Rabu, 26 Ogos 2015

Penat tapi puas@siasat kes tuntutan kemalangan PERKESO

1.Alhamdulilah hari ni sempat siasat 4 kes kemalangan jalan raya yang melibatkan tuntutan dengan pihak perkeso..4 kes yang aku siasat hari ni seperti kes2 tuntutan kemalangan yang telah aku siasat sebelum ini tiada kelainan sangat..dan tak beberapa menarik untuk nak kongsikan bersama...cuma nak bagitahu hangpa semua kalau siasat 4 kes dalam sehari penatnya menulis dan merakam percakapan tu tuhan sahaja yang tahu..penat dan lenguh tangan nak menulis dan mencatat setiap pernyataan yang diberi si penuntut yang terlibat dalam kemalangan...lenguhnya tangan menulis kadang2 leh bawa ke dalam mimpi geng...balik rumah penat sangat2 nak gurau senda dengan anak2 pun dah tak bermaya rasanya...hehehe cukup mudah untuk tertidoq awal.
2.Kenapa perlu siasat banyak kes dalam sehari?hahahaha..geng kalau nak percepatkan bayaran,nak percepatkan proses tuntutan dan nak membantu pekerja yang kemalangan maka terpaksa la kita berkorban..hangpa tahu tak kadang kala aku punyer makan tengahari sentiasa lari temponya..makan tengari jam 3 atau 4 petang adalah perkara biasa...pasai tu lah aku pastikan sarapan pagi aku bukan ringan2 tapi terus kena 'berat' yang mampu untuk bertahan sehingga petang..kalau tak perut ni akan berirama dangdut minta diisi.
3.Tapi jauh disudut hati aku amat puas dapat menyelesaikan sesuatu kes dari sehari ke sehari..siasat catat dan bongkar ianya tidak menjemukan..ada kes yang mencabar..ada kes yang boleh disahkan bencana kerja ada yang ditolak itu lumrah dalam siasatan..tak puas hati dengan siasatan yang dibuat ada mekanisme untuk membuat rayuan hehehe bab2 rayuan aku dah hurai panjang lebar kat blog ni makanya pandai2 la cari sendiri hahahaha.
 

2 ulasan:

  1. Bro diesel.pasal perkeso kulim hari tuh,cek sampai skang tak sampai2.bila saya bgtau nk pi ambik sana sendiri,diorg kata cek dah pos awal bulan 8.camner tuh bro?nk kena mintak buat cek baru ker?baper taun pulak nk ambik masa tuh.untk claim mc nih pun ambik masa 5 bulan.ker diorg kat sana tersilap letakmana2?ker mat despech sana x antar pun?x bleh ker diorg carik balik betul2.betul2 rasa teraniaya nih bro.nak buat apa nih bro?nak komplen kt pengurus cawangan sana,rasa cam sama jer kot.kesian pulak kat pegawai sana.boleh tolong apa2 ker bro?saya nih nk bagi mkn kat anak bini pun dah trrpaksa mengemis kat mak bapak dah nie.nk keje,sakit ,mata x nampak(urat mata pecah),x leh buat keje berat,kencing manis,darah tinggi,jari kaki dah kena buang 2.jln pun jengkot2,x seimbang.org nk ambik keje pun pikir 10x.bro,ada tak program yg ambik org cam saya nih keje?umur 34saya dah upset sgt2 nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasihat saya tuan ke pejabat PERKESO tersebut dan mohon cek gentian..itu tindakan paling terbaik bro.

      salam kemerdekaan 'sehati sejiwa' :)

      Padam