Selasa, 6 Januari 2026

BALU USTAZ MOHD YAMAN SK AGAMA AL HIKMAH TERIMA PENCEN PENAKAT PERKESO

 

1.Hari ini saya menerima maklumat kematian seorang Guru Agama di Sekolah Rendah Agama Al Hikmah Pengkalan Chepa. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah agama swasta. Sebagai Guru di sebuah sekolah swasta sememangnya wajib mencarum PERKESO, bukan guru sahaja bahkan kakitangan yang laiannya juga. Alhamdulilah semakan awal mendapati memang caruman PERKESO ada dibuat untuk Allahyarham guru ini.Tanpa berlengah saya hubungi pentadbiran sekolah untuk mendapatkan maklumat lengkap dan Alhamdulilah mendapat kerjasama penuh dari pihak pentadbiran sekolah, saya dapat contact nombor isteri Allahyarham lalu terus ke rumahnya di Taman Sri Mas untuk segera membantu dengan mengisi borang tuntutan Pencen Penakat serta menyampaian sedikit bantuan pek makanan dari PERKESO. Inshallah Isteri dan anak-anak akan menerima pencen Penakat PERKESO!

2.Pencen Penakat PERKESO seringkali saya bicarakan sejak 17 tahun lalu di blog ini hahaha lama tu berbicara bab faedah PERKESO walaupun bukan influencer PERKESO pun haha..tapi saya tak akan jemu untuk menceritakanya..Pencen Penakat PERKESO adalah Pencen dibayar seumur hidup untuk Pasangan kalua suami mati isterilah terima..Isteri akan terima sepanjang hayatnya manakala anak-anak pulang sehingga mencapai 21 tahun Sahaja atau kalau belajar sehinggalah Ijazah Pertama!Kalau belum kahwin?Kalau belum kahwin pencen itu akan dibayar kepada kedua ibu dan bapa..Pencen Penakat adalah Pencen PERKESO akibat kematian Pencerum bukan disebabkan pekerjaan/Kes bukan Bencana Kerja.Tapi ada syaratnya mesti cukup syarat kelayakan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun.



Isnin, 5 Januari 2026

MAS GEMAK ,FAEDAH ORANG TANGGUNGAN [FOT] BETAPA PENTINGNYA MENCARUM PERKESO!

1.’Pemergian’ secara mengejut Allahyarham Mas Gemak atau nama sebenarnya Ameerul Hayqal Mohd Amran 22 yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 35.8 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai [Simpang 3] Dewan Kechil Labok Machang pada 3 Januari lalu mengejutkan bukan sahaja keluarga tercinta, bahkan ramai kenalan dan pengikut setia Influencer yang popular di Negeri Kelantan itu turut berdukacita. Jenazah Allahyarham semalat dikebumikan di Kampung halamanya Kampung Penakah Kemuning Machang selepas Solat Asar 4 Januari 2026.

2.Terima kasih pihak media yang banyak memberi’ input’ berkenaan kes ini, rakan-arakan Allahyarham dan tak lupa Majikan Allahyarham [ En Wan] dari Qarung Guni Bundle yang begitu baik memberi kerjasama penuh kepada pihak PERKESO.Tanpa Majikannya agak sukar juga saya nak mengesan rumah keluarga Allahyarham, maklumlah Alamat dari pihak Polis dan dalam dokumen pengenalan diri Allahyarham tinggal di Kampung Penakah Kemumin Machang, Tapi itu kampungnya mereka tak menetap disitu, mereka tinggal di Taman Damai tadi saya hampir tesesat nasib baik majikan Allahyarham dan pelan siap-siap Lokasi rumah dan Ibu Allahyarham menunggu pulak di luar Alhamdulilah dipermudahkan sungguh urusan semuanya.

3. Jadi hari ini Alhamdulilah saya berkesempatan berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham di Taman Damai Padang Selising Machang. Allahyarham Ibu dan adik-adik tinggal disini.Lama juga kami bercakap-cakap sesekali ramai lagi yang masih menziarahi keluarga ini, sanak saudara dan paling ramai rakan-rakan Allahyarham yang Ibunya sendiri tidak mengenali.Allahuakbar baiknya Allahyarham sepanjang hayatnya ramai Kawan-kawan menziarahinya. Untuk hari ni saya bantu lengkapkan semua dokumen tuntutan Faedah Orang Tanggungan [FOT],isi semua borang tuntutan Allahyarham. Siap semuanya hari ini!

4.Faedah Orang Tanggungang [FOT] dengan bahasa mudah  adalah Pencen daripada PERKESO untuk waris Allahyarham iaitu Ibu Bapanya yang akan dibayar Pencen setiap bulan sehingga mereka meninggal dunia.Kalau Allahyarham telah berkahwin pencen akan dibayar kepada Isterinya,Namun disebabkan Allahyarham belum masih bujang maka Pencen akan dibayar kepada Ibu Bapanya. Pencen ini lebih tinggi nilainya jika hendak dibandingkan dengan Pencen Penakat! Pencen FOT ini adalah Pencen kematian disebabkan BENCANA KERJA, apa itu BENCANA KERJA?BENCANA KERJA adalah apa-apa kemalangan yang berlaku Ketika pekerja sedang bekerja, kemalangan yang berlaku pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja atau balik kerja, kemalangan dalam waktu rehat dibenarkan [makan] kemalangan disebabkan factor pengajian seperti [semasa kursus,kerja diarah majikan dari semasa ke semasa] senang nak faham dan tak susah pun asal kemalangan disebabkan kerja. Bukan itu sahaja, waris Allahyarham juga akan menerima Faedah Pengurusan Mayat [FPM] bayar sekaligus RM3000  Inshallah!

5.Satu lagi kena ingat Pencen Faedah Orang Tanggungan [FOT] ini tak de tarikh matang! Janji majikan daftar pekerja dengan PERKESO hari pertama kerja telah pun dilindungi!!! dengan kata lain belum pun lagi caruman dibayar namun Ketika ‘otw’ nak pergi ke tempat kerja pada hari pertama kerja dah terlibat dalam kemalangan maut maka warisnya layak menerima Faedah Orang Tanggungan [FOT] jika kesnya telah pun disahkan sebagai BENCANA KERJA. Acapkali saya ingatkan carumlah pekerja dengan PERKESO janganla perjudikan nasib pekerja dengan tidak mencarum PERKESO. Tak perlu lah tunggu pintu kedai diserbu PERKESO baru nak daftar, buanglah tabiat sebegitu PERKESO ni bukan setahun dua pun wujud tahun 2026 bakal sambut Hari PERKESO Ke 55!

Terima Kasih Majikan Allahyarham Qarung Guni Bundle yang MENCARUM PERKESO!

Jumaat, 2 Januari 2026

PERKESO BERI 80% DISKAUN DENDA FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR[FCLB] SAH SEHINGGA 28 FEBRUARI 2026::CARA-CARA RAYUAN FCLB PERKESO!

 

1.Susulan Pengumuman YB Menteri KESUMA pada 19 Disember 2025,PERKESO telah mengumumkan memberi 80% diskaun terhadap Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) yang dikenakan terhadap Majikan yang lewat membuat bayaran caruman pada setiap bulan semasa atau juga Majikan yang membayar tunggakkan caruman lalu dikenakan FCLB. Jika Majikan membayar secara teratur pada setiap bulan caruman semasa tidak dikenakan pun FCLB ni, Malangnya mungkin ada lah sebab-sebab tertentu ada Majikan selalu lewat membayar caruman melepasi tarikh akhir bayaran caruman pada setiap bulan maka itulah FCLB dikenakan. Adakala jika tunggakkan caruman bertahun-tahun bila kalian membayar tunggakkan caruman itu ada denda lewat dikenakan,denda itu lah dinamakan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).FCLB setakat RM5 ok lagi la,tapi kalau beribu-ribu nilainya boleh masuk meminang anak dara dibuatnya haha..

2.Namun jangan gusar jangan gundah jangan khuatir,kalian ambil lah peluang pengurangan 80% yang diumumkan YB Menteri KESUMA berkuatkuasa serta merta sehingga 28 Februari 2026!Jangan tunggu lama cepat-cepat ambil peluang terbaik ini.80 % pengurusangan FCLB itu tersangatlah besar dan amat bermakna sekali, macam-macam lebihan wang dari pengurangan FCLB itu kalian boleh lakukan Inshallah ia amat membantu khususnya peniaga-peniaga kecil untuk memperbaiki aliran tunai dan sudah tentu mampu 'mengurangkan' sakit kepala dari memikirkan denda FCLB ni..sudah tentu akan rasa lega bila bayaran FCLB dapat diselesaikan percayalah HR-HR Syarikat tahu lah benda ni.

3.Nak dapat 80% Pengurangan ni bukannya automatik ya Tuan/Puan,kalian perlu log masuk ke Portal Assist dan buat rayuan disitu dan jangan lupa sebelum log masuk portal Asisst kalian siap-siapkan la dulu surat rasmi rayuan FCLB sebab nak kena attch sekali dalam portal tersebut. Kat bawah ni saya sertakan langkah-langkah atau cara-cara  untuk membuat rayuan denda PERKESO Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB),Log in ke dalam Portal Assist dan ikuti langkah demi langkah ini Inshallah boleh!Selamat mencuba dan semoga Membantu.







Khamis, 1 Januari 2026

HARI PERTAMA TAHUN 2026::KERJA SEPERTI BIASA!

1.Hari pertama bagi tahun 2026 kerja seperti biasa. Permulaan Tahun baru 2026 Niat dari rumah awal-awal lagi nak ziarah pesakit di Kampung Bukit Perah Pasir Mas hari ni, kerana beberapa hari lepas dapat maklumat dari Pusat Khidmat DUN Apam Putra berkenaan keuzuran Pencarum kami, asalnya dikhabarkan mengalami sakit stroke. Masa dapat maklumat dari Pusat Khidmat DUN saya masih bercuti tahunan,hari ni baru mulakan kerja. Hari ni juga permulaan hari pertama tahun 2026 adalah rutin untuk kaunter utama PERKESO Kelantan mengadakan bacaan yaasin awal tahun dan solat hajat pembukaan hari pertama kerja tahun 2026. Jadinya kita ‘join’ program solat hajat dan bacaan Yaasin seperti biasa dulu sebelum ziarah prihatin. Alhamdulilah..

2.Usai Program solat hajat dan bacaan Yaasin terus hubungi keluarga pesakit yang saya nak ziarahi itu..Allahuakbar dikhabarkan pada pagi tu jam 5 pagi beliau telah menghembus nafas terakhir.Telah meninggal dunia di Hospital Pasir Mas Allahu tak sempat saya nak lakukan ziarah semasa beliau masih 'ada'.Al-Fatihah dan salam takziah untuk seluruh ahli keluarga terdekat arwah. Selepas hubungi keluarga Arwah tak lama kemudian pejabat YB DUN Apam Putra pula hubungi memaklumkan berita kematian pesakit tadi. 

3.Tanpa membuang masa terus ke rumah arwah, Jenazah dikebumikan selepas solat Zohor. Selesai proses pengkebumian dan bila dah keadaan reda dengan orang ramai pun dah tiada saya macam biasa la jumpa waris arwah dan bantu warisnya mengisi dokumen tuntutan setelah mendapat keizinan berbuat demikian,lagipun warisnya hanya Ibunya sahaja yang berumur 82 kerana arwah telah pun kematian bapa dan arwah pula masih bujang maka selayaknya la saya bantu mengisi dokumen dan terangkan apa yang perlu.Alhamdulilah selesai hari yang sama!!!tak susah pun untuk mebantu dan Allah permudahkan urusan. Inshallah Ibu arwah layak Pencen Penakat sehingga akhir hayatnya. Mencarumlah dengan PERKESO Inshallah ada ‘bekal’ untuk waris dikemudian hari.



Rabu, 31 Disember 2025

16 TAHUN BUDAK BAKONG

1.Rasa macam baru sahaja menulis di blog rupanya dah 16 tahun. Kadang kala sempat update kadang kala setahun hanya berapa kali sahaja update nya, banyak halangan sungguh dari segi masa dan capaian internet dan lain-lain. Bermula tahun 2010 menulis sekadar mengisi masa dan juga perkongsian maklumat dan lebih kepada simpanan pengalaman boleh lihat masa bersara nanti. Satu Ketika dulu penulisan blog memangla popular menjadi pihan pembaca namun la tidak lagi kot, banyak yang mencari di media social lain yang pelbagai Facebook dan macam-macam lagi la. Akan tetapi saya masih setia disini!

2.Inshallah esok 1 Januari 2026 masuk tahun ke 17 nyawa blog ini. Tidak mengapa akan menulis dan terus menulis bila ada masa sahaja. Maklumlah blog sekadar suka-suka bukan ada nilai komersial apa pun. Namun Inshallah akan meneruskan perkongsian maklumat kerja saya setiap masa terluang.

3.Kalau nak diikutkan tahun 2025 ni hari-hari ada sahaja maklumat yang hendak dikongsikan maklumlah setiap hari ada sahaja benda baru dan maklumat baru hendak disampikan, pelbagai program dan libat urus pelbagai info saban hari aaaaaa sesibuk PMX jadinya tahun ni hahaha. Mana taknya ceramah setiap hujung minggu tak kan mis!ada Sahaja programnya itu hari minggu!hari kerja tak payah kata la haha.

4.Apa pun saya mencintai pekerjaan ini..saya bekerja sambil menuai pahala Inshllah.Niat saya pulang ke kampung halaman pun niatnya untuk membantu masyrakat disini.Depa nak ikut tak nak ikut itu depa punya pasai lah,janji kita telah sampaikan maklumat yang betoi dan membantu semua pencarum PERKESO yang memerlukan Inshallah.Ya saya masih di Skuad PERKESO Prihatin!!!



 

Selasa, 30 Disember 2025

CUTI SEKOLAH BALIK KAMPUNG

 

1.Setiap kali cuti persekolahan kami sekeluarga akan pulang ke Kluang Johor,ibarat balik ke kampung halaman,anak-anak gembira sangat apabila hendak balik kampung ia la tempat mereka lahir dan membesar di sana ramai Kawan-kawan persekolahan mereka,anak-anak sempat belajar di Sekolah Kebangsaan Ladang Ulu Remis Layang-Layang Johor dan sempat juga belajar di Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Benut Kluang Johor sebelum semuanya berpindah ke SK sri Wangi 2 Gua Musang tahun 2020.

                                        kedai makan 'bawah kolong' kluang

2.Balik Johor tak perlu risau kami ada rumah di Kluang Johor, lama bekerja di Johor sempatlah beli satu rumah kat sana, sampaila ke hari ini rumah tu dibiarkan kosong untuk memudahkan kami tinggal disitu setiap kali balik ke Johor setiap kali musim cuti persekolahan.Alhamdulilah Syukur rumahnya baik-baik Sahaja walaupun ditinggalkan sebegitu lama,dalam setahun adala 2 kali balik mengikut cuti persekolahan.

 

                                                        kari kambing 40 hari

3.Selalunya anak-anak suka balik Johor bukan sebab dapat  jumpa kawan-kawan pun lebih dari itu mereka dapat tinggal dan bermalam di rumah kami yang 1001 kenangan sejak mereka bayi dan dapat jalan-jalan cari makan tempat kesukaan kami makan sewaktu dulu hahaha..tak nak lah kedai-kedai viral yang kami kunjung tetap kedai makan yang kami sering kunjungi sejak dulu sampaila lani.

                                      warong sejahtera  cuti sekolah disember 2025

                                               di warong sejahtera 12 tahun lalu

4.Dan satu lagi hahaha dapat tengok wayang hahahahaha..bila-bila masa 10 minit sahaja dari rumah.




Isnin, 29 Disember 2025

SELAMAT HARI LAHIR NUR QAIRINA HUMAIRA!!!

Genap umur 13 tahun Nur Qairina Humaira [Humaira 3] pada 28 Disember lalu. Anak kedua bongsu yang begitu manja sebelum dapat Humaira 4 hahaha. Begitu pantasnya masa berlalu,dok tunggu-tunggu ingatkan lahir bulan Januari [tahun baru] apaa 28 Disember tinggal beberapa hari nak masuk tahun baru beliau 'keluaq' juga.Alhamdulilah menambah lagi ‘perangai’ yang pelbagai anak-anak dalam keluarga kami hahaha.

2.Lahir di Kluang Specialist Maternity Centre Sdn Bhd Kluang Johor Darul Takzim,kiranya ic 01 hehe. Dijaga dan diasuh oleh pengasuh anak-anak kami yang dipanggil ‘atok’ di Taman Cahaya Pelangi, ya kesemua anak-anak di jaga ‘atok’ dari bayi lagi..sebab itu pantang cuti sekolah kali balik ke Johor sambil tengok rumah juga akan ziarah ‘atok’ pengasuh anak-anak.

3.Semoga menjadi anak solehah Nur Qairina Humaira!!!