Selasa, 17 Februari 2015

kemalangan pergi dan balik kerja@claim dengan perkeso

 
1.Hari ni aku kerja macam biasa daa..siasat kes kemalangan yang melibatkan tuntutan dengan pihak perkeso..hari ni aku siasat kes melibatkan pekerja di Kawasan Air Hitam dan simpang renggam dan terlepas ke Benut juga coz area benut dah dibenarkan masuk hahaha dulu kawasan tu kawasan perkeso JB..macam biasalah kes kemalangan jalan raya melibatkan pergi/balik kerja..dua-dua kes yang aku siasat hari ni boleh disahkan sebgai kes bencana kerja...ada bukti jelas kemalangan berlaku dalam perjalanan balik dan pergi kerja..Inshaallah kes tuntutan itu diselesaikan dalam tempoh 2 hari sahaja hahaha tak lama kalau dokumen ok aku terus siasat aje...dan terus buat pengesyoran..sebenarnya tak payah/tak susah/tak rumit/tak leceh pun nak buat tuntutan dengan pihak Perkeso..cuma yang jadi rumuit/jadi susah bilamana kita tak tahu nak buat itu sahaja hahahaha...cara2 aku dah tunjuk dengar jelas kat blog aku ni hangpa carila memang ada...kalau tak pandai lagi hangpa letak jawatan la sebagai HR lagi bagus wakakakaka kasi pada orang lain yang leh paham hahaha..aku siap bagi contoh cara nak isi tuntutan macam mana kan kan...senang aje ehhh...
 
 
 
2.Aku siasat 3 kes aje hari ni..2 kes kemalangan melibatkan kecederaan patah anggota badan dan 1 lagi kes melibatkan kematian dalam perjalanan balik kerja..bagi 2 kes kemalangan patah anggota badan selepas siasatan kes dan disahkan bencana kerja akan dibayar cuti sakitnya...bil2 perubatannya dibayar dan kalau ade alat2 pemulihan akan diberi ikut pengesyoran doktorlah...pas tu jika ada kecacatan kekal akan boleh dibuat tuntutan juga dengan perkeso..tapi tunggulah bila dah habis semua cuti sakit dibayar barulah boleh buat tuntutan hilang upaya kekal kan kan geng..rujuk post2 aku yang sebelum ni hehehehe...bagi kes melibatkan kematian tadi macam biasalah FOT (faedah orang tanggungan) akan dijelaskan kepada waris...senang cakap ianya pencen la geng...pencen akan dibayar sampai waris meninggal dunia jika melibatkan suami/isteri kalau anak2 setakat umur 21 ajelah atau setakat ijazah pertama anak tu la....hehehe..cukup setakat ni lah...maklumat lengkap dah ada kat blog aku ni tentang FOT jadi pandai2 la cari mesti jumpa hehehe..salah satu kompeni yang aku pi hari ni :)
 
 

2 ulasan:

  1. Assalam tuan,
    Nak tanye sikit ye, sy keje dari isnin sampai jumaat kat damansara, duduk di cheras. Lepas habis kerja jumaat tu sy terus balik kg kat bahau n9. Hari sabtu esok tu tetiba dapat panggilan dari majikan untuk masuk OT pula. Sy pun ok je terus balik KL lah dan akhirnya sy kemalangan di highway lekas. Patah tangan dan rahang. Sekarang pun masih mc lagi da dekat 3 bulan. So adakah sy masih layak dapat tuntutan socso tu sedangkan perjalanan pergi kerja masa tu bukan laluan harian sy setiap kali pergi kerja. Sy dah pun memohon tuntutan kepada perkeso dan mendapat sokongan penuh dari majikan. Harap boleh jawab ye hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam bro hahahaha..semoga cepat sembuh bro
      1.Boleh aje Inshallah..claim la itu hak kita hahahahaha..Apa pun terpulang pada dapatan/penemuan hasil siasatan pegawai Perkeso nanti hehehe..kalau depa sahkan memang betul bro ada panggilan untuk overtime dah betul bro nak pi ketrja tiada sebab permohonan bro ditolak oleh pihak PERKESO.

      2.Dalam kes sebegini biasanya perkeso menerinya sebagai bencana kerja jika sekiranya bro boleh buktikan bahawa memang bro dapat panggilan untuk KERJA dan bukannya panggila untuk dating degan awek bro wakakakakakaka kalau panggilan dating untuk awek bro memang jahanam tak kan dapat bro hahahaha..

      wasalam

      Padam