Isnin, 24 Ogos 2015

COMBI Impiana Casa@Program Temu Mata@PKD Kluang

1.Alhamdulilah petang semalam sempat hadir ke sesi perjumpaan antara skuad COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kluang (PKD Kluang)..Terima kasih Geng2 Pejabat Kesihatan Daerah Kluang kerana melayan kami dengan baik sekali.Peluang yang hadir terutamanya sesi perjumpaan sebegini telah lama kami nantikan sebenarnya hohoho..thanks geng..banyak persoalan dan kekaburan terjawab dengan begitu baik dan dalam keadaan penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan...hohoho bertambah bersemangat berkobar-kobar jadinya geng2 COMBI Impiana Casa beb hahaha terbaiklah hangpa semua.
2.Rombongan kami seramai 10 orang Ahli devit COMBI Impiana Casa sebenarnya telah dijemput untuk hadir ke pejabat Kesihatan Daerah Kluang (PKD Kluang) untuk membincangkan pelbagai perkara berkenaan perjalanan COMBI Impiana Casa..banyak perkongsian maklumat telah diperolehi pada pertemuan tersebut Alhamdulilah..niat yang baik tekad yang baik kerjasama yang baik sudah pasti membuahkan hasil yang baik InshaAllah, berbekalkan kepimpinan COMBI Impiana Casa yang begitu berkaliber disokong dengan jentera Ahli Devit COMBI Impiana Casa yang begitu komited dan berkebolehan dalam pelbagai cabang Ilmu sudah pasti ianya kelebihan ini dapat digemblengkan untuk menghasilkan out put yang terbaik untuk COMBI Impiana Casa.
3.Pada sesi pertemuan ini juga pihak kami membentangkan sedikit sebanyak kejayaan pelbagai program yang telah dijayakan di Taman kami iaitu di Impiana Casa khususnya dalam mendidik masyrakat berkenaan bahayanya demam denggi..banyak program2 berbentuk pencegahan dilakukan seperti penghapusan tempat2 yang berpontensi menjadi tempat pembiakan Nyamuk Aedes..dengan kerjasama pelbagai pihak khususnya NGO,pihak Pemaju,Majlis tempatan,BOMBA dan penyelamat,perbadanan sisa pepejal,SWM dan tak lupa para penghuni Impiana Casa telah berjaya menjadikan lokaliti Impiana Casa dalam keadaan terbaik dari aspek kebersihannya dan InshAllah kerjasama sebegini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
4.Ehem2 untuk makluman ini kali pertama Combia Impiana Casa telah terpilih untuk mewakili Daerah Kluang ke Pertandingan COMBI peringkat Negeri Johor hahahaha..teruja wooooooo..serentak dengan itu pelbagai persediaan untuk menyertai dan menjayakan pertandingan itu sedang rancak dilakukan..semangat untuk berjuang dalam pertandingan itu terbukti dengan semangat setiap ahli COMBI Impiana Casa yang bertungkus lumus sehingga larut malam bagi menyelesaikan pelbagai perkara berkaitan pembentangan itu nanti..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan