Sabtu, 25 Julai 2015
Akhirnya raya di perantauan juga :(
1.Cuti raya dah lama di pohon dan lulus pun Alhamdulilah Thanks BOSS..lama jugakla adalah dalam 1 minggu..banyak anggan2 nak balik raya di kampong seperti tahun2 sebelumnya semua persiapan perjalanan dah dibuat hm kereta pun dah siap servis dan siap tukar tayar baru pun, namun kita yang merancang Allah jua yang menentukan..dek last minute kesihatan Isteri tercinta agak merosot dan amat mustahil untuk perjalanan jarak jauh untuk balik ke kampong halaman maka tersadailah kami sekeluarga di perantauan ho ho ho ini kali pertama aku dan keluarga beraya di perantauan huwaaaaaaa..amat amat amat tidak merasai nikmat sebenar berhari raya tanpa kedua ibu dan bapa serta saudara mara di sisi..
2.Sebab apa raya di perantauan tak seronok sebabnya seolah-olah aku beraya di Moscow rasanya hahaha..kawan2 jiran2 semua balik ke kampong masing2..hampir 80 peratus isi taman perumahan kosong...semua balik kampong halaman jadi aku nak beraya kat mana???hahaha kawan2 jiran2 semua balik kampong kakakaka terkena aku tahun ni..beraya disini dari pagi sampai ke malam tak de sape2 pun dating rumah..begitu juga aku nak beraya pun nak kemana???semua kawan2 jiran tertangga balik ke kampong...
3.Akhirnya jadilah aku penjaga taman yang setia hahahahaha..siang malam aku dan kawan yang kena bekerja akan meronda sekitar taman untuk mempastikan kediaman penghuni tidak diceroboh oleh anasir yang tidak baik sempena cuti panjang hari raya..maka dapat jugakla berbakti pada penduduk taman dan kawan2 yang balik ke kampong halaman..dapat raya dengan tenang depa kat kampong..
4.Dari malam hari raya sampailah 5 hari seterusnya aku dan 2-3 rakan termasuk berbangsa India dan Cina bersama-sama menjaga Kawasan Taman Perumahan dikala rakan2 dan penghuni taman pulang berhari raya di kampong halaman..hm hm..untuk hilangkan persaan hiba kami2 yang tak boleh balik kampong maka malam raya kami adakan sedikit aktiviti makan2 dan BBQ hahahaha betul2 bakar ayam..BAKAR beb bukan BBQ wakakakaka ni tak de mood punyer pasai kakaka..Alhamdulilah tetap meriah juga..lagi best kami dikunjungi rakan2 keselamatan dari PDRM..depa singgah sekejap dan beramah mesra..sebetula depa ni amat rapat dengan komuniti SRS taman ini..sentiasa singgah dan membuat rondaan di taman kami..Thanks PDRM.
5.Oleh kerana tak balik kampong dan tak beraya maka TIADA LAH GAMBAR@ raya SAKAN sepertimana yang hangpa2 semua meriahkan wall FB masing2 kakakakaka..aku setakat jeling2 ajelahhhhh.
Selasa, 14 Julai 2015
Salam Aidil fitri@Maaf Zahir Batin
Selamat hari raya maaf zahir batin geng..kot2 mana tahu terdapat catatan2 yang ada, dan yang terpapar kat blog ni ada yang boleh bikin terguris hati hahahaha..maklumlah kadang2 perkataan yang di taip tak sama dengan ucapan bila mulut berbicara wakakakakakaa..tak tahu lagi dapat balik raya atau tidak lagi ni hm..
Isnin, 13 Julai 2015
Sabtu, 11 Julai 2015
Rabu, 8 Julai 2015
Sebelum raya@Aku harap dapat selesaikan semua kes tuntutan socso/perkeso kalian::
1.Salam geng dekat2 nak raya ni
busy sikit geng tak sempat nak update blog dah ni hehehe..time dekat nak raya
jugaklah banyak kes2 yang nak kena selesaikan secepat yang boleh dengan
harapakan jika kes2 yang disiasat itu kes betul2 melibatkan tuntutan socso/perkeso dan disahkan bencana kerja maka bolehlah bayaran
dibuat secepat mungkin sebelum menjelang hari raya..sekurang kurangnya dapat jugaklah pekerja yang
kemalangan ini menyambut hari raya dengan duit socso/perkeso..harapan begitulah sebab tu
penat ke tak larat ke kena siasat jugak kes kemalangan paling tidak 3 kes dalam sehari..itu aje yang mampu nak tolong.
2.Banyak majikan apabila
berlakunya kejadian kemalangan jalan raya melibatkan perjalanan pekerja mereka dalam situasi pergi dan balik
kerja yang melibatkan pekerja yang kemalangan tadi mendapat cuti sakit (MC)
depa tak kan bayaq gaji pekerja kerana melepaskan tanggungjawab itu 100% pada
pihak perkeso…jika begitulah hangpa buat kat pekerja, hangpa kena la hantar
awal laporan kemalangan (BORANG 21) tu jangan la sampai berbulan2..nanti
pekerja nak makan apa???tang ni aku tak setuju ni..(er er er pening sikit ayat aku ni wakakakakaka..) dengan kata lain jika pekerja terlibat dalam kemalangan jangan duk tanguh tanguh lagi hantar secepat mungkin laporan kemalangan pada pihak perkeso/socso..kerja tak payah pun ehhhh dan banyak kali aku dok ajar..carilah sendiri kat blog aku ni hahaha
3.Pasal tu setiap kes kemalangan
yang dirujuk pada aku..seboleh-bolehnya aku nak siasat dan selesaikan dengan
cepat..setidak tidaknya boleh membantu meringankan sedikit beban yang
ditanggung pekerja yang terlibat dengan kemalangan ni..er er itu pun jika
kemalangan betul2 dalam kerja la..lau tak aku tolak juga.Namun dalam bulan2 puasa ni
kadang2 faktor kepenatan juga menguasai diri..hehehe maklumlah aku yang soal
siasat dok tanya macam2 aku tulis repot aku juga dok bawa keta pusing sana
pusing sini penat wooo..macam tu la penyisat socso hahaha penat beb,mana2 kerja
memang penat tapi kita mencintainya kerja lama2 biasa la tu Cuma bulan puasa ni
cabaran sikit hahaha..time nak menulis dan time soal siasat tu kalau kena
dengan pekerja yang cakap banyak pot pet pot pet jenuh nak melayan hahahaha dan
masa yang sama nak buat karangan tulis hasil siasat ni mana nak layan borak
lagi mana nak fikir ayat nak tulis lagi mana nak susun soalan nak tanya lagi hahahaha
dugaan..kena pulak kalau menulis kat rumah pekerja yang tiada meja hm hm penat
dan payah sikit…nak tulis terbongkok bongkok jadinya..
Jumaat, 3 Julai 2015
kemalangan semasa bercuti bukan bencana kerja@claim socso/perkeso
1.Dua hari lepas aku ke Ladang Arami Jaya Nitar dan Ladang Arami Jaya Terosot Mersing..macam biasala siasat kes kemalangan melibatkan tuntutan perkeso/socso..kedua dua Ladang Arami Jaya ini terletak agak jauh juga dari satu sama lain hehe..Ladang Arami Jaya Nitar untuk kelapa sawit dan Ladang Arami Jaya Terosot Khas untuk penanam getah..
2.Ladang Arami jaya Nitar senang aje aku nak cari dan masuk ke ladang tu...tapi untuk masuk ke Ladang Arami Jaya Terosot aku sesat wakakakaka...terpaksa panggil pekerja depa ambik aku kat jalan besar bawak pi masuk ladang getah tu...baru 2 tahun ladang terosot dibuka untuk tanaman getah kalau tak silap..luas jugakla
3.Berbalik pada kes yang aku siasat ni agak simple..kemalangan atas urusan peribadi..kena plak pada hari beliau sememangnya mengambil cuti rehat dan tidak bekerja..Jika kemalangan berlaku semasa tidak bekerja dan sudah pasti tidak melibatkan perjalanan pergi/balik kerja atau perjalanan yang tidak berkaitan kerja maka sudah pasti kes tuntutan itu ditolak dan tidak menetapi Seksyen 24 Akta Keselamatan Sosial Pekerja AKSP 1969. Ingat senario kemalangan jalan raya yang boleh di claim/di buat tuntutan perkeso/socso adalah melibatkan situasi kejadian kemalangan jalan raya semasa bekerja contohnya posmen hantar surat terlibat kemalangan hehehe, situasi kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dan juga balik kerja, perjalanan yang berkaitan dengan kerja contohnya kena arah pi meating ka,jumpa pelangan ka bla bla bla dan kemalangan semasa hendak ke tempat makan dan balik makan dalam waktu rehat dibenarnya hehehe kalau hangpa mengular bukan time rehat tak terima kakakaka cedera katak la jawabnya hahaha..bab2 ni ada aku huraikan panjang lebar dalam post2 terdahulu cari sendirilah.
4.Er er sepatutnya jika kes2 yang dah terang2 bukan bencana kerja yang tiada kaitan dengan kerja tak payah hantorla borang tuntutan kemalangan ke pejabat socso/perkeso..kalau hantor jugak terpaksolah den pi siasat jugak walaupun da kompem2 tahu kes itu tidak diterima sebagai bencana kerja.Hehehe kes siasat ni hari2 ada geng :) kalau da hantar kertas siasatan kena lengkapkan juga walaupun dah tahu kes itu bukan berkaitan kemalangan yang membolehkan tuntutan perkeso/socso dibuat.
Langgan:
Catatan (Atom)
















