Sabtu, 15 September 2018
Khamis, 13 September 2018
Cedera Ketika bersukan Mewakili Syarikat Boleh Claim Perkeso!!!
1.Akhir-akhir ni banyak pula soalan dari rakan-rakan kita, yang dok bertanya kat blog aku ni berkenaan kemalangan dan kecederaan yang berlaku ketika pekerja terbabit menyertai acara/pertandingan sukan mewakili majikan/syarikat/jabatan dalam pelbagai acara sukan sama ada boleh claim dengan Perkeso atau tidak hahaha..ramai geng yang dok tanya..aku rasa dah banyak kali dok habaq tapi takpa sebab hangpa tanya jadi aku habaq sekali lagi hehehe semoga ia boleh sikit sebanyak membantu hangpa menambah ilmu berkenaan Perkeso ni..terutama sekali geng2 HR( Sumber Manusia) ni biar depa celik sikit tentang apa yang kita patut dapat dari Perkeso itu hak kita kan kan..tuntut selagi dibenarkan tuntut hehehe.
2.Macam ni..yang aku maksudkan ni adalah kecederaan ketika hangpa terlibat dalam acara2 sukan yang mana dalam acara tu hangpa mewakili team majikan hangpa,baik sebagai contoh hangpa main bola sepak mewakili kilang cawangan A dan bertemu plak dengan team kilang cawangan B dari majikan yang samala..main2 bola pong pang pong pang tiba2 kena terjah kikiki patah kaki hahahaha maka kecederaan ketika bermain sukan mewakili majikan itu adalah boleh claim dengan pihak Perkeso!!!itu hanya contoh la banyak lagi la contoh lain..katalah hangpa ada karnival sukan di mana Zon Selatan lawan Utara main lah sukan apa pun bila cedera ketika pertandingan mewakili majikan maka boleh claim dengan Perkeso ingat aku cakap ni boleh CLAIM!!!
3.Cara buat tuntutan macam biasalah geng..minta majikan hangpa la buat tuntutan dengan mengunakan borang 34 Perkeso...haaa isi bahagian kemalangan..kat situ bagitahu la kecederaan apa dan bagaimana kejadian berlaku..contohnya ketika sedang menyertai pertandingan badminton mewakili kilang A lawan Kilang B tiba2 raket yang di pegang lawan telah terkena kepala saya lalu pecah kepala hahahaha boleh aje claim..hahahaha itu contoh oiiit hahaha banyak lagi lahhh..hahaha
4.Tapi kena ingatla geng bila mana nak buat claim ni macam biasalah..hangpa kena usaha la sikit..pastikan MC/Cuti Sakit kena ada 4 hari la..pastu dilampirkan bersama bukti-bukti hangpa terlibat dalam pertandingan sukan tu..contohnya gambar pertandingan,senarai nama peserta,jadual pertandingan..haaaa tak susah senang sangat fotostat aje surat2 atau email berkenaan pertandingan yang hangpa serta yang pasti ia mesti Mewakili pihak majikan!!!kalau main suka2 main2 kampong main2 lepas kerja dengan kawan2 ITU TAK BOLEH CLAIM hahahaha..yang aku dok habaq ni claim kecederaan kerana menyertai sukan rasmi yang dianjurkan majikan!!!!hahahaha yang dianjur pati polik kampong sorry bro tak leh claim kalau hangpa cedera lagi2 kalau dok gaduh bagai kah kah kah..
5.Tak susah pun tuntutan ni,bila tuntutan di hantar macam biasa kita cepat aje buat siasatannya dan jika benar hangpa cedera ketika pertandingan itu maka sudah pasti setiap cuti sakit yang hangpa terima akan dibayar oleh pihak Perkeso..bukan itu sahaja bil2 perubatan pun Perkeso bayar,pemulihan dan sebagainya..naaaaa prihatin kan Perkeso!!!sapa nak bagi sebaik Perkeso ni hehehe..jangan kata susah bila kita tahu ia menjadi amat amat senang geng..tak faham lagi mai tanya aku ni hah!!!
Selasa, 11 September 2018
Sabtu, 8 September 2018
Kunjungilah Booth Pameran Perkeso@Tanyalah Pelbagai Persoalan berkenaan Perkeso Jangan Malu2
1.Setiap kali ada jemputan untuk mengadakan pameran atau ceramah berkenaan Perkeso Inshallah Perkeso jarang sekali menghampakan jemputan yang datang kepadanya..hehehe pantang dijemput Inshallah depa pi la tempat hangpa atau program hangpa, dan jangan risau khidmat pameran dan ceramah dari Perkeso sentiasa PERCUMA, Inshallah jika tak bertembung dengan program atau jemputan lain yang mana terdahulula kompem depa pi nye lahhh..kebanyakkan program pameran dan ceramah ni plak banyak yang jatuh pada hari cuti hahaha. biasa macam tu la kah kah kah..jangan risau cuti pun kami mai dek oiiii kerja nyer pasai hahaha..apa yang lebih utama ialah, penyampaikan maklumat kepada masyarakat dapat direalisasikan dengan jayanya seperti mana matlamat pihak yang menjemput kami..kikiki masuk kampong masuk taman perumahan masuk penempatan orang asal..masuk ladang2 heheh masuk pasar2 ikan pun dah jadi perkara biasa dek oiii kikiki..
2.Namun kebanyakkan pameran2 yang kami sertai (tempat aku la kikiki tempat lain tak leh aku nak komen kah kah kah )kunjungan dan sambutan untuk booth pameran kami ni tak la semeriah booth2 pameran lain hahaha walaupun yang ditampilkan bukan sahaja bahan pameran terbaik dari kami dan terkini dari Perkeso, lebih dari itu penjaga booth pameran plak hensem dan jelitawan semuanya hahaha ala2 model kah kah kah..kita kena akui biasanya pameran berbentuk 'berat', ilmiah dan teknikal macam ni tak kan ramai orang akan mengunjungi hehe dengan kata lain tak ramai akan singgah berbanding booth2 pemeriksaan kesihatan..booth2 makanan..booth2 gajet dan lain2 lah hahaha..yang singgah banyak yang tanya kerja kosong ada ka bang hahahaha..nak keje dengan Perkeso..
3.Alangkah baiknya jika peluang2 pameran sebegini yang disertai Perkeso hangpa pi dan ambik peluang berjumpa dan mengenali lebih dekat peranan dan fungsi Perkeso dan cuba fahami faedah2 yang disediakan dan cara bagaimana nak buat tuntutan dengan Perkeso..mana tahu berguna nanti kompem bergunalahhh..bertanyalah seberapa banyak soalan yang yang hangpa tak faham,bukan semua yang tahu pa itu Pencen Penakat, bukan semua tahu apa itu Pencen Ilat..tanyalah apa sahaja yang bermain difikiran yang tak faham2 berkenaan Perkeso masa depa dok buat pameran tu Inshallah depa jawab secara berdepan biar depa jawab sampai hangpa puas hati..so sepatutnya guna peluang yang ada tu macam2 boleh tanya..tapi tu la bila ada pameran macam ni jarang kami dihujani soalan hahaha..hangpa tahu dak kalau hangpa tak tanya apa-apa hangpa rugi..dan yang lebih lagi besar impaknya adalah ia menjadi ubat paling mujabarab untuk melenakan kami di booth pameran hahahahaha..bosan woooo kalau hangpa tak jenguk booth kami :)
Khamis, 6 September 2018
Rabu, 5 September 2018
teliti punca sebenar penyakit baru claim penyakit khidmat jika ia berpunca dari kerja!
1.Tuntutan Penyakit Khidmat ni senang aje nak faham hehe tak susah pun untuk hangpa memahaminya..dalam blog aku ni dah banyak kali dok bicarakan bab tuntutan penyakit khidmat kalau tak paham lagi nak kena sekeh ni bahahahaha..geng penyakit khidmat ni adalah penyakit yang ada dalam jadual kelima socso..ada lah jenis2 penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit khidmat yang sudah pasti penyakit itu muncul disebabkan kerja..alaaa kalau kerja tempat bising hari2 bertahun tahun lama2 pekak tu penyakit khidmat la tuuu kikii..
2.Tapi ada juga pekerja yang dapat penyakit secara semula jadi..penyakit diwarisi keturunan seperti asma,darah tinggi dan lain2 ia bukan penyakit khidmat..namun banyak yang dok hantar hahaha hangpa ni main hentam aje hahaha..apa pun kalau dah hantar kat perkeso/socso mau tak mahu kita kena siasat macam biasala..tak leh nak tolok macam tu aje geng..baru adil baru dinamakan Perkeso itu Prihatin hehehe.
3.Macam dalam kes aku siasat hari ni adalah kes rabun mata..sebenarnya pekerja ni rabun mata/penglihatan sejak umur 8 tahun lagi..masa umur 8 tahun dah kena pakai kaca mata..sooo bila dewasa bila dah kerja dia pi kata rabun matanya sebab kerja ..sebab tengok computer...iya la semua kerja sekarang guna computer..tapi itu la bila kita siasat kita tengok semua sekali termasuk sejarah perubatannya..macam aku habaq tadi walau kita tahu matanya rabun dari kecil namun kalau dah hantar kita kena proses macam biasa...kena siasat macam biasa dan kena buat lawatan ke tempat kerja macam biasa..yang putusnya nanti adalah pihak Jemaah Doktor Khas yang akan bersidang sama ada kes ini boleh disahkan mengalami penyakit khidmat atau tidak...tapi macam aku habaq tadi penyakit khidmat adalah penyakit yang disebabkan kerja!!!kalau sakit tu semuala jadi..sakit yang dah ada ia bukan penyakit khidmat!Senang aje nak faham kan geng :)
Selasa, 4 September 2018
kemalangan tempat kerja perlu dapatkan rawatan segera!
1.Hahaha banyak yang dok tanya aku berkenaan boleh atau tidak claim dibuat bila mana lewat dapatkan rawatan selepas alami kemalangan di tempat kerja..hehe jawabnya boleh pasai pa tak boleh jika benar berlaku kemalangan di tempat kerja!!!sudah pasti boleh geng sapa habaq tak boleh hahaha tu hak kita!!!boleh sahaja claim dengan Perkeso namun macam aku selalu dok nasihat hangpala..bila berlaku kemalangan di tempat kerja jatuh ke atau ditimpa barang berat ke menyebabkan berlaku kesakitan,bengkak pada anggota badan jangan dok tangguh untuk dapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital pada hari tu jugak!ini selain untuk memastikan hangpa dapat rawatan awal untuk kecederaan hangpa dan satu lagi ia cukup membantu menyenangkan hangpa membuat tuntutan degan pihak Perkeso ia lah jatuh hari ni..hari ni jugak pi hospital bukan tunggu 2-3 hari tangan dah bengkak dan lebam dan tak leh angkat tangan baru nak pi hospital!!!hahaha..geng pilihlah jalan yang senang jangan pilih jalan berliku liku hahahaha..tangguh 2-3 hari nanti macam2 leh syak kat hangpa kikiki..
2.Macam kes aku jumpa hari ni pun sama,jari kelingking tangan kiri retak di hempap kotak ketika kemas dan susun barang kat stor tempat kerja..selepas kejadian sakit2 sikit aje..dia tak pi dapatkan rawatan..sebelah malam dah mula denyut2 esoknya tak pi lagi hospital sebaliknya terus datang kerja seperti biasa hahaha..3 hari kemudian bila dah tak boleh tahan jari dah bengkak baru lah terkial kial pi klinik..pi klinik doctor kata retak baru lah kelam kabut pi hospital...hehe dapat cuti sakit lama plak tu aiyaaa..so kalau dah 3-4 hari kejadian baru pi hospital baru pi rawatan bukan tak boleh claim boleh sahaja geng..cuma rumit sikit siasatannya..tu yang aku selalu nasihat pi dapat rawatan segera di mana mana klinik atau hospital jika berlaku kemalangan di tempat kerja tak kiralah kecil ka besar ka kemalangan tu..
lambat kan dapat rawatan..kena 9hb..retak tuuu..pi hospital 13hb??ini yang rumit sikit..kalau hangpa pun hangpa akan syak macam2 kan kan kan..sooo nak senangkan dan tak nak rumitkan tuntutan macam aku cakap tadi kemalangan aje terus dapatkan RAWATAN hari yang sama!hehehe selesai masalah.
Langgan:
Catatan (Atom)

















