Isnin, 8 Jun 2015

bercucuk tanam@rumah taman amat menyeronokkan :)



1.Setiap kali balik dari tempat kerja menjadi rutin aku masuk kebun mini depan rumah aku dulu hahaha..tanah sekankang kera yang ada depan rumah habis aku penuhi dengan pokok2 tak tahu la kalau pokok2 tu besar nanti mesti bersimpang siur dahan2 nyer kakaka aku main tanam aje sebab tanahnye sempit pokoknya macam2 nak tanam lantak pi lah..janji tanah depan rumah tu dipenuhi dengan pokok2..kalau biarkan sahaja nanti rugi pulak.
 
 
2.Sebenarnya tabiat menanam pokok ni lahir sejak aku masa kanak2 lagi.. tabiat tu bawa la ke dewasa dok macam tu jugak..satu hari nanti bila pencen pasti aku berkebun tiap2 hari juga, lagi pun ada banyak tanah di kampung mcm2 leh tanam..di tanah taman ni setakat tanam pokok untuk nak keluarkan peluh boleh la...tapi ok beb..aku tanam macam2 pokok..ada pokok bersifat kekal seperti mangga, nangka, ciku, kelapa, limau, rambutan ada juga belimbing hahaha cukup semua buah-buahan yang aku suka..setengah darinya telah mengeluarkan hasil dua kali dah setakat aku dok kat taman ni..pokok tak kekal seperti pisang, lada, terung, bendi juga aku tanam tapi silih bergantila..tak cukup tanah..tanah banyak tapi milik jiran2 tak leh la nak tanam..nanti kene sekeh karang kakaka.


3.Menanam pokok ni bukan setakat nak keluarkan peluh dan menikmati sedikit hasil dari titik penuh dari keringat sendiri tapi ianya juga satu terapi yang cukup baik untuk diri akula..mana taknya bila penat2 bekerja pada setiap hari maka bila mengadap pokok2 yang kita tanam satu kepuasan timbul..hilang penat bekerja buat sementara waktu..tenang jiwa rasanya bila tengok pokok2 yang ditanam berhasil walaupun baru belajar2 nak bebuah..tanam pokok dapat hidup dengan subur juga satu nikmat dan kepuasan tak terkata..ada orang tanam pokok jap mati jap mati hahaha aku alhamdulilah hidup aje pokoknya.
 
 
4.Setakat nak memasak tomyam tu cukupla syarat hahaha ada pokok serai,ada pokok limau purut jadila kakakaka..semua yang ditanam mengikut kegemaran dan selera aku..termasuk pokok ketereh yang biasa pucuknya aku buat ulam pehhhhh membuka selera beb..
 
 

Ahad, 7 Jun 2015

jatuh di dalam tandas tempat kerja boleh claim perkeso@socso

 
1.Kejadian jatuh di tempat kerja/semasa bekerja adalah perkara biasa khususnya untuk golongan pekerja wanita..situasi yang kerap berlaku adalah jatuh ketika mengambil fail yang di simpan di tempat/rak yang tinggi, kecuaian dalam mengunakan kerusi atau tangga yang digunakan untuk memanjat mengambil fail dan jatuh seringkali berlaku..situasi jatuh di tempat kerja dan mendapat kecederaan boleh sahaja membuat tuntutan/claim dengan perkeso/socso..ia adalah normal dalam situasi jatuh sebegitu..dan tuntutan/claim dengan perkeso/socso amat mudah untuk situasi kemalangan jatuh di tempat kerja ini, dengan syarat 4 hari cuti sakit paling minima..
 
 
2.Aku juga seringkali ingatkan jika kalian jatuh di tempat kerja perkara yang paling mustahak adalah dapatkan rawatan dengan segera pada HARI YANG SAMA kejadian jatuh berlaku..ini bukan sahaja untuk mempastikan kecederaan kalian segera di rawat bahkan ia memudahkan untuk tuntutan perkeso/socso dilakukan..jika sekiranya kalian lewat mendapatkan rawatan dan berselang berhari hari maka sudah pasti timbul kecurigaan dan syak wasangka dan merumitkan proses siasatan dilakukan..bahkan acap kali dalam siasatan perlu melibatkan para doctor yang perlu direkod pernyataan mereka berkenaan kecederaan yang kalian alami..
 
 
3.Kejadian kes2 jatuh di tempat kerja yang rumit seringkali memakan masa untuk memutuskan sesuatu kes itu..betul atau tidak kejadian jatuh ditempat kerja berlaku jika seandainya rawatan tidak terus dibuat pada hari yang sama sedangkan kecederaan parah seperti patah tangan atau kaki???bukankah ianya menimbulkan kecurigaan??
 
 
4.Biasanya permasalahan wujud jika kejadian jatuh tersebut tiada saksi yang melihatnya..khususnya dalam tandas???luar tandas tak jadi hal ada CCTV, ada saksi..dalam tandas memang rumit, hahaha tak kan ada saksi dalam tandas kakakaka...dan biasanya jika lewat mendapatkan rawatan sedangkan kecederaan melibatkan patah tangan atau kaki maka sudah pasti ia jatuh bukan di tempat kerja sebaliknya di rumah...kejadian sebegini tidak sukar untuk disiasat, pihak perkeso ada caranya..cuma rumit dan mengambil masa sedikit..dan biasanya ia berlanjutan ke Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) jika berlakunya ketidak puasan hati untuk setiap hasil keputusan siasatan dilakukan..oleh sebab itulah aku seringkali ingatkan perihal pentingnya rawatan pada hari yang sama kejadian berlaku (jatuh di tempat kerja/tandas tempat kerja/dapur tempat kerja) setidak tidaknya kita membantu diri kita sendiri hehehe..
 

Sabtu, 6 Jun 2015

Fmily day Impiana Casa@Teluk gorek campsite

 
1.Salam geng..hari ni aku dan keluarga meluangkan masa 2 hari 1 malam bersama keluarga besar Impiana Casa Taman Seri Impian di Teluk Gorek Campsite Tanjung Resang Mersing, resort ini sebenarnya tidak begitu asing buat aku, lagipun dah banyak kali pun berkujung ke sini sama ada untuk tujuan kerja atau riadah..tuan resort pun kenal sangat dah ehhh dengan aku..itu pun sebab kerja la tuuu..hahaha x dak sebab lain :)
 
 
 
2.Sekarang bertambah maju..dua blok bangunan resort 2 tingkat yang dibina mampu menampung bilangan pengujung yang ramai pada satu2 masa..di tambah lagi dengan resort yang sedia ada..pehhhh caya la lu abe li...tempat menarik harga murah memang berbaloi..sejak dulu beliau tidak pernah menaikkan harga resortnya..kekal rm100 dan rm130 hahaha..jarang pengusaha resort yang kekal harga sebegitu geng..ditambah lagi dengan pelbagai kemudahan yang ada..cukup2 lengkap.
 

 
3.Berbalik pada fmili day taman kami Alhamdulilah, ini pra hari keluarga setaman kami hahaha di masa lain pasti akan ada..dan pasti lebih ramai penyertaanya..InshaAllah. Program2 sebegini bukan sahaja untuk beriadah atau sekadar suka2 bahkan ianya bertujuan yang lebih penting iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setaman...er er ada dua dewan kat sini..satu dewan terbuka satu dewan tertutup..mcm2 leh buat aktiviti
 

 
4.Program yang bermula 5 jun dan berakhir 6 jun..check in macam biasa jam 2 petang..aku sampai agak lewat drive pun perlahan lahan je hehehe ada yang tak sihat..sampai2 pun dah dekat jam 5.00 petang..solat Asar tanpa buang masa terus pi pantai mandi laut looooo hahaha..tak tahan wooo..pantainya kekal cantik macam dulu2 juga.. Alhamdulilah amat selamat untuk anak2 mandi manda coz pantaiya landai:) hm mandi dengan anak2 x leh pi jauh x best jugak wakakakakaka. 
 
 
 
 
5.Jam hamper 6.30 petang baru siap mandi manda hahaha..ini anak2 punyer pasal lah adehhh..tapi aku tak bawa phone la time mandi kakaka tak leh nak snap la geng..lepas mandi masuk bilik looo..Harga bilik yang aku duduk rm130 selesa..bilik pulau pinang namanya hahaha...selesa untuk anak2 tido..
 

 
6.Sebelah malam macam biasala kami BBQ dan makan-makan..Alhamdulilah kenyang dan amat puas hati hahahah..tempat BBQ pun banyak dan amat mesra pengguna..depan bilik aje tempat BBQ pun..
 
 
 
7.Hari terakhir kami mandi lagiiiiiii( tapi aku kena jaga anak huwaaaaa x dapat nak mandi loooo jelous betul tengok kawan2 lain mandi adehhhh)..selain acara mandi2 ada lagi acara selingan berupa sukaneka untuk anak2 dan bapak2 anak kakakakaka..mcm2
 
 
adehhhh jenuh nak masuk gambar kakakakakaka cukup setakat tu je lah
 
 

Isnin, 1 Jun 2015

jatuh dalam rumah@tak boleh Claim socso/perkeso

1.Hari ni aku siasat kes tuntutan kemalangan perkeso melibatkan pekerja sebuah syarikat penghantaran...kes ini pada mulanya dikatakan beliau jatuh semasa dalam perjalanan nak ke tempat kerja..macam biasala kes kemlangan perlu disiasat dengan sebaiknya..
 
 
2.Walau bagaimana pun hasil siasatan menunjukkan sebaliknya..untuk makluman geng2 semua..sebenarnya amat mudah untuk kita mengentahui sama ada kes itu adalah kes betul2 kemalangan semasa hendak ke tempat kerja atau sebaliknya..dalam kes ini setalah melalui sesi siasatan dengan mengambik dan merekod pernyataan pekerja,pihak doctor dan juga majikan maka didapati jelas pekerja ini sebenarnya jatuh di bilik mandi/bilik air di rumahnya..jatuh di dalam bilik air di rumah bukannya kemalangan yang boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso..namun perbuatan cubaan untuk membuat tuntutan dan mengatakan jatuh ketika hendak ke tempat kerja adalah satu perbuatan yang salah dan dikategorikan sebagai cubaan membuat tuntutan palsu yang boleh diambil tindakan mahkamah yang mana memperuntukkan denda RM10,000 dan 2 tahun penjara atau kedua-duanya.
 
 
3.Hari ni aku telah beri amaran keras agar perkara sebegini tidak diulangi lagi kerana perbuatan sebegitu akan memudaratkan pekerja itu sendiri...seperti mana yang kerap kali aku nyatakan bahawa teradapat beberapa situasi untuk membolehkan tuntutan kemalangan perkeso dilakukan iaitu kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kemalangan semasa perjalanan dari tempat kerja hendak balik ke rumah setelah habis bekerja, kemalangan semasa dalam perjalanan hendak makan dalam waktu rehat di benarkan , kemalangan semasa bekerja dan kemalangan berkaitan dengan kerja yang dilakukan...itu adalah sebahagian situasi yang membolehkan tuntutan kemalangan perkeso dilakukan..bukannya jatuh di dalam rumah!!!!

Sabtu, 30 Mei 2015

kenduri kahwin taman@lepak semeja bersama YB DUN Mnegkibol :)

 
1.Cuti hari Sabtu tak ke mana-mana, penat bekerja sentiasa tak mudah hilang..pi keja pagi balik dah maghrib, hari miggu sebegini lepak aje kat rumah, lagi pun isteri tak berapa nak sihat..kebetulan hari ni ada majlis kenduri kahwin kat taman so aku join kenduri kahwin aje la hehehe..lagi pun dah lama tak makan nasi minyak :)
 
 
2.Kenduri kahwin setaman ni best..rata2 yang pi semua leh kata kita kenal hehehe makan tu tak payah nak cover2 lagi main bantai aje setakat nak hahaha..lagipun pelbagai jenis makanan ada..yang memang aku suka nasi minyakla..hm memang sedap..berbaloi pi majlis kenduri kahwin hari ni hehehe..
 
 
3.Lagi best kenduri kahwin hari ni duduk pulak semeja dengan YB Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkibol Tan Ho Ping hehehe..stedy YB beb...cool, YB yang mudah lepak dengan rakyatlah YB yang aku suka hahaha tak payah nak mengada ada protocol la kejadah apa la...baik aje leh cakap apa sahaja hahaha..YB yang ngada-ngada tak kan kekal lama hahaha zaman la ni rakyat dah buka mata woooooo jangan main2..

Rabu, 27 Mei 2015

Kes socso@perkeso@tuntutan kemalangan maut pekerja baja kompos tereh selatan


 
1.Hari ni aku ke Kilang memproses baja Kompos di Ladang Tereh Selatan, kilang baja kompos ini terletak di dalam ladang kelapa sawit milik Kumpulan Kulim Berhad (Ladang Tereh Selatan), macam biasalah tugas aku menyiasat dan menyelesaikan kes kamalangan yang berkaitan kerja..aku ke sana untuk menyelesaikan satu tuntutan kemalangan  PERKESO, kes kemalangan maut melibatkan pekerja kilang baja kompos tersebut. .hahaha berbelit-belit ayat maklumlah dah penat zzzz kejap lagi..
 
 
2.Kes kemalangan maut ini melibatkan situasi perjalanan dari rumah untuk ke tempat kerja, Pekerja malang ini baru sahaja bekerja di kilang baja kompos tersebut tidak sampai pun satu bulan, Namun malang tidak berbau lantaran perjalanan beliau untuk ke tempat kerja telah terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan motorsikalnya merempuh sebuah lori yang membelok secara tiba2..akibat pelanggaran tersebut pekerja ini meninggal dunia di tempat kejadian.
 
 
3.Walaupun pekerja ini baru sahaja bekerja namun beliau telah dilindungi PERKESO sepenuhnya, ini kerana majikan tersebut telah mendaftar beliau dengan PERKESO walaupun caruman belum sempat dibuat kepada beliau namun beliau telah dilindungi mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) dan beliau/warisnya layak menerima faedah yang disediakan perkeso, dalam kes ini perjalanan beliau ke tempat kerja adalah perjalanan yang dilindungi PERKESO, dan kemalangan maut yang menimpa pekerja ini menyebabkan waris beliau iaitu kedua Ibu dan Bapanya akan mendapat Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) di mana bayaran pencen ini akan diberi sehingga kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia, dalam kes ini pekerja ini masih lagi bujang dan waris beliau sudah pasti kedua Ibu dan Bapanya..
 
 
4.Seperti biasa jika melibatkan kemalangan jalan raya sama ada situasi dari rumah hendak ke tempat kerja atau dari tempat kerja hendak balik ke rumah atau dari tempat kerja hendak keluar rehat dalam masa rehat yang dibenarkan maka jika berlaku kemalangan jalan raya pertamanya perlu buat laporan polis, selepas itu sertakan cuti sakit asal, peta lakaran arah perjalanan pada hari kemalangan, butiran enam bulan gaji sebelum kemalangan, dan majikan perlu mengisi borang laporan kemalangan kepada pihak perkeso dengan mengisi Borang 21 hehehe selepas semuanya siap maka hantarlah ke pejabat perkeso dengan segera.
 
 
5.Kes yang aku siasat hari ni diklasifikasikan sebagai bencana kerja mengikut seksyen 24(1)(A) AKSP 1969. Kes aku anggap selesai pada hari ini..CEPAT dan MUDAH..tidak susah dan tiada birokrasi untuk membuat tuntutan perkeso...cuma kebanyakan majikan dan pekerja sahaja yang tidak memahami hak2 mereka..dan kurang arif dalam membuat tuntutan dengan pihak perkeso itu sahaja..er er cukup setakat tu la untuk kali ni....

Selasa, 26 Mei 2015

Alhamdulilah tuntutan kes kemalangan maut dah selesai@perkeso@socso

 
1.Hehehe dah hampir 1 minggu jugak tak update..tak sempat dan tak dan masa,banyak yang nak dikongsikan tapi nantilah, ada ruang dan ketika di masa2 free baru leh citer panjang2..banyak jugakla citer..lagipun blog aku ni tiap2 kali post mesti dok cakap pasal PERKESO/SOCSO hahaha aku takut hangpa boring dan bosan pulak hahaha..
 
2.Oh ya masih ingat lagi tentang kisah kemalangan maut pekerja kedai telefon kat Mersing yang aku siasat tempoh hari??Arwah Aishah bt Sabri dari Air Papan tu??Alhamdulilah kes tuntutan PERKESO arwah telah selesai semuanya..baru semalam aku berkunjung lagi ke rumah arwah kali ni bersama bos aku dan rakan sekerja aku, semalam jugak kami serahkan cek bayaran tuntutan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM1500, dan waris arwah yakni Ibu dan bapanya akan menerima Pencen secara bulanan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank beliau sampai akhir hayat mereka pencen tersebut dinamakan Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) kerna kes ini kes kemalangan maut semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...ok tak PERKESO geng?mestila ok kan..cepat bertindak dan cepat selesaikan kes tuntutan.
 
 
3.Alhamdulilah setakat ini aku cuba sedaya upaya menyelesaikan semua kes tuntutan PERKESO dengan segera, aku faham banyak orang susah jika terlibat dalam kemlangan lagi2 jika kes melibatkan kes kemalangan maut, dalam kes ini keluarga arwah adalah keluarga nelayan yang susah bukan senang..kais pagi makan pagi mengharapkan rezeki dari laut...adakalanya dapat ikan adakalanya tiada..sedikit sebanyak dengan pencen FOT ini diharap ia sedikit sebanyak meringankan beban kedua ibu dan bapa arwah..
 
4.Tak lekang di bibir mereka berdua mengucapkan terima kasih pada kami.. Alhamdulilah..sedikit sebanyak memberi 1001 pengajaran dan keinsafan pada aku..pesan aku pada kalian semua JIKA KALIAN PEKERJA cuba-cubalah semak di pejabat perkeso terdekat sama ada kalian dicarumkan dengan PERKESO/SOCSO atau tidak??jangan ambil risiko beb..jangan susahkan keluarga kita jika berlaku apa2 pada kita kemudian hari..jika nama kalian didapati tidak dicarum pihak majikan dengan PERKESO/SOCSO maka segeralah ke pejabat PERKESO terdekat untuk membuat ADUAN..jangan risau setiap ADUAN adalah RAHSIA KAMI!!!