Ahad, 12 Ogos 2018

baru kerja seminggu putus pergelangan tangan boleh claim Perkeso!

1.Alhamdulilah mujur sangat-sangat majikan saya ada berdaftar dengan Perkeso jika tidak tak tahulah apa nak kata..itu luahan pertama pekerja sebuah kilang kayu yang mengalami kecederaan agak parah, akibat mengalami kemalangan di tempat kerjanya awal bulan ini..alkisah pekerja ni baru sahaja seminggu bekerja sebagai Operator mesin membelah kayu di sebuah sawmill..satu mesin ada 3 pekerja..dua pekerja mengendalikan mesin membelah kayu manakala satu pekerja lagi tukang susun kayu yang selesai dibelah..nak dijadikan cerita semasa tolak menolak kayu ke mesin untuk di belah entah macam mana kayu yang nak dibelah ni agak keras sikit kayunya..tolak punyer tolak tangan pekerja ni plak yang tertolak ke mata mesin pembelah kayu..apa lagi zapppp sekali aje habis putus pergelangan tangan kirinya..putus terus geng tak de nye terkulai kulai zapppp putus!!!
2.Melihat kedaan sedemikian rupa rakan2 sekerjanya terus membawa pekerja malang ini segera mendapatkan rawatan di Hospital..terus diberi rawatan kecemasan..pergelangan tangan yang terpotong tu turut dibawa bersama..namun malangnya tidak dapat disambung lagi..semasa siasatan dibuat sempat jugak aku masuk melawat dan melihat dan di demostrasi cara2 belah kayu dengan mengunakan mesin di tempat kerja ini..hmmm kalau lalai dan alpa serta tidak berhati hati mudah sangat nak kena...zappp kompem putus beb sebab mata mesin tajam!
3.Apa yang nak diceritakan kat sini kemalangan ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila bila masa sahaja..dalam kes ini pekerja ini baru sahaja seminggu masuk kerja..majikan pun belum sempat membuat potongan Perkeso sebab baru masuk kerja..Namun itulah Perkeso ianya prihatin dan sangat Prihatin..hari pertama masuk kerja kalian telah dilindungi Perkeso!!!Jadi jika berlaku kemalangan pada hari pertama bekerja di sesebuah perusahaan jangan ragu2 minta majikan claim dengan Perkeso kerana kalian dilindungi sebaik sahaja bekerja atau hendak memulai kerja hari pertama kerja!!!alaaaa kalau hari pertama nak pi kerja dah kemalangan belum pun sempat sampai di tempat kerja baru maka ketahuilah kalian kemalangan itu TELAH MEMBOLEHKAN KALIAN CLAIM PERKESO..dengan syarat majikan kalian adalah majikan berdaftar dengan PERKESOada kilang ada HR kilang mengatakan tunggu tiga bulan kerja baru boleh claim Perkeso aaaahhh itu mengarut!!!!!!!masuk aje kerja kemalangan boleh terus claim!!!!

Sabtu, 11 Ogos 2018

kecederaan teruk kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja@claim socso

1.Salam geng minggu lepas sempat ke Felda Tenggaroh Mersing siasat satu kes kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja..jauh perjalanan nak ke rumahnya..semasa kemalangan berlaku dikatakan beliau menunggang motorsikal dan dirempuh lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja..
 
2.Agakan aku ingatkan kecederaan beliau biasa2 sahaja..namun sebaik sampai ke rumahnya Allahuakbar teruk geng..beliau tak boleh bercakap langsung..makan tak boleh hanya minum susu khas melalui tiub sahaja..guna pampers..so dalam keadaan sebegini kita fahamla..nak ambik pernyataan si kemalangan sememangnya tak boleh sebab beliau tidak boleh bercakap..yang ada cuma laporan polis dan maklumt dari majikan dan maklumat dari keluarga..Alhamdulilah keluarga sahkan beliau turun dari rumah dengan pakaian kerja dan memang nak ke tempat kerja..begitu juga pengesahan dari pihak majikan ikut jadual kerja memang beliau sepatutnya kerja hari kemalangan itu maka tanpa teragak agak aku ssyor kes ini sebagai kes bencana kerja dan sekali gus diluluskan pihak Perkeso..Alhamdulilah bayaran cuti sakit (MC) telah pun dibayar dalam tempoh 1 hari sahaja..balik terus buat geng!!!
3.selain itu Inshallah Perkeso juga akan memberi alatan pemulihan sebagai sokongan kepada pekerja ini seperti lampin pakai buang (pampers) susu khas,kerusi roda dan keperluan yang lain yang diperlukan daris emasa ke semasa mengikut pengesyoran dari pihak Doktor! Harap sangat beliau cepat pulih..geng macam biasa aku tak kan jemu untuk bagi tahu hangpa semua mencarumlah dengan Perkeso kita tak tahu nasib kita macam mana geng..kalau jadi macam ni kecederaanya lambat pulih geng..dengan adanya Perkeso inshallah sedikit sebanyak beban menjadi ringgan Inshallah!Kita tak pernah abaikan pencarum Perkeso!
5.Kalau terlibat dalam kemalangan sebegini waris cepat2 bagitahu majikan/pihak syarikat agar segera minta majikan buat laporan kepada pihak Perkeso,pihak Majikan pulak janganla tunggu lama-lama,bila dah dapat maklumat dari keluarga atau waris pekerja yang kemalangan maka cepatlah bertindak jangan lembab sangatla hahaha bukan payah pun hangpa HR syarikat atau majikan just ISI borang 34 kemalangan isi bahagian kemalangan sahaja, sertakan MC/cuti sakit,laporan Polis kemalangan,slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan,puch card atau rekod kedatangan bulan kemalangan...hehe senang kan bukan susah pun!

Selamat Hari Kebangsaan Ke 61 Sayangi Malaysiaku


Khamis, 9 Ogos 2018

17 Majikan di Mersing Endau di Kompaun kerana Gagal Mendaftar Perusahaan dengan Perkeso

Alhamdulilah hari ni sempat menyertai Ops Kesan Perkeso 2018 yang diadakan sekitar kawasan Mersing dan Endau, seperti biasa Ops Kesan ini adalah Operasi untuk memburu majikan yang masih gagal mendaftar Perusahaan dan juga pekerja dengan pihak Perkeso setelah tempoh pemutihan tamat 31 julai yang lalu, untuk makluman sebelum Ops Kesan digerakkan majikan di seluruh Negara telah diberi tempoh pemutihan selama sebulan bermula bulan Julai 2018 setelah tamat tempoh pemutihan maka Operasi mengesan majikan yang masih gagal mendaftar perusahaan/perniagaan dengan pihak Perkeso segera di gerakkan. Untuk kali ini Operasi yang disertai kira-kira 18 anggota pejabat Perkeso Kluang telah di pecahkan kepada 6 kumpulan yang telah bergerak memulakan Operasi sejak jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
2.Operasi yang diketuai sendiri Pengurus Pejabat Perkeso Kluang Encik Ahmad Suzaime Abd Aziz teah berjaya memeriksa kira-kira 57 premis di kawasan Mersing dan Endau, dari 57 Premis yang di periksa di dapati sebanyak 17 majikan telah di kompaun atas kesalahan gagal mendaftar Perusahaan dengan Perkeso mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di mana jumlah keseluruh nilai Kompaun adalah RM19,000.00
3.Pengurus pejabat Perkeso Kluang yang ditemui semasa Operasi ini menegaskan Ops Kesan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengesan majikan-majikan yang masih ingkar untuk mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak perkeso,beliau memaklumkan mana-mana majikan yang mengaji sekurang-kurangnya 1 pekerja warganegara Malaysia wajib mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak Perkeso, ini penting agar kebajikan pekerja terbela jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan ketika bekerja, kemalangan ketika balik kerja atau kemalangan ketika perjalanan ke tempat kerja sepertimana melalui skim-skim yang ditawarkan Perkeso seperti skim bencana kerja dan juga skim Keilatan.
4.Pelbagai alasan lapuk diberikan pihak majikan untuk mengelakkan mereka dikompaun antaranya tidak ada masa untuk mendaftar perusahaan mereka dengan Perkeso, Pekerja sendiri tidak mahu dicarum dengan Perkeso, majikan tidak tahu dan macam-macam alasan diberi untuk menghalalkan perbuatan mereka yang gagal mendaftar Perusahaan dengan pihak Perkeso, namun Alhamdulilah operasi Berjaya!

Jumaat, 27 April 2018

Bengkel Skuad Perkeso Prihatin 2018

1.Agak kepenatan sikit geng..dan agak lama serta tak berkesempatan untuk masuk ke blog ni,banyak sangat masa di tumpukan pada kerja dan keluarga aduhhh betul2 tak berkesempatan..Oh yaaa hari ni aku baru sahaja pulang dari menghadiri bengkel penyeragaman dan pengemaskinian semula SOP Skuad Perkeso Prihatin yang diadakan di Hotel Pasific  Regency Kuala Lumpur..Alhamdulilah banyak yang di bincangkan dan diputuskan pada bengkel tersebut..sudah pasti akan memberi impak positif..Inshallah Skuad ini akan memainkan peranan besar dalam menyelesaikan kes2 yang mendapat liputan media,NGO dan pimpinan Masyarakat dengan kadar segera Inshallah.
2.Sebenarnya Skuad Perkeso Prihatin ini adalah Skuad yang diwujudkan untuk bertindak segera apabila mendapat sebarang maklumat berkenaan Pencarum Perkeso yang ditimpa musibah dan kematian disebabkan kerja dan juga kematian bukan disebabkan kerja..sakit teruk dan lain2..dapat sahaja berita tak kira dari sumber mana sekali pun Skuad ini akan bertindak segera membantu Pencarum mereka Inshallah Skuad ini betul2 pantas dalam membuat kerja yang diamanahkan pada mereka..beribu ribu kes telah rerjaya diselesaikan skuad ini dalam jangkamasa  tidak lebih dari 7 hari sepertimana ditetapkan keatas Skuad ini!!!!
3.Hehehe ada masa nanti aku nak ulas satu persatu berkenaan kejayaan2 skuad ini Inshallah hehehe tu pun lau ada masa geng hehehe..

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2018


Sabtu, 14 April 2018

Fishing Bay Resort Teluk Buih Mersing 2018

1.Salam geng lama tak menulis hehehe, semalam kebetulan ada majlis kahwin di Mersing, so aku ambil kesempatan alang2 nak ke Mersing pi kenduri kahwin, aku bawa anak2 sekalai untuk bercuti walaupun sekadar 1 malam sahaja, 1 malam cukup lah!..bagi anak-anak mandi kolam dan laut sekali..so resort yang terbaik yang boleh hangpa pilih untuk resort yang mempunyai kolam dan laut di Mersing yang best adalah Fishing Bay Resort di Teluk Buih Mersing!
 
2.Geng..sebelum aku ke resort yang terletak di teluk buih Mersing ni ada jugak la aku tengok google view dari mereka2 yang pi sini hehehe ada positif ada negative..itu biasa la geng itu pendapat masing2 lah..tak pi kita tak tahu kalau pi baru tahu orang kata kikiki..sebab aku pun tinggal Kluang saje jadi tak jadi hal lah..tak bagus lain kali tak yah pi kan kan..lagi pun sebenarnya resort ni aku dah berkunjung 2-3 kali atas urusan keje kikiki..masa tu tak dak kolam lagi tapi la ni dah ada kolam agak cantik!hmm lama sebenarnya tak datang sini..
 
3.Aku daftar masuk resort jam 2.00 petang selepas Jumaat..pehhh makin cantik resort ni!!!Aku ambil resort Duluxe Room mengadap betul2 pantaiiiii..cukup muat untuk kami suami isteri dan 4 anak2 kecil kikiki..apa yang istimewa bilik ni hanya ada 4 sahaja yang betul2 tepi laut dan mengadap pantai hahaha..buka aje pintu bilik laut di depannya dan tinggal kat bilik ini bertemankan derungan ombak yang menghempas pantai huhuhuhu best geng!!!bilik luas!angin laut masuk bilik habaq hang!
 
 
4.Kawasan resort aku amat suka,tenang dan amat cantik geng..kawasan luas hangpa nak buat family day amat sesuai geng..kawasan redup..parking kenderaan langsung tak jadi masalah parking depan resort/depan bilik kita lahhhh hehehe..macam biasala aku tengok malam2 ramai yang bbq depan bilik aje huhuhu seronokla hangpa aku bawa budak2 ni mana la nak bbq bagai kikiki..
 
5.Pantainya ok cantik,tak kotor sepertimana dakwaan vmereka2 yang dah mai kikiki aku baca view dari yang terdahulu..pantai bersih la geng,cantik dekat plak dengan bilik..anak aku pas puas mandi pantai depa pi bantai mandi kolam plak..Alhamdulilah masa aku pi kolam bersih!!!kolam bersih dan pantai cantik...tenang tengok pulau tak jauh dari bilik aku tu!

6.Hehehe sarapan pagi depa sediakan untuk yang bermalam..alhamdulilah ada macam2 jugakla..kueh teow goring,kuih muih ,nasi lemat dan buah2..nasi lemak sedappppp sangat aduhhhh..geng kalau hangpa nak mai sini baik hangpa bawa tong ikan siap2 sebab sebelah resort ada jeti nelayan kampong yang jual ikan segar..betul2 segar geng!!!segar dan murah!!!