Khamis, 22 September 2011
Gagal Daftar perusahaan dengan PERKESO dua Pengusaha Kantin Sekolah di Kluang di Hadap ke Mahkamah
1.Hari ni seawal jam 8.30 pagi aku dah berada di Mahkamah Majistret Kluang, hari ni tugas aku berlaian dari kebiasaan,kerna hari ni aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi pegawai pendakwa untuk 2 kes sebutan di Mahkamah Majistret Kluang. Macam biasala sebelum bawa kes ke mahkamah aku sebalah malamnya perlu study pe yang patut..sambil bantai domino pizaaaaaa
2.Kedua-dua kes yang aku dakwa hari ini melibatkan 2 Pengusaha kantin sekolah di kluang yang masing2 gagal untuk mendaftar dan secara tidak langsung gagal mencarum dengan PERKESO, adalah menjadi satu kesalahan besar jika sekiranya setiap apa jua perusahaan yang mempunyai pekarja warganegara malaysia yang gagal mendaftar perusahan dan membuat caruman pada Perkeso,dimana kesalahan itu dilakukan dibawah seksyen 4 Akta Keselamatan sosial Pekerja 1969 dan peraturan 10(3)peraturan-peraturan (AM)Keselamatan Sosial Pekerja 1971 dan bersabit melakukan kesalahan dibawah seksyen 94(g).Dibawah perunntukan hukumannya adalah didenda tidak lebih 10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali..
3.Kes pertama aku bawa hari ni melibatkan Pengusaha Kantin sekolah Menengah Teknik Kluang dimana dalam satu Operasi Khas"Ops Kantin sekolah" yang dilakukan pengusaha kantin ini telah didapati gagal mendaftar dengan perkeso lantas kompaun telah dikeluarkan serta merta,namun begitu dek sikap lepas tangan beliau dan menganggap pihak kami tidak serius maka hari ini aku mengajarnya dan memberi pengajaran bermakna padanya agar jangan pandang sebelah mata pada kami..nah hari ini buku bertemu ruas..menghadap majistret beb...jatuh hukum maka tertunduk layulah ia...tak banyak brooo baru RM600 beb..tapi rekod lu kat PPD Kluang kompem hitam la broooo masuk tender kantin lain kali agak2 susah nak dapat broooo..itu lu punyer silap brooo
inilah Orang Kena tuduh (OKT)pengusaha kantin sekolah kluang tersebut...aku cool je diapit oleh mereka hahahaha
4.Kes kedua aku dakwa hari ni juga di Mahkamah Majistret Kluang juga melibatkan Pengusaha Kantin sekolah,pengusaha kantin sekolah menengah Agama kerajaan Johor hahahahaha..lantak la kerajaan johorpunyer sekolah punyer kantin pun tak ikut peraturan kakakakaka..pengusaha kantin sekolah ni perempuan..ahhhh sian dia mengandung plak tu ..hm dah tangungjawab aku...pendakwaan diteruskan mengikut seksyen yang sama dan kesalahan yang sama dan Mahkamah menjatuhkan hukuman rm400 untuk kesahan tersebut setelah mengambil kira rayuan ala2 sedih yang dilakukannya..dan aku rasa selepas ini namanya juga tak berapa baik lagi di PPD Kluang..ini sememangnya akan memebri pengajaran bermakna bukan sahaja buat mereka yang telah didakwa namun pada masa yang sama buat pengajarn dan ikhtibar kepada pengusaha kantin sekolah yang lain2 yang masih belum berbuat demikian..ambil langkah segera sebelum terlambat.
5.Sayugia di ingatkan Operasi besar besaran menjejak kantin sekolah yang ingkar untuk mendaftar dengan perkeso akan terus dipergiatkan..dan AWAS untuk sekolah sekolah dalam jajahan PPD Kluang kerana senarai pengusaha-pengusaha kantin sekolah sekolah daerah Kluang telah berada di tangan kami melalui kerjasama pejabat pelajaran Daerah Kluang...tunggu nasib anda jika masih berkeras dan berdegil untuk tidak mendaftar perusahaan anda dengan kami...tunggulah kedatangan kami dengan berlapang dada hehehe..silap2 jumpa aku la kat Mahkamah nanti
Selasa, 20 September 2011
Pekan Paloh sama seperti dulu
1.Pekan Paloh tempat aku tuju hari ni, ada 3 kes nak settelkan disini,Pekan Paloh ni tak jauh dari rumah aku dalam 30 KM jugakla..sebut pasal pekan Paloh dulu jalan nak menuju ke sana melalui jalan niyor chamek agak teruk sangat, tapi kini semuanya telah baik dan selesa..dalam seminggu adala sekali aku kena turun ke Pekan Paloh ikut kepada kes yang aku dapatla..seandainya aku kerja kat sini aku lebih suka gunakan jalan niyor chamek sebab lebih cepatkan perjalanan..
2.Bagi mereka yang tak biasa ke Pekan Paloh, ianya pekan yang cukup kecil ala2 Pekan Koboi sahaja..nak kesana dari bandar Kluang hangpa Ikut Jalan Pasar Awam Kluang dan menuju ke Niyor dan akan melalui lintas pondok keretapi yang dikawal oleh pekerja tetap, dahulu untuk melalui pondok kawalan ini perlu membayar tol, sekarang tidak perlu bayar lagi..percuma!!!
3.Sebaik sampai niyor akan berjumpa pula pekan kecil chamek..jalan lurus je beb nanti jumpa satu lagi pos kawalan landasan keretapi, juga pada masa dahulu dikenakan tol untuk melaluinya namun sekarang inaya percuma..
4.Lepas pondok pengawal landasan keretapi chamek hangpa jalan je terus..jalan pun dah Ok dah tak macam dulu lagi..
jalan lagi nanti jumpa la central paloh bila jumpa central paloh makna nyer hangpa dah dekat nak sampai Pekan Paloh la tu..
Jalan lagii jumpa sekolah tamil so makna nyer dah semakin hampir sangatla dengan pekan paloh hehehe
lepas tu jalan sikit lagi ke depan hang kan jumpa pejabat Pos Paloh hehehe satu satunya pejabat Pos kat sini..maka sampaila anda ke Pekan Paloh..
5.Ditengah2 pekan Paloh de 1 balai polis hehehe..ia membuatkan anda akan terasa selamat kat sini,1 balai polis ini meliputi semua kawasan paloh dan kawasan penempatan ladang2 di Paloh..Ladang Kempas klebang,bukit paloh dan lain2 lah..taman2 perumahan seperti taman muhibah,taman kota paloh dan lain2 lah!
jalan2 tengah pekan paloh sat hehehe
6.Kat Pekan Paloh hangpa tak perlu risau untuk mengisi minyak kereta ka motor ka hehehe dulu kat sini hanya ada satu je stesen minyak iaitu stesen minyak shell..sekarang dah de plak stesen minyak esso..so dah de pilihan beb
Satu perubahan ketara adalah stesen bas Pekan Paloh..kalau dulunya stesen bas Pekan Paloh agak teruk kini ianya dibina baru dan lebih selesa sedikit
kat pekan Paloh juga ada 2 buah Bank satu Bank simpanan Nasional (BSN) dan satu lagi maybank..Opsss sebaut pasal Maybank Pekan Paloh teringat plak aku bangunan Maybank Paloh hampir nak terbakar..namun ianya sempat diselamatkan ketika kebakaran yang memusnahkan deretan kedai di Pekan Paloh bersebelahan bangunan Maybank Paloh..
bulan julai nan lalu..
7.Selesai kerja di pekan Paloh aku bertolak balik ke bandar kluang la plak nak ne pi pasaraya YC kat taman fajar Kluang..de kes jugak perlu disiasat kat sana...sampai2 je kat dalam Pasaraya YC hujan plak dah kat luar..sib baik aku sempat masuk
8.Selesai kat sini aku pi Agro Bank kat dengat pejabat aku..hm niat hati nak buka akaun kat Agro bank kluang hehehe senang nak ambik gaji beb hahahahaha, tapi hampeh punyer agro bank banyak dia punyer kelapa sawit senduk sodek betul..hangpa tau ka nak buka akaun bank pun depa suh aku pi balik ambik bil api ka bil air ka..dulu time aku buka akaun anak aku 2 humaira tu tak de la plak suh ambil bil api or air...adeiii sengal tul..alasan depa aku nyer IC negeri lain bukan johor adeiiiii macam la aku ni pendatang asing ceh..dah la tu nak buka akaun pun dok tanye macam2..siap semak dengan CTOS lagi apa punyer gila punyer bank kerajaan!!!bangang sungguh!pe kena mengana nak buka akaun bank nak ne rujuk kat CTOS?????bukankah 2 pengarah CTOS dah kena dakwa????bukankah semua urusan berkaiatan kewangan keraja tak bagi rujuk CTOS???gila sangatla Bank ni...aku nak simpan duit seolah olah depa tak mau celaka sungguh!Last2 siapla juga buka Akaun dengan depa..adeiiii aku tak tahula undang2 baru apa yang dorang guna..memang menyusahkan!
9.Balik pejabat dah lul 6 petang siap kerja semua aku nak ne pi pasar plak..er er pasar songmart kat kluang ala sebelah opis aku jugak..nak beli Ikan keli hahahahaha dah lama aku tak makan ikan keli...rutin aku lepas kerja memang cari bekalan dapur..time cuti pun macam tu jugakla
dalam perjalanan balik ke rumah aku singgah jap kat pasaraya ku Kluang dekat depan mdonald kluang tu hah..hehehe niat hati nak beli baju tidur tuk Nur Qaisara Humaira dan adiknya Nur qaleesya humaira hehehe..cari punyer cari terkejut aku de jugak kat Johor dan pasaraya ni jual jersi dan baju peminat bola sepak kelantan the red worrior hahahahaha jelous orang johor beb kakakakaka
hehehehe
ni hah kat pasaraya ku ni hehehehe
hehehe masuk tidoq dulu lah geng :)
opssss sejuk mata memandang...Jurulatih Bola sepak kelate with my MB
Ahad, 18 September 2011
Kenduri kahwin@Kampung Sahari simpang rengam
1.Aku sebenarnya biasa sangat dengan selok belok kampung sahari ni..dalam seminggu ada la 2-3 kali nak ne masuk kampung ni..sejak aku ditempatkan di kluang aku dah menjelajah seluruh pelusuk kampung ladang dan desa..aku rasala aku lebih tahu selok belok dan lorong kawasan depa dari depa sendiri..inilah kerja aku selama 7 tahun disini..lebih2 dari penyiasat polis plak dan lebih kurang posmen nak ne tahu semua lorong2 kecil adehhhh..
2.ops aku ke kampung sahari hari ni sebab de majlis walimatulurus member setugas wife aku ni hah..sebut pasal walimatulurus ni nak ne faham betul2..Aku ingat lagi time kat Universiti sains malaysia dulu aku ambik minor pengajian Islam..dan aku ambik jugakla bab2 munakahah ni..aku lupa pensyarah mana yang ajar..tapi ni lebih kurangnya Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia. Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:
Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak
ehem pehhhh taib mahmud macam ne dah pregnent ke wife hehehehe..lama x dengar khabar???hari2 tongkat ali ka broooo
3.Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
ehem ehem lau la kenduri kahwin hidang domino pizza pehhhh agak2 keterlaluan ka ???
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."
4.Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran. Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:
Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.
5.Syarat-syarat wajib hadir ke majlis kenduri kahwin:
* Tetamu jemputan itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
* Yang menjemput itu hendaklah beragama Islam.
* Tetamu yang dijemput juga hendaklah beragama Islam.
* Kenduri itu bukan dari sumber yang haram.
* Tetamu jemputan itu tidak menerima jemputan yang lain terlebih dahulu, jika ada, hendaklah dia menghadiri jemputan yang lebih dekat dari segi kerabat.
* Tidak ada unsur kemungkaran dalam kenduri seperti minuman keras dan pergaulan bebas antara tetamu lelaki dan perempuan.
hmmm sedapnye lau leh bantai kueh teow thai kat warung sejahtera kluang hehehe kueh teow thai@kueh teow celuk kata ore kelate :)
6.Hehehe panjang lebar sikit mukadimahnya..hari ni aku ikut my wife ke majlis kenduri perkahwinan rakan setugasnya..hm mulanya kami ingat tak nak pi..my wife cakap dia tak terima jemputan..kad pun x dak hehehe but entah macam mana saat2 akhir pengantin call plak so mahu tak mahu nak ne pi jugak..sebabnya walimatulurus tu wajib hadir tanpa keuzuran beb..
7.So aku bertolak la menuju kampung sahari..hm cuaca yang cukup baik masa itu..
8.Tapi betul kata orang hahaha kusangkakan panas berpanjangan namun hahahaha..baru sampai kat simpang nak menghala ke simpang rengam dah mula dah hujan rahmat turun kakakaka..rahmat untuk sekalian alam dan bertambah rahmat untuk pengantin rasanya hahahaha sejuk beb macam2 leh jadi kakakakakakaka lantak korang la dah halal..
9.Mula2 hujan tak la kuat but huh makin nak sampai umah pengantin makin lebat plak dah adeiiii betul2 rahmat buat pengantin ni..bahagiala depa kuikuikui..lagi bagus lau hujan belah malam kot hahahaha..pe pun dek kerana hujan rahmat yang cukup lebat tu maka terpaksala aku anak bini berkurang dalam kereta dekat setengah jam..tambah2 lagi wife aku ni tak terbawa payung aduhhh lagi sengsara aku duk termenung dalam kereta...
10.tunggu punyer tungu aku dah xleh tahan ni lapaq dengan dah boring hahaha aku pi redah je bawa keta parking tepi khemah makan kakakaka lantak depa nak kata apa aku turunkan anak bini baru aku pi parking tempat lain huwaahahahaha keta kecik je leh redah punyer hahahaha ehem ehem depa ingat VIP kot behenti betul2 depan khemah kaakakakakakakak wakakakakaka
11.Hujan masih tak henti kesian sangat2 kat tuan rumah..nak buat macam mana ...hujan tu rahmat..takpela terima je la...pe pun aku tibai makanan dulu lah!hehehe sedap makanan :)
12.selesai makan hujan masih gak x henti...semua dah becak dah...sian kat depa..sabaq banyak2..nak buat macam ne hujan tak leh nak tahan..
13.Siap makan ingat nak masuk tengok pengantin tapi jap2 depa nak kuar pi makan beradab kot..er er tak jadi masuk dalam umah hehehe jumpa mak pengantin rasanya hehehe entah aku tak kenal hentam ajela
..lepas tu aku blah balik umah..teringat plak kat umah de sidai baju2..aiyaaaa mesti basah punyer maaaaa....er er sampai kluang jalan kering aiyaaa tak hujan alhamdulilah..selamat baju kerja aku :)
Buat pengantin baru so tahniah la...hujan rahmat menyambut kamu..de rahmat tu..agak2 terus dapat zuriat Alhamdulilah..semoga kekal hingga akhir hayat..kekal sehingga terpisah jasad dari rohnya..ye melayari bahtera rumahtangga banyak pancarobanya..x semuanya indah dan x semuanya tidak indah..saling memberi dan saling merasa hahahahaha entah betul entah tak aku bab2 belasah kromo ni johan 3 tahun berturut-turut peringkat pejabat aku la kakakakakakaka
Sabtu, 17 September 2011
Langgan:
Catatan (Atom)




