Ahad, 2 Ogos 2015

saya tidak bisu!!!@Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yassin di Majlis perasmian perwakilan UMNO bahagian Kluang.


1.Saya tidak bisu….dan saya bukan berada dalam sindrom bisu!!! ‘tak kan lah sebagai Timbalan Presiden Parti saya tidak boleh bercakap apa-apa berkenaan kepentingan rakyat!!!sambil intonasi suaranya berbunyi hurm hurm hurm (seolah–olah seperti bisu)…hehehe itulah antara ucapan terbaik dan cukup menarik dari mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang di lucutkan jawatannya  iaitu Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang pada hari ini. Beliau pada mulanya mengulas akan nasihat dari kawan-kawan politiknya agar berhati-hati dalam membuat ucapan kerana beliau bukan Timbalan Perdana Menteri lagi…mana tahu akan dicari kesalahan dan ditangkap..katanya beliau pernah  menghubungi Datuk Seri Zahid Hamidi untuk bertanyakan status sama ada beliau akan ditangkap atau sebaliknya jawapan dari Datuk Seri Zahid melegakannya..itulah cabaran seorang ahli politik dan pejuang yang tulen..sanggup berjuang untuk rakyat..bukan diam seribu bahasa dan membisu tahkala pelbagai perkara yang berbangkit tidak dijawab dengan fakta dan bukti yang kukuh yang membolehkan rakyat mempercayai nya.


2.Majlis yang diadakan di kompleks pekan rabu di Bandar kluang itu di hadiri ratusan khalayak khususnya ahli UMNO bahagian Kluang. Banyak yang menarik dalam upacan beliau sebentar tadi. Namun apa yang boleh di banggakan adalah terserlah sifat penyabar beliau dalam menghadapi dugaan dan cabaran tahkala baru beberapa hari sahaja jawatannya dilucutkan, beliau kelihatan cukup sihat, cukup bertenaga dan cukup tenang melalui ujian yang agak besar dalam hidupnya sepanjang keterlibatannya dalam arena politik tanah air..kata2 beliau yang agak menyentuh hati 'saya timbalan presiden UMNO yang menegakkan Kerajaan dan takkan saya pula nak tumbangkan Kerajaan??

3.Sebagai ‘Orang lama’ dalam kerajaan/politik tanah air beliau cukup matang dan cukup masak dalam menangani pelbagai situasi Alhamdulilah beliau tidak mudah melatah dan tidak pula mengajak pengikutnya mengamuk ke jalan raya beliau pemimpin yang terbaik yang saya jumpainya, tidak jemu2 mengajak ahli bersatu padu dan setia pada parti. Di Kluang di saksikan ratusan Ahli UMNO beliau sekali lagi mengulangi tekadnya BAHAWA TAAT SETIANYA TETAP UTUH BERSAMA UMNO DAN TETAP SETIA  PADA PRESIDEN parti dan akan sentiasa membantu Presiden Parti untuk mengukuhkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum nanti. Jarang sekali kita temui pemimpin hebat seperti Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin ini..tahap kesetiaanya pada parti tidak berbelah bahagi dan tiada tolok bandingannya. Tahniah Tan Sri. Ucapan beliau juga langsung tidak menyentuh apa2 berkenaan peribadi sesiapa, tiada langsung kata2 berbentuk makian dan cercaan..ternyata beliau berjiwa besar.

4.Tahniah juga pada UMNO bahagian Kluang kerana bertindak ‘nekad’ dan ‘berani’ dalam membawa Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin untuk merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian tersebut pada hari ini, ini ADALAH BAHAGIAN UMNO YANG PERTAMA menjemput Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin sejak bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilucutkan jawatan dalam kerajaan. Keberanian UMNO BAHAGIAN KLUANG tidak terdapat pada UMNO bahagian lain setakat hari ini..kebanyakkan  yang ada adalah membatalkan jemputannya sebaik sahaja Tan Sri Dato Haji Muhyidin dilucutkan jawatan dalam kerajaan.

5.Lain2 berita nanti akan ku update kemudian..hehehe ni bukan posting politik geng..tapi sekadar mengikuti perkembangan mutakhir saje..tulisan ini tiada kaitan dengan mana2 organisasi atau apa2 yang berkaitan dengan saya ianya sekadar pandangan peribadi saya sahaja. 'TAK KAN NAK BISU" SEPERTIMANA KATA TAN SRI DOTA HAJI MUHYIDIN MOHD YASIN hahahaha 'hurm hurm hurm' hahaha


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan