, politik dan penyelidikan.

"Dan jika alasan untuk memudahkan mendapat pekerjaan hanya dengan BI bermakna kementerian tidak lagi memberi perhatian mengukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam sektor swasta dan bahasa ini akan diperlekehkan.

"Dalam jangka masa panjang agenda meletakkan taraf penggunaan Bahasa Kebangsaan ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia perniagaan akan terus meleset," tegasnya.

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini Mohd Azmi berkata Mapim tidak menafikan pentingnya penguasaan BI, namun yang menjadi persoalan utama ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang masih lemah dan ia tidak ada kaitan dengan soal wajib lulus untuk mendapat sijil penuh.

Beliau berkata, penguasaan bahasa adalah pada teknik pengajaran dan bukannya terletak kepada wajib lulus atau tidak.

"Sehubungan itu Mapim bimbang jika syarat wajib lulus boleh menyebabkan seseorang itu tidak memperolehi sijil, maka seluruh peluangnya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan terjejas.

"Apakah hanya kerana tidak lulus BI pelajar terbabit tidak boleh mendapat sijil penuh SPM di samping menyekat peluangnya melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi," katanya.

Mohd Azmi berkata di samping itu pihak kementerian perlu terlebih dahulu mengatasi masalah tidak cukup guru BI terutama di kawasan luar bandar, dalam masa sama suatu alternatif hendaklah diambil untuk memastikan pelajar masih boleh menguasai BI dalam SPM tanpa menjadikannya syarat wajib lulus.

Beliau berkata, kementerian perlu menimbangkan bahawa penguasaan BI untuk mendapat kerja bagi setiap bekas pelajar harus dilihat secara menyeluruh terutama kesan kepada mengutamakan Bahasa Kebangsaan dalam sektor swasta.

Beliau juga berkata, penguasaan ilmu tidak boleh berlaku hanya melalui pengantar BI semata-mata, sebaliknya ilmu yang berkembang melalui bahasa lain seperti bahasa Arab, Jepun, China, Russia dan Perancis mempunyai kekuatan untuk berkembang maju. -BERNAMA

Rabu, 14 September 2011

keje dan raya


1.Pagi2 lagi hari ni aku masuk kilang Venus ceramic..dah banyak kali aku masuk kilang ni..adeiii kadang2 aku berangan angan gak nak memiliki kilang macam ni pehhh dia punyer pejabat macam banglo beb hahahaha tak macam pejabat biasa oooo..dengan kata taukeh nya tinggal kat atas pejabat yang macam banglo ni hah....peh..aku dah biasa siasat dan masuk kilang ni..g pun pegawai sumber manusia dia ms lim amat baik dengan aku..so senang keja aku la...

2.Aku kat sini lama la jugak..siasat kes keguguran, aku pun hairan gak macam ne dah 2 bulan dia xtau dia mengandung pelik gak la aku..aku tanya haid dia mai macam biasa hm hm sepatutnya kes macam ni nak ne pompuan yang siasat hahahaha namun kat opis aku mane de pegawai siasatan pompuan hahaha..rezeki aku la :)..jika keguguran masa keje nak ne tengok situasi macam ne..g pun keguguran ni berlaku time pekerja duk angkat batu marmar..ada la 20 kg berat dia...sian diaaaa
nanti de masa aku kan ulas panjang lebar bab keguguran semasa bekerja...de beza gugur biasa dengan keguguran kerna terdapat kemalangan bla ba bla nanti time tak penat aku citerla...

3.Kuar Kilang Venus ceramic aku masuk ladang pamol..dulu pamol la ni dah jadi milik IOI..lain benar dari pengurusan dulu...sempat gak la aku duk2 borak dengan staf depa ni banyak mengadu selepas diambil alih banyak birokrasi hahahaha biasala politik dalaman ladang pun ada maaaaa...Pamol research ni banyak penyelidikan yang dilakukan disini..

4.Ohhh ya sejak aku duk kuar siasat kes ni tak pernah lagi dapat makan kuih raya time raya macam ni...nak buat macam ne semua syarikat majikan cina yang punyer kakakakakakaka..mana mau de kuih raya maaaaa

5.Sebut pasal jamuan raya..yang depa duk kata marhaban tu hari ni kita orang serbu umah rakan sejawat aku...pegawai siasatan la jugak..kat kluang ni aku dengan dia je yangg buat siasatan kes..cepat ka lambat ka aku dengan kawan aku ni je yang buat..sory la beb aku ada tulang 4 kerat je...kes banyak menimbun...

bos unit kompaun HQ pun ada :)

dan lagi kekekekeke


ok la cukup tuk hari ni hehehehe

Selasa, 13 September 2011

Banyak kes aku siasat hari ni penat!hmm kat Kem PLKN aku hari ni

1.Hari ni aku siasat kes kat Kem PLKN padang Hijau..hm tak banyak citer yang nak aku kongsikan sebab hari ni aku siasat 6 kes..so aku teramat penat beb..aku ke sini siasat kes kematian Mohd Fadli yang mendapat liputan meluas media..so hari ni siasatanya telah selesai..layan je la gambar2 ni hah...de masa aku citerlah..

pintu masuk Kem PLKN Padang Hijau

dewan makan..luasla jugak



Ok lah beb nak rest la..tido ...sok keje lagi penat lum hilang beb..

Isnin, 12 September 2011

Usah sembunyi fakta sebenar..jika tak tahu bertanyalah broo


1.Hari ni aku ke mersing bersabit laporan berita harian bertarikh 9 september, yang mana melaporkan kesengsaraan yang dialami oleh bekas Ahli dewan pemuda PAS mersing, Azman Sabtu 37 tahun yang man beliau menetap di kampung bahagia mersing.Menurut laporan tersebut beliau telah dibantu oleh ketua pemuda UMNO mersing yang memberi bantuan kewangan dan kerusi Roda.Beliau juga mendakwa tidak pernah di kunjungi mana-mana pihak sebelum ini dan tidak dibantu mana-mana pihak.

2.Bertolak daripada laporan berita tersebut, aku dan my bos segera membuat siasatan dan didapati maklumat yang dilaporkan di dalam berita Harian Edisi johor bertarikh 9 september tersebut adalah tidak benar sama sekali!!!!!langsung tidak benar!Apa yang aku kesalkan kebenaran tidak dinyatakan dengan hakiki!!!!

3.Didalam loporan itu juga ada dinyatakan yang ketua pemuda UMNO mersing merasa kesian melihat Azman Sabtu yang lumpuh mengunakan kerusi roda yang buruk dan usang..juga tidak benar sama sekali!

4.Setelah siasatan dilakukan inilah yang sebetulnya!!!Azman sabtu bekas Ahli Jawatankuasa dewan pemuda PAS mersing telah kemalangan di luar waktu kerja di Endau..Namun Oleh kerana kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan itu begitu teruk yang menyebabkannya lumpuh dan tidak mampu bercakap, Oleh yang demikian pihak PERKESO Kluang telah merujuk kes ini ke Jemaah Doktor (JD)Hospital Kluang dan beliau telah disahkan menghidapi Keilatan lalu telah diberi Pencen Ilat seumur hidupnya yakni selagi menghidapi keilatan...dengan kata lain pencen secara bulanan!!!Bukan itu sahaja pihak PERKESO Kluang juga telah memberi Elaun layanan sentiasa (ELS) iatu satu Elaun Khas yang diberi kepada penjaga Azman Sabtu untuk menguruskannya dalam kehidupan harian!dengan jumlah pencen yang cukup besar dan ditambah elaun layanan sentisa maka tiada sebab beliau mendakwa tiada orang/agensi yang datang menjenguknya!!!!tak kan lah kita nak jenguk tiap2 hari beb!
hmm lepak jap kat rumah Azman sabtu..mana dia pi aku pun tak tahu..

5.Pihak PERKESO Kluang juga telah memberi kerusi ROda yang baru..Oleh itu saya cukup hairan kenapa beliau mengunakan yang buruk?????baru sahaja diberi tak kanlah dah buruk beb...Kami juga memberi lampin pakai buang secara berkala...tandas bergerak lagi tuuuuuu....Oleh yang demikian secara peribadi aku cukup kesal dengan laporan yang tidak berasas tersebut!

6.Pun begitu aku dan my bos pergi juga buat lawatan ke mersing lebih tepat lagi kerumah Azman sabtu pada hari ni juga sempat berjumpa wartawan yang menulis cerita tersebut...dan aku bagila sedikit sebanyak Info kat wartawan ni..nak tulis cerita kena ada etika beb...sekurang kurangnya dapat lah maklumat dari pihak kita dulu..jangan duk pakai sebelah pihak je brooo..wa pun de banyak kerja nak buat broooo

7.layan anak aku main gitar lagi best...dunia dunia..banyak sandiwara...mengambil kesempatan dalam kesempitan Insan lain..pehhh lagi tenang dapat layan kerenah anak2 aku ni
Nur Qaleesya humaira...

Nur Qaisara humaira..cool bebeh