Sabtu, 29 Ogos 2015

Setiap Khamis Program Mengaji Al-Quran PERKESO Kluang@Tenangnye Jiwa:)

1.Salam geng..harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Hari Khamis di Negeri Johor kami kerja sampai jam 3.30 petang sahaja (Ikut jadual kerja kerajaan Negeri hehehe), Setiap pagi  Khamis juga macam biasa kami kat pejabat perkeso Kluang akan adakan program bacaan Al Quran, Program ini sebenarnya telah bertahun di jalankan namun atas beberapa sebab ia terhenti  buat seketika namun kini bersambung semula bermula Ramadhan yang lalu. Program ini tidak mengambil masa yang lama sekadar setengam jam sahaja termasuk bacaan Al Quran dan juga huraian terjemahan nya sekali.Alhamdulilah dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung setiap Khamis dapat juga kami membaca Al-Quran.

2.Alhamdulilah program yang baik ini telah mendapat sambutan dari kalangan staff di sini..jadi setiap pagi Khamis kami akan berkumpul dan membaca Al-Quran yang di pimpin oleh seorang dari kami..dengan cara begini kita dapat membaca Al Quran dengan cara yang betul tajwidnya dan selain itu dapat juga mendengar huraian terjemahan beserta khidmat nasihat berkaitan ayat yang dibaca pada hari tersebut.

3.Selepas program selesai adalah sedikit makan2 yang di taja oleh kakitangan kami sendiri hehehe..kongsi makan apa yang ada, pakai duit poket sendiri je setakat ni Alhamdulilah masing2 berebut2 nak bagi makanan hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan