Isnin, 8 Julai 2019

Zanurin@pusat rehabilitasi perkeso melaka@trrc

1.Teringat akan mantan Bos aku dulu Allahyarham Zanurin Zakaria,beliau cukup-cukup kagum dengan Pusat Rehabilitisi PERKESO di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya Melaka Bandaraya Bersejarah..tak lekang dari bibirnya satu hari nanti beliau nak berkhidmat di situ!!! ia bukan kerana Pusat Rehabilitasi berada di Negeri tumpah darahnya namun jauh di sudut hati arwah amat berminat untuk berkhidmat di situ..apa boleh buat hajat tak kesampaian beliau meninggal dunia terlebih awal.
2.Tanggal 23 Mac 2012 kami bersama-sama ke majlis pecah tanah pembinaan Pusat Rehabilitasi ni..aaaaah masa itu tak de apa lagi kat sini hahaha..nun jauh di pelosok sana kikiki hutan hutan hutan..namun lihatlah hari ini pusat ini tersergam megahhh nan indah plak tu..ia menjadi kebanggaan kami warga PERKESO secara   keselurahannya ianya satu satunya di asia tenggara beb pada waktu itu hehe..hebatla kan..berbalik pada kisah mantan Bos aku Allahyarham Zanurin Zakaria..bila sahaja beroperasi sepenuhnya pusat Rehabilitasi ini di bibirnya tak lekang2 minta aku aturkan pemimpin masyarakat Daerah Kluang untuk hadir melawat Pusat Rehabilitasi ini adoiii awat bos kalut sangat nak bawa depa ni...hazri ko kena bawa Pemimpin Masyarakat Daerah Kluang ke Pusat ini..tunjuk kat depa semua kemudahan pusat ini dedahkan mereka tentang kehebatan pusat ini..aku nak ko buat juga..hahaha pada aku wahyu ni apa amacam pun kena buat juga haha..
3.Hahaha kadang2 aku pelik napela Bos aku ni susah susah sangat tak sabar-sabar nak minta aku buat lawatan tu..ya beliau akrab dengan pimpinan masyarakat kluang..nak jugak tonjolkan kehebatan pusat itu pada rakan rakan beliau pimpinan masyarakat kluang..akhirnya kami bincang kami atur lalu jadilah juga lawatan pimpinan masyarakat kluang ke pusat Rehabilitasi Melaka itu..tu pun pergi dengan kereta masing-masing..kami konvoi ramai-ramai..pi balik hari aje tak jadi bermalam kat sana hehe..hazri ko tahu tak aku nak sangat kalau boleh pindah sini..hehe..Bos Inshallah ada rezeki Bos dapatla bertugas sini..hazri aku nak jaga mak aku..mak aku tak de sapa-sapa tengok2 kan di Melaka..Inshallah bos ada rezeki adapatla kita sama sama doakan bos..apa kan daya..selepas kami bawa rombongan pimpinan masyarakat Kluang tahun 2017 tak lama kemudian 2018 Bos kesayangan dan bos tempat aku bergaduh tu akhirnya meningal dunia..Allahu..namun beliau puas dan gembira dapat lihat pimpinan masyarakat kluang melawat pusat  rehabilatasi itu..banyak cerita aku dengan arwah..takpa la kita simpan sampai bila2.
4.Kini Pusat Rehabilitasi PERKESO dah bertukar namanya ke TRRC..sungguh gah dalam menyediakan pemulihan kepada OB yang dihantar ke sana..ada doktor sendiri ada jurupulih sendiri ada kakitangan serta kemudahan serba lengkap jurirawat comel-comel belako kata pre timur..kemudahan yang diberi amat terbaik..apa tidaknya OB yang akan menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi ini ditatang bagai anak emas..di hantar ambulans khas dari pusat rehabilitasi itu ke destinasi OB untuk Mengambil OB bagi mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi itu dan ia adalah PERCUMA..rawatan dan segala kos diberi PERCUMA tahkala dalam dunia hari ini semua bayaran dikenakan untuk semua jenis perkhidmatan!!!Alfatihah Bos saya sentiasa merindui kamu!!


Jumaat, 5 Julai 2019

Bersyukur di Bantu PERkESO@Kelantan

       
                                    
KOTA BHARU,6 Julai 2019 -  Seorang Ibu melahirkan perasaan terharu dan  berterima kasih kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan kerana membantu meringankan bebanan yang di tanggungnya memandangkan beliau terpaksa menghabiskan ratusan ringgit sebulan untuk membeli pampers/lampin pakai buang untuk keperluan anak sulungnya yang telah disahkan mengalami lumpuh sepenuhnya pada pertengahan 2018, lebih memeritkan keadaan kedua-dua belah mata anak sulungnya juga telah tidak dapat melihat dan beliaulah yang menguruskan kesemua keperluan hidup anak sulungnya itu tahkala kudratnya sendiri tidak lagi seperti dulu.

Pendapatan Che Eshah Mat Zin
64, sebagai tukang urut tidak menentu, sesekali beliau terpaksa mengambil upah membuat kuih semata-mata ingin menampung keperluan hidupnya, ia diburukkan lagi sejak pertengahan tahun 2018 anak sulungnya Muhamed Daud 46 telah lumpuh sepenuhnya dan tidak dapat melihat. Muhamed Daud yang hanya mampu terbaring memaksa kesemua urusan dirinya diuruskan oleh Ibu beliau seorang diri. Muhamed Daud yang masih bujang tidak dapat menguruskan diri sendiri dan terpaksa memakai lampin pakai buang/pampers setiap waktu.
Kesusahan keluarga ini telah mendapat perhatian Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan di mana hasil makluman pihak media, Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah berkunjung ke rumah Che Eshah di Kampung Siti Manis dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB), dalam lawatan awal yang dilakukan pada 25 Jun lalu semakan mendapati Muhamed Dauk layak menerima bantuan ILAT, ini kerana semakan mendapati Muhamed Daud didapati pernah bekerja di Syarikat Sinar Kehidupan Enterprise sebelum berhenti kerja pada Mac 2012. Penilaian awal telah dilakukan pada hari yang sama oleh Pegawai Pemulihan PERKESO Negeri Kelantan dan telah mendapati Muhamed Daud layak untuk diberi kemudahan bekalan pampers secara berkala sepanjang keilatan yang dialaminya itu selain itu kerusi roda juga turut dibekalkan untuk kemudahan pergerakannya. Pihak PERKESO juga akan merujuk beliau ke sidang Jemaah Doktor (JD) pada kadar yang segera untuk menentukan beliau mengalami Keilatan atau sebaliknya.
Pengarah PERKESO Negeri Kelantan Hajah Nora Yaacob berkata “Muhamed Daud menerima bantuan ILAT sahaja memandangkan bilangan caruman yang dilakukan beliau tidak memenuhi kelayakan bilangan Caruman untuk tuntutan Pencen ILAT, Namun begitu untuk kelayakan bantuan ILAT bilangan caruman beliau mengcukupi dan ini membolehkan pihak kami memberi bantuan segera alatan pemulihan secara berkala seperti bekalan Pampers, begitu juga dengan alatan pemulihan yang lain, yang akan diberi kepada Muhamed Daud dari semasa ke semasa mengikut pengesyoran dari pihak Doktor yang merawat beliau dan ia selaras dengan Seksyen 57 Akta Keselamatan Sosial Pekerja  1969 (AKSP 1969) yang mana jelas memperuntukkan kemudahan alat-alat pemulihan untuk pekerja yang mengalami keilatan.
Oleh itu saya mengingatkan agar mana-mana pekerja yang bekerja pastikan majikan membuat caruman dengan pihak PERKESO ini memandangan bilangan caruman itu sendiri amat penting dalam penentuan kelayakan  Caruman untuk memohon tuntutan Pencen ILAT, dan juga tuntutan Pencen PENAKAT bagi bantuan ILAT memang kami tidak memberi pencen bulanan, Namun alatan pemulihan seperti pampers dan sebagainya akan dibekalkan secara berkala pada setiap bulan dan kami yakin ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung Ibu muhamed Daud” ujar Nora Yaacob ketika mengiringi YB Dato Haji Mahfuz bin Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika menyampaikan bantuan alat pemulihan secara berkala di Kampung siti Manis Pantai Cahaya Bulan di sini hari ini.

Khamis, 4 Julai 2019

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri..Jom tengok2 sikit bosku..


Kemalangan Perjalanan Hendak Makan Dalam Waktu Rehat Dibenarkan@Claim socso beb


1.Kemalangan ketika dalam perjalanan waktu rehat yang dibenarkan untuk pergi makan dan perjalanan selapas makan dalam waktu rehat dibenarkan untuk kembali ke tempat kerja boleh claim dengan pihak PERKESO aku yakin hangpa semua dah tahu pun tentang bab ni tapi saja aku perangat balik sebab ada yang masih tak faham2 bahada kah kah kah hahaha..isunya cukup mudah sebenarnya..bila tiba waktu rehat dibenarkan hang pa puch out keluar hendak pi makan tup tup kemalangan langar babi..ok aje leh claim dengan PERKESO haha ia cukup jelas..x dak sapa leh pertikai..nak makan kat rumah ka kat kedai kopi ka itu hangpa punyer pasai..isu ada ka tak dak kantin dalam tempat kerja ia tidak jadi persoalan..tempat makan hak kita tentukan..asyik makan benda sama bosan jugak beb!bosan bisan bosan bahahaha..
2.Logik akalnya memang majikan tak kan halang pekerja pi makan mana mana kedai atau warung atau cafe atau apa2 lahhh yang depa suka po makan hehe jadah apa majikan nak halang pekerja makan dah tu time rehat depa hahaha..depa nak makan kedai janda ka nak makan kedai amoi ka nak makan kat rumah ka itu hak depa la..haha janji pas makan masuk kerja balik..lain la kerja kota bharu pi makan tengahari kat jerantuk itu bangang namanya..
3.Bila kemalangan dalam perjalanan waktu rehat dibenarkan yakni perjalanan nak pi makan..macam biasa lepas kemalangan pi dapatkan rawatan dulu..sapu ubat apa yang patut hahaha..pastu habaq doktor wa kerja doktor wa mau MC kalau wa tak layak bekerja hahaha..ada jugak doktor lupa nak bagi MC kalau lupa hangpa tolong ingatkan kat doktor tu bahaqa hangpa kerja..bila kerja kena ada MC kalau cedera tak leh kerja..bila doktor bagi MC mohon baca sulu MC tu no kad pengenalan dan nama dalam MC tu biar betul..jangan nombor kad pengenalan betul tapi nama plak salah..pastu tengok dulu pada tarikh MC tu betul ke tidak jangan doktor pi tulis tarikh dan tahun 2018 plak ni dah 2019 kah kah kah..pastu tengok bahagian tanda tangan doktor ada sign ka tidak hahaha..pastu baru pi balai polis buat report kemalangan tu tak kirala hangpa naik kereta ka motor ka basikal ka lori ka atau naik unta sekalipun kikiki..langgar babi pun kena buat report jugak..habaq aje dalam perjalanan nak pi kerja lepas makan tengahari dalam waktu rehat dibenarkan tiba jalan sekian sekian babi menari atas jalan lalu saya langgar dengan sopannya lalau jatuh!hahaha..pastu bawa report polis tadi dan MC asal tu bagi kat HR tempat kerja hangpa dan pastu HR lah akan isi laporan kemalangan hangpa dengan kepilkan sekali peta lakar arah perjalanan dari kedai makan le tempat kerja hangpa tu..tandakan tempat kemalangan tu hahahaha senang kan!!!!!
4.Ada pekerja kata susah..tak susah sayang oiii senang aje baq hang..habaq HR tulis dan isi borang 34 perkeso elok2 supaya dia tak pi mai pi mai dua tiga kali hahaha..ruang masa kerja tu minta tolong tulis la elok2 sayang..jenis kecederaan tu tulis la elok2 sayang..kalau patah jari manis tangan kanan tulis patah jari manis tangan kanan..jangan dok tulis patah hatiku plak kah kah kah kah..sertakan slip gaji 6 bulan sebelum bulan kemalangan..puch kad bulan kemalangan dan salinan buku bank hangpa lah..bagi siap2 salinan buku bank tu jangan dok tunggu perkeso minta baru hegeh2 nak bagi hahahaha ok lah nak tido dulu.

Rabu, 3 Julai 2019

Terima Kasih Rakan Media

Sejujurnya rakan-rakan Media banyak membantu aku dalam melaksanakan tugasan yang diberi pada setiap hari hehehe tanpa mengetepikan rakan-rakan lain seperti PDRM, SPRM, MIO dan lain2 lah..tanpa mereka sukar untuk aku selesaikan banyak perkara berkaitan tugas rasmi setiap hari!  Berbelas tahun semasa aku bertugas di Johor hubungan akrab aku dengan rakan media tak boleh dipisahkan..tak mengira masa siang malam pagi petang kami saling berhubung jika ada kes melibatkan kemalangan maut dan jika melibatkan kes pesakit kronik..haha kadang-kadang waktu larut malam pun masih berhubung masih menyemak kelayakan pesakit untuk claim PERKESO..hehe kadang-kadang kalau tak kena cara boleh merajuk rakan sebantal aku kikikiki..kerja sampai ke rumah katanya Kikiki..nasib baikk rakan tido sebantal aku amat memahami..aaahhh rindunya rakan2 media kat Johor..kami boleh bersembang..kami boleh minum-minum sama hahaha..ada kala sempat mengumpat kah kah kah kah..
Balik ke Kelantan ingatkan dah tinggalkan rakan-rakan media Kikiki rrrrrrupa-rupanyaaaaa tugasnya bawa ke negeri sendiri hahahahaha..tetap berurusan dengan rakan-rakan media yang tercinta juga hahaha..cuma orangnya saja yang berbeza..rezeki aku bahaha..Alhamdulilah walaupun begitu mungkin kerana karektor aku yang banyak cakap ni dan tak reti malu ni maka dah biasa berkawan dengan rakan media maka amat mudah untuk mencari kawan media di Kelantan Alhamdulilah mereka sepeti rakan media di Johor..amat baik hati dan amat mudah dijadikan kawan!
Seperti rakan media di Johor..rakan media di Kelantan juga amat mudah untuk di hubungi..dan seperti di Johor..rakan media di Kelantan kami berhubung tak kira masa hahaha..ada siang malam pagi petang Kikiki..Alhamdullilah Allah s.w.t permudahkan segalanya..Alhamdulilah mereka juga tidak kedekut ‘info’ maklumat di beri pada kadar segera apabila mereka memperolehinya takt ahu macam mana nak balas budi baik mereka!
Sebab mereka baik dan amat memberi kerjasama kadang kala membuat aku malu..hmm kalaula  la aku kaya raya mau aku tiap masa belanja depa minum makan2 bahahaha..dah macam keluarga plak dengan depa ni 😊..kalau tak de depa ni kompem pening kepala tahap dewa aku! Sebab tu aku kalau boleh akan menjaga hubungan baik  dengan rakan-rakan media ni sebaikknya hahaha depa pun kalau buat open house tak lupa nak jemput kami di PERKESO..bab makan kita makan haha..kadang kala berpeluh dan cukup risau aku kalau temujanji dengan rakan media lari masanya ahhhh tak sedap duduk aku kalau buat mereka  tertunggu tunggu tapi tu lah..ada kala bila melibatkan VIP masa lari sikit2 kikiki..
TERIMA KASIH RAKAN MEDIA



Mini Karnival Pekerjaan PERKESO Kelantan@Julai 2019

Allahu sejak berpindah lokasi kerja ni tak sempat geng nak update blog hahaha ada la busy sikit2 geng.. doakan wa beb supaya mampu bertahan hahaha..kat kampung pun akses Internet kurang sikit beb..apa nak buat hehe tapi selagi mampu  Inshallah wa akan di update catatanya dari masa ke masa ikut ada masa terluang lah hahaha..la ni wa balik opis sampai rumah pun ala2 hayal nak tidoq dah hahahaha..penat siot!
Hari ni kat Opis wa ada buat Mini Karnival Pekerjaan kali ke berapa dok ingat dah wa beb kalau tak salah lebih 7 kali dah kot..tapi untuk hari ni dua syarikat jah yang mai ambik bahagian..mini karnival pekerjaan ni dianjur oleh  bahagian Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO Negeri Kelantan..tak berapa ramai yang hadir ada la dalam 108 orang yang hadir untuk cuba nasib kot2 dapat kerja..harap2 mereka yang hadir temuduga tu berjayala..sian jugak ada yang dah 2-3 kali mai temuduga masih lagi tak berjaya dapat kerjanya..jangan putus asa beb mai la temuduga selagi boleh Inshallah lama2 sangkut haha..
Untuk rekod..bahagian Sistem Insurans Pekerjaan ini dari semasa ke semasa akan menganjurkan karnival Pekerjaan sebegini semata mata untuk membantu orang ramai mendapat kerja..hehe sekarang temuduga kerja banyak yang dah di buat oleh PERKESO melalui bahagian Sistem Insurans Pekerjaan ini dulunya banyak dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja la ni dah lain hahaha..PERKESO plak turut sama bantu beb!!!

Tahniah geng Sistem Insurans Pekerjaan Pejabat PERKESO Negeri Kelantan hangpa banyak membantu anak2 kelantan dapat kerja!!!