1.Sebelum cuti sekolah bermula aku bantai pulun kerja habis habisan so tak sempat plak aku nak jenguk aku nyer blog ni hehehe..lagi pun balik kampung 1 minggu tuuuu..1 minggu sememangnya percutian agak panjang buat aku...sebabnya aku bukan cikgu kalau cikgu setakat 1 minggu biasa sangat dah ehhh hehehe..depa punyer cuti bulan 12 laghi panjang ehhh :)
Sara@umah atoknye :)
@pasar tani meranti..pasir mas kelate
Er er gelap la plak@pengkalan Chepa
bestla depa pi Kundasang sabah
2.Dek kerna wife aku pun cikgu jugak maka aku terpaksa joiin dia nyer cuti la..lau tak ikut cuti sekolah bila masa lagi aku nak balik kampung...hehehe sebut pasal sekolah terkenang plak sekolah lama aku..sekolah tempat aku mula2 belajar a,b,c
3.Balik kampung seminggu kira puas la jugak..alang2 dah balik kampung aku pi bercuti sekali la..kali ni aku pi ke Holiday Villa cherating kat kuantan pahang..ni kali ketiga aku pergi kat Holiday Villa Cherating..kali terakhir aku pi sana agak2 dalam 2 tahun lepas kot..agak lama jugakla.
4.Tak tahu napela aku nyer keluarga satu kepala dalam bab2 percutian ni...sebut je cuti kompem pi la melepak kat mana2...kalau bukan pantai kompem kolam hehehe...hm mungkin nak rest bersama anak2..bab duit kita fikir kemudian..selagi ada nyawa...selagi ada tenaga selagi ada kesempatan aku tak lokek bawa anak2 jalan...dalam negara je lah..kakakaka kalau nak luar negara pi golok boleh la hahahaha..masuk kat cherating aku tercari cari arah kiblat..dulu depa letak kat atas syiling kan kan lani ni setelah puas aku cari last2 terjumpa dalam laci adehhh senggal betul la depa ni kekeke..
penunjuk arah kiblat dalam laci
5.Macam dulu jugak kat Holiday Villa Cherating pahang ni tak de perubahan sangat..jika dulu time aku pi sana Ombak kuat langsung tak leh mandi laut..la ni time aku pi semalam Ombak ok plak dan leh mandi...
marah camera man la plak ..siap bagi warning terrr
6.Namun anak2 aku tak suka pantai..depa lebih suka kolam kat cherating tu so depa bantai mandi kat situ la berjam jam!
7.Ops..aku Chek in kat Holiday Villa dah agak lewat hehehe dalam jam 4 petang baru chek in itu pun bukan salah aku pun salah depa bilik mcm penuh hehehe terlampau ramai orang beb..pada mulanya aku seperti biasa tempah Garden Villa hehehe sebab Garden villa murah sikit dan agak cantik ooooo betul2 tepi kolam...tapi dek penuh entah macam mana la depa ni tempah awal pun leh penuh adehhh...so depa dengan rela hati terpaksa beri Bilik Istana Wing..ala dekat2 bilik Honeymoon suite la..bilik Ok la lebih besar dari Garden Villa yang biasa aku pernah duduk..
Ni Garden Villa yang aku duduk dulu
Ni bilik yang baru semalam aku menginap..tak tahu name pe
tak berapa jauh dari kolam
8.Brek pes kat sini pagi aku bantai nasi dagang..Restoran depa masih macam dulu tak dak perubahan langsung adeiiii masih kat tepi pantai tapi sentuhan,gubahan tetap sama..hm hm mcm tak dak kesegaranlah depa ni :)
bestkan restoran holiday villa tepi pantai
hehehe pandangan dari jauh..
huh si kecik ni komplen pe la kat mama dia nih
9.Ok la sebenarnya aku baru sampai ni nak rest dulu lah..nanti aku bagi tips2 lain plak lau nak pi Cherating hehehe..makanan kat sini malal beb hahahahaha..yang tu hangpa kena percaya kakaka
penaja rancangan kakakaka
ini blok honeymoon oooooo
hehehe.apa salahnya sesekali kekeke
ni hah bilik aku hehehe..honeymoon gak la bekali kakaka
Ahad, 18 Mac 2012
Rabu, 7 Mac 2012
Setiap rabu minggu pertama hanya sebulan sekali@Penerangan Mersing
1.Hari ni aku duty kat pejabat penerangan mersing, macam biasa duty kat pejabat penerangan mersing ni dilakukan hanya sekali dalam sebulan yakni pada setiap hari Rabu minggu pertama pada setiap bulan.
hehehe aku kat belakang ni lah kekeke tengok2
2.Oleh kerana jarak pejabat Perkeso Kluang dengan mersing agak jauh maka pada setiap rabu minggu pertama setiap bulan aku pergi duty kat sana untuk memudahkan para pencarum mahupun majikan untuk membuat urusan.Dipejabat penerangan mersing itu hanya pejabat sehenti saja..cukup setakat untuk pertanyaan,tunjuk ajar penerangan,ambil borang hantar borang khidmat nasihat dan juga pelbagai urusan yang tidak melibatkan urusan komputer/sistem perkeso kerna kat pejabat penerangan mersing sistem kami tak de hehehe..
hehehe ni hok ado kat dalam pagar penerangan mersing
3.Hari ni agak ramai jugak yang hadir membuat urusan...Alhamdulilah semuanya berjalan lancar...hari ni aku dibantu Oleh 3 pelajar praktikal hehehe...so aku nyer tugas tak la berat sangat..
antara pelanggan yang menjenguk kami hari ni :)
4.Banyak kes hari ni yang hadir untuk pendaftaran majikan,ambil borang dan pelbagai lagi pertanyaan..yang menyayat hati balu kematian suami pada Januari 2010 baru nak pohon pencen penakat...adeiiii sian depa ni..antara tak tahu dan sifat tanguh dan terus tangguh...
5.Macam biasa kalau duty pejabat penerangan mersing aku akan rehat dan solat zuhur kat masjid jamek bandar mersing...panorama kawasan sekitar masjid ini cukup indahhh..dari masjid leh nampak laut cina selatan dan gugusan pulau di mersing...Ini kerna masjid ini terletak betul-betul diatas bukit di bandar mersing!Cukup tenang disini..
Reka bentuk masjid semacam binaan masjid di Afrika
pemandangan dari kawasan masjid jamek mersing..
Nampak gugusan pulau mersing dari Masjid ni
pintu utama masjid
Selasa, 6 Mac 2012
Nik Abduh@Ceramah MaulidurRasul..taman pelangi Indah Kluang
1.Malam ni aku join pi dengar ceramah MaulidurRasul kat Taman Pelangi Indah Kluang..Ceramah mula jam 9.30 malam dan habis dalam jam 11.15 malam..Penceramahnya sudah pasti aku minat..tak lain tak bukan Nik Abduh anak tok Guru YB Menteri Besar kelate...
2.Alhamdulilah kehadiran juga amat memuaskan...penuh jugakla khemah yang disediakan oleh pihak penganjur.Alhamdulilah jugak ianya berjaya dianjurkan dengan jayanya tanpa ganguan dari mana-mana pihak.Kalau ganggu jugak ceramah MaulidurRasul maka itu bukan lagi golongan manusia tapi setan dan Iblis la jawabnya!
ini budak baik wooooo kekekeke
3.Terubat jugak rindu nak dengar ceramah orang senegeri..Alhamdulilah..sempat bertanya khabar dan bertemu mata...Jugak dapat tengok persembahan budak2 PASTI(pusat asuhan tunas islam)depa duk persembahkan hafazan Al Quran..Alhamdulilah tak sia-sia kalau hantar anak belajar kat PASTI.
Jumaat, 2 Mac 2012
Majlis tanda tangan perjanjian sasaran 2012
1. Hari ni diadakan Majlis tandatangan perjanjian perancangan & Penilaian prestasi untuk tahun 2012 di pejabat Perkeso Kluang...Hehehe sepeti biasa awal tahun de majlis tandatangan perjanjian penilaian..tahun ni tak banyak yang berubah..still sebagai Pegawai Penyiasat lagi..nampak gaya siasat memanjang la aku tahun ni..ingat nak tukar bahagian lain..hm hm..kompem dah tak dapat dah ehhh
2.Hari juga bukan aku saja yang ne tanda tangan perjanjian Sasaran kerja tahunan ni...hehehe staf lain2 pangkat pun kena sama leeee..
3 Layan dululah gambar2 ni...
hehehe cukup sini dulu lah..
cool hehehe
Khamis, 1 Mac 2012
Program kaunter Aduan bergerak bersepadu Daerah Kluang
1.Program kaunter aduan bergerak bersepadu peringkat daerah kluang telah diadakan dengan jayanya..melibatkan 18 agensi dan jabatan kerajaan..aku nyer jabatan pun ne join gak leee..
2.Sambutan jugak boleh dikatakan memuaskan...ini kemudahan yang disediakan untuk hangpa semua..tak puas hati sila adu dan domba la apa yang patut hahahaha..adu la pada pejabat perkeso terdekat jika majikan anda tak mencarum dengan perkeso...percayalah..satu langkah bijak anda akan menyelamatkan kehidupan...
3.Hm...seingat aku la budak2 muda kurang minat bab2 ambil berat pasal adu mengadu ni hahaha bila dah dalam kesusahan dan kena kemalangan baru la sibuk nak adu dan domba san dan sini hehehe...time tak de apa2 lantak dia la majikan nak tipu ka nak kelentong ka..hm hm tabiat macam ni tak pernah berubah ubah..aku pun tak paham la dengan depa ni...
4.Dalam bab ni jika hangpa berkomplot dengan majikan untuk menipu perkeso sesungguhnya hangpa menipu diri sendiri jauh dari itu hangpa zalim pada diri dan keluarga hangpa sendiri...percayalah hangpa akan menyesal dikemudian hari....sekiranya hangpa dilanda musibah..
Langgan:
Catatan (Atom)















































































